PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, August 23, 2016

Ingat-Ingatlah Orang Di Belakang!

Assalamualaikum semua,

Nak cerita sikit apa yang berlaku setiap hari dari Isnin hingga Jumaat. Macam biasalah, RZ pergi kerja hanya menaiki pengangkutan awam, lebih jimat dan kadang-kadang selesa, ada masanya merimaskan, itu memang normal lah kan?

Macam RZ setiap pagi memang pergi kerja naik bas je, senang! Turun pun betul-betul depan bus stop pejabat. Syukurlah setakat ni tak pernah terlajak tidur lagi dalam bas, hahaha.

Bercakap pasal tidur dalam bas, korang pun tau lah kan tempat duduk tu boleh adjust bagi tegak bagi menyandar sikit ikut selesa. RZ pun selalu juga adjust bagi sandar sikit, selesa nak tidur tapi kenalah beringat orang yang duduk di belakang. Janganlah pentingkan diri sangat.


Tengok gambar atas tu. Agak-agak orang di belakang boleh duduk dengan selesa tak? Tolonglah bertimbang rasa sikit, kalau rasa nak selesa turunkan seat sampai macam tu sekali, sila bawa kereta sendiri, atau bayar lebih sikit naik teksi, mampu? Masing-masing bayar tambang bas yang sama, tak lebih tak kurang jadi ingat-ingatlah orang di belakang tu.

RZ tak mahu timbulkan isu "dari mana" mereka ini. Ini adalah masalah sikap, tak kira apa bangsa sekalipun. Dunia ni bukan berkisar tentang kita saja, kita berkongsi ruang dengan orang lain jadi apa salahnya kita jaga ruang tersebut.

Banyak lagi gelagat orang dalam pengangkutan awam ni, nanti RZ cerita lagi ye?


Saturday, August 13, 2016

Makan-Makan Di Delong Coffee And Such, Shah Alam

Assalamualaikum semua, 



Haaaa, lama RZ tak buat entry pasal makan-makan kan? Sebenarnya banyak je makanan yang RZ dah makan tapi tak cerita dalam blog, nanti korang ingat takde kerja lain, asyik makan je! Hahahaha (padahal memang makan je kerjanya pun!) 

Jadi bila dah asyik makan je, kenalah beringat sikit kan? RZ ni dah la tengah start diet ni! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, maka RZ pun telah menerima undangan dari Delong Coffe & Such untuk mencuba beberapa hidangan di sini, dengarnya memang sesuai untuk orang yang sedang berdiet, gitu! Ehee...

Delong coffee & such shah alam

Delong Coffee & Such, mempersembahkan hidangan berkonsepkan masakan Terengganu dan juga western. Nama Delong diambil bersempena nama kampung pemiliknya, Puan Arlina yang berasal dari Dungun, Terengganu. Jadi korang tak perlu risaulah bab keaslian masakannya, memang pure ganu mari ni... Hehehe...

Delong coffee & such shah alam

APA YANG RZ MAKAN?

Pernah dengar nama CHALONG tak? Orang ganu rasanya tak perlu diperkenalkan lagi lah ye? Hehehe. Kalau dilihat rupanya, lebih kurang sama dengan bihun sup, tetapi CHALONG sedikit berbeza kerana korang akan dapat pakej bihun sup berserta bebola ikan, bukan fish ball yang biasa di kedai tu! Tetapi bebola ikan ini adalah home made, 100% diperbuat daripada ikan, takde tepung, takde itu ini, hehehe. Dan kuah supnya pula lain tau, tak sama langsung dengan kuah bihun sup biasa. Rasanya? Sedap! Bebola ikan tu seronok je RZ kunyah, terasa macam makan keropok leko versi bulat, haaaa.

Delong coffee & such shah alam

Haaa, menu yang ini RZ tak pernah cuba lagi. Dan rasanya tak pernah jumpa lagi kat mana-mana restoran. Nasi Carrot (lobak merah), korang pernah cuba tak? Menurut Puan Arlina:

"Anak saya memilih sikit bab makan ni, jadi saya cuba buat nasi carrot ni dan anak saya suka!"

Nasi Carrot ni takdelah dimakan begitu saja, mestilah ada lauk sampingan, barulah sempurna makanan diet RZ! Haaa, ayam masak merah, ok tak? Mestilah ok sebab RZ memang peminat setia ayam masak merah, hahaha. 

Delong coffee & such shah alam

Nampak sedap kan? Rasanya pun serius sedap, tambahan pula RZ memang suka ayam masak merah, hehehe.

Air takde ke? Sabar, sabar. Jangan gelojoh, hahaha. Baru nak cerita pasal air ni, yang menjadi kegemaran semua yang datang, sampai berkampung RZ, Abang Ben & Abang Sohoque kat tong air tu, sebab rasa tak puas nak minum lagi. Hahaha serius tau!!! RZ persembahkan SODA BUKIT BESI

Delong coffee & such shah alam

Jangan risau, takde sebarang besi atau bukit, namanya diambil sempena nama tempat, gitu! Air soda, lemon, daun pudina dan serai, rasanya memang lain macam punya nikmat! Kalaulah RZ ada bawa botol air besar masa tu, memang tapau bawa balik, hahahaa.

Delong coffee & such shah alam

RZ juga sempat cuba hidangan pencuci mulut yang diberi nama LALA CHOCO DRINK, yang ni ramai budak-budak berebut. Yelah, air coklat, dengan ketulan marshmallow, ditabur dengan oreo. Dan ada kejutan berapi, ye API! Hahaha...

Delong coffee & such shah alam

Sedap juga marshmallow bila dibakar ye? Patutlah bila tengok filem omputeh bila camping mesti bakar marshmallow kat unggun api! Sedap rupanya, noobnya diri ini, hahahaha.

Hidangan kopi pelbagai juga ada di sini, ada Latté, Cappuccino banyak lagilah senang cerita. Namanya pun Delong Coffee & Such kan? Hehehe...

Delong coffee & such shah alam

Dah makan, apa lagi kita ambil gambar lah kan? Nampak supermodel kat belakang tu? Hahaha...

RZ rekomen korang untuk datang sendiri ke Delong Coffee & Such, dan korang wajib cuba CHALONG, Nasi carrot ayam masak merah, soda bukit besi, lala choco drink. Memang memikat! Bukan senang nak cari Chalong kat sini, nak pergi Terengganu jauh kan? Sekurang-kurangnya RZ yang asal korea ni dapat juga merasa masakan asli terengganu, hahahaha. (perasan!!!)

Alamat: No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor 
(Landmark berdekatan Petron)

No Tel : 0139583797 / 0122808996 







Monday, August 1, 2016

Apa Nasib Anak itu?

Assalamualaikum semua,


Pernah dengar istilah PEDOFILIA? Perkara ini sebenarnya dah lama wujud dah, tapi sejak akhir-akhir ini pernah viral seketika kes ini melibatkan rakyat Malaysia malah ada kes hingga meragut nyawa. Pada RZ isu PEDOFILIA ini merupakan perkara yang sangat serius dan perlu ditangani. Ini bukan isu ringan tau, bukan isu 'main-main'.


Mungkin ada yang belum mengetahui apa itu PEDOFILIA atau PAEDOPHILIA dalam Bahasa Inggeris:-

"Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak. Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual. Walaupun kanak-kanak perempuan biasanya memulakan proses akil baligh pada usia 10 atau 11, dan kanak-kanak lelaki pada usia 11 atau 12, kriteria untuk pedofilia melanjutkan titik permulaan untuk prepubescence ialah berumur 13. Seseorang yang menghidap pedofilia mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun, tetapi remaja mestilah sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada anak prepubescent untuk tarikan untuk didiagnosis sebagai pedofilia." (SUMBER WIKIPEDIA)


Agak sukar nak mengenali ciri-ciri seorang PEDOFILIA, jadi semua orang perlu berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi anak atau ahli keluarga kanak-kanak masing, masyarakat sekitar juga boleh memainkan peranan juga bagi mengawal kegiatan PEDOFILIA ini. Tapi kenapa tiba-tiba RZ becerita tentang PEDOFILIA?

Nak dijadikan cerita Rz berkunjung ke sebuah shopping mall di Putrajaya. Sakit perut pula, jadi RZ ke tandas dulu untuk melepaskan hajat! (itu pun nak bagitahu!) Sedang asyik melepaskan hajat (perlu ke bagitahu? eheee...), RZ terdengar perbualan di cubicle sebelah, di antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak.

RZ menyangkakan:

"Ayah Temankan anak buang air kot?"

Namun perbualan seterusnya betul-betul mengejutkan RZ.

Si lelaki dewasa sedang membuang air (berdasarkan pada bunyi)

Budak: Saya pernah nampak K***K ayah saya!
Lelaki: Ye ke?
Budak: Besar!
Lelaki: Siapa punya lagi besar abang ke ayah punya?
Budak: Ayah punya!

*bunyi pam tandas*
*bunyi zip seluar dinaikkan*

Mereka pun keluar selepas sedar RZ sedang batuk di cubicle sebelah.

Ya Allah, RZ tergamam! Adakah kes PEDOFILIA sudah wujud di Putrajaya? 

Dan yang lebih menakutkan RZ, apa nasib anak itu selepas mereka keluar? Siapa lelaki itu? bagaimana budak itu boleh ada bersama lelaki tersebut? RZ tak sempat nak mengekori mereka, pergerakan mereka sangat pantas. RZ tak tahu bagaimana hendak bertindak?

Nasihat RZ kepada mereka yang bergelar ibu-bapa, atau mempunyai ahli keluarga kanak-kanak. Mohon awasi pergerakan mereka, jika ada yang telah memiliki gajet, mohon siasat dengan siapa mereka berhubung. Moga anak-anak kita semua dijauhi dari perkara-perkara tersebut.

Moga anak itu berada dalam keadaan selamat. Amin.



Friday, July 22, 2016

Leher Dah Nampak! | Kurus dengan KuRose

Assalamualaikum semua,

Tak lewat lagi kan RZ nak ucap Selamat Hari Raya? Raya sebulan weh! Mestilah meriah kan, pakai baju cantik-cantik, boleh makan macam-macam, haaaa gitu! Tapi sebelum tu, nak tanya juga, puasa korang bagaimana pula? Bagi yang berniat untuk menurunkan berat badan sempena ramadan ni, berjaya tak? hehehe. Bagi yang berjaya RZ ucapkan tahniah, namun pada yang kurang berjaya menurunkan berat badan semasa ramadan baru-baru ini, RZ syorkan korang cuba KuRose!

KuRose ke Kurus? RZ tak salah taip, KuRose ni sebenarnya nama produk. Tujuannya? Dah namanya KuRose, mestilah antara tujuan utamanya ialah untuk mengKURUSkan badan, tak gitu? Tapi selain dari menurunkan berat badan, ada banyak lagi manfaat KuRose ni. Sekejap lagi RZ cerita panjang lebar, hehehe.

KuRose, KuRose Stay Slim,

Apa kandungan dalam KuRose?

KuRose, KuRose Stay Slim,

Sebenarnya KuRose ni merupakan minuman detox, ala yang korang selalu lihat kat facebook tu, potong lemon, potong limau nipis, letak timun rendam semalaman dalam botol air. Haaaa, tapi kali ini korang tak perlu nak potong-potong lagi dah, semua kandungan digabungkan di dalam 1 sachet yang kecil ini saja.


KuRose, KuRose Stay Slim,

KuRose mengandungi 21 sachet yang boleh diminum terus selepas dibuka, RZ amalkan 1 sachet sebelum tidur. TIADA kesan sampingan drastik seperti buang air besar tanpa henti, hahaha. Baguslah kan? Penat tau kalau nak berulang alik ke tandas. Sebab tu RZ suka KuRose ni, tidak memberi kesan sampingan yang pelik, hahaha.


KuRose, KuRose Stay Slim,

RZ ada sebutkan tadi, selain dari menurunkan berat badan, KuRose juga mempunyai banyak lagi kelebihan. Nak tau apa dia? lihat gambar di bawah berserta testimoni pengguna KuRose sekali.

KuRose, KuRose Stay Slim,

RZ mula menggunakan KuRose bermula minggu ketiga ramadan, walaupun pada ketika itu pemakanan pun tak begitu teratur sangat, dek kerana jemputan berbuka puasa di sana sini, tapi kesannya tetap kelihatan. Bagaimana jika RZ menggunakan KuRose dalam masa yang sama membuat senaman dah mengawal pemakanan? mesti lebih ketara perubahannya. Nak tengok perubahan pada RZ tak?

SEBELUM

KuRose, KuRose Stay Slim,

SELEPAS (2 MINGGU MENGAMALKAN KUROSE)

KuRose, KuRose Stay Slim,

KuRose, KuRose Stay Slim,

Selepas 2 minggu, paling ketara kelihatan ialah Double Chin RZ dah semakin susut. Selain dari itu, tali pinggang RZ pun sudah terpaksa ditambah lubang lagi, kerana sudah mulai longgar, seluar kerja pun dah longgar, baju pun sama. Haaaa Kulit pun nampak cerah sikit, hahahaha. Makin cantik lah RZ lepas ni, ehhh kacak! haaaaa, Kurus, Kacak dan Sihat, gitu!
Gambar di bawah meruapakan antara yang berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan KuRose. Segak dan cantik semuanya.

KuRose, KuRose Stay Slim,

KuRose, KuRose Stay Slim,

KuRose, KuRose Stay Slim,

KuRose, KuRose Stay Slim,

Haaaaa, macam mana? RZ bukan saja selitkan testimoni orang lain saja tau. Malah testimoni dari RZ sendiri, memang berkesan. Dan RZ juga bercadang untuk meneruskan lagi pengambilan KuRose sehinggan mencapai berat badan yang ideal gitu. Yang penting sekali ialah, KuRose merupakan produk buatan Malaysia, Halal dan diklasifikasikan di bawah kategori makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ada yang berminat nak dapatkan KuRose, sempena hari raya ini KuRose akan dijual dengan harga kasih sayang gitu, cuma RM100 sebotol/21 sachet. Tawaran harga kasih sayang ini hanya terhad kepada 100 pembelian botol yang pertama saja, cepaaatttt!!! Harga asal bagi KuRose ialah RM188, jimat banyak tu.

Untuk lebih lanjut mengenai KuRose, lawati:-

Facebook

Instagram

Hotline
019- 2176962

Wednesday, July 20, 2016

'Bonding Time' Bersama Bapa

Assalamualaikum semua,


Maaflah menyepi seketika dari blog, bukan apa mood raya tahun agak sedikit terganggu kerana kesihatan yang tak menentu, dengan demamnya, batuknya, selsemanya, sakit kepala lagi, adoyai! Memang boleh bikin hilang mood, malah nak baring pun takde mood, apatah lagi nak bangun, hahahaha.

Maka raya kali tak banyak pun keluar ke rumah kawan-kawan, ke shopping mall, lebih banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga saja. Ye lah, dah balik setahun sekali, takkan nak habiskan masa sekejap saja kan dengan keluarga? Maka hanya berehat di rumah, menonton wayang bersama adik beradik, buka youtube tengok ceramah ustaz Shamsul Debat, bermain game dengan anak-anak saudara, gotong royong, mandikan kucing, ke pasar bersama ibu, berjoging di taman bersama bapa, haaaa banyak lagi lah, semua dilakukan bersama keluarga.

Bercakap pasal joging bersama bapa, sebenarnya bukan joging pun kami sekadar berjalan mengelilingi trek di taman sambil berbual. Lagipun keadaan kaki bapa yang belum sembuh sepenuhnya menyulitkan bapa untuk berjalan dengan laju, apatah lagi untuk berlari-lari anak. Jadi riadah anak-bapa ini lebih kepada bonding time mengeratkan lagi kemesraan kami berdua.




Grace Point, sembulan menjadi lokasi riadah kami. Lokasi yang bersih, selamat, tidak panas dan dekat dengan rumah menjadi kriteria pemilihan taman ini sebagai tapak riadah kami. Sebenarnya di sekitar rumah saja ada banyak tempat riadah, tapi bapa yang tidak suka tempat yang terlalu ramai orang (sama seperti anaknya juga, hehehe) menyukai lokasi ini. Parking juga tidak menjadi masalah di sini. Untuk yang tidak tahu, Grace Point merangkumi tempat beriadah, Food Court, taman permainan, tugu peringatan Double Six, muzium mini Double Six dilengkapi dengan kemudahan tandas (bersih gila okayy???).






Treknya tidaklah begitu jauh, satu pusingan hanya 500 meter saja, tapi itupun tidak terasa jauh sebab kiri kanan saja diapit dengan pokok-pokok, redup saja rasanya. 




Berjalan sambil bersembang-sembang dengan bapa tidak terasa sudah 10 pusingan dihabiskan. Oh ya, taman ini bukan saja ada trek untuk berjalan/joging saja tapi ada peralatan untuk bersenam juga.




Kebersihan taman ini juga sentiasa terjaga, setiap hari memang petugas pembersihan menjalankan tugas memastikan kebersihan taman sentiasa bersih dan selamat. Memang tip top. Oh ya, kami juga ditemani oleh seekor kucing, hehehe.




Fakta Tugu Peringatan Double Six

Tugu Peringatan Double Six adalah sebuah memorial yang terletak di Sembulan di dalam kawasan kompleks perumahan Taman Grace di Kota KinabaluSabahMalaysia bagi mengingati tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976 dikenali sebagai Tragedi Double Six yang telah meragut nyawa Ketua Menteri pertama Sabah, iaitu Tun Fuad Stephens, beserta enam menteri lain. Sumber (Wikipedia)

Fakta Menarik: Bapa RZ melihat sendiri kapal terbang tersebut terhempas di situ.





Wednesday, June 29, 2016

Tidak Mahu Beraya Sendirian Lagi...

Assalamualaikum semua,


Aidilfitri akan tiba kurang dari seminggu je lagi, mesti ramai dah buat persiapan berbulan sebelum tibanya ramadan kan? Ye lah, pada yang tempah baju raya tu ada yang mula tempah seawal bulan mac pun ada, semangat raya lah katakan.

Minggu pertama ramadan pula, ramai dah selesai bab kuih raya, hahaha. Almaklumlah raya setahun sekali, kita layankan aje lah. Asalkan jangan membazir sudah la kan?

Bagi RZ sendiri, sejak mula merantau 8 tahun yang lalu hanya 2 tahun pertama saja begitu teruja membeli belah untuk hari raya, tahun-tahun seterusnya tu dah rasa kurang bersemangat dah. Raya tetap lah raya, cuma bila bab nak beli baju tu, malas sikit dah. Sudah mula dengan cara;

"Pakai Baju Tahun Lepas Je Lah!"

Bukan apa, nak beli itu ini semua, RZ kena lah fikir perbelanjaan selepas raya pula, cukup ke budget nak bertahan selepas raya? RZ tak nak pertikaikan orang lain yang mampu berbelanja lebih, itu rezeki mereka dan tak kacau orang lain pun. Tapi kita ni haaaa yang nak survive lebih-lebih lagi sendirian di kota metropolitan ni, mampu ke tidak? 

Tapi cuma beberapa persiapan saja yang RZ akan selesaikan secepat mungkin sebelum tibanya raya, tak nak seperti apa yang berlaku pada raya tahun lepas (2015). Iaitu;

"Tiket Kapal Terbang"

Tragedi tahun lalu pasti RZ tidak akan biarkan berulang lagi. Dek kerana sibuk bekerja, RZ terlupa untuk menempah tiket penerbangan dan hanya berpeluang untuk pulang ke kampung setelah 2 minggu beraya. Yang mana pada waktu rumah terbuka juga sudah berkurangan, lagu-lagu raya juga sudah kurang dimainkan di radio, televisyen dan shopping mall, dan anak-anak saudara sudah kembali meneruskan persekolahan. Jadi apa yang RZ mampu buat? Duduk rumah je lah...



Tahun ini RZ dah tempah tiket seawal bulan April lagi, hahahaha. Tak nak menyambut syawal bersendirian lagi seperti tahun lalu, even malam sebelum raya tu pun RZ menghabiskan masa bertakbir raya bersama dengan penghuni Rumah sinar Salam dan rakan-rakan peniaga PROJEK OKU.

Tapi semua tu kenangan juga kan?

Tak sabar untuk pulang ke kampung halaman, bukan semata-mata untuk menyambut hari raya saja tetapi apa yang RZ ingin lakukan ialah menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga walaupun sekadar duduk di rumah sahaja, itupun sudah cukup pada RZ untuk melepaskan kerinduan pada keluarga. 

Tunggu kepulanganku ya?

Friday, June 17, 2016

Kuruskah Aku?

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah dah hampir 2 minggu kita berpuasa, badan pun dah mula biasakan diri seawal hari keempat gitu, hahahaha. Almaklumlah RZ jarang berkesempatan untuk berpuasa sunat, jadi badan tu ambil masa sikit nak biasakan diri dengan rutin baru. (Baik punya alasan)

Dan setiap kali tiba ramadan juga lah RZ sentiasa berasam untuk menurunkan berat badan, dek kerana susah nak mencari saiz pakaian yang selesa, hahaha. Sebenarnya bukan takde niat nak badan yang sedang elok (takdelah nak kurus sangat pun), tapi nafsu makan ni selalu menggoda, hahaha. Tengok je lah kat entry lama dan facebook serta Instagram RZ, penuh gambar makanan je, hahaha. Heeyy itu food review lah, bukan makan suka-suka, ngeee.







Tu baru sikit je tu, hahahaha. Mana tak berat badan ni naik mendadak kan? Sebenarnya bukan sebab saiz baju je yang jadi masalah, banyak lagi lah. Paling penting tentulah bab kesihatan kan? ye lah badan ada satu je kita pakai sampai tua, itupun kalau sempat tua lah. Kalau umur tak panjang macam mana sebab sakit akibat saiz badan macam ni kan?



Tengoklah tu, leher pun tak nampak dah. Tang baju "mengecil" tu tak payah cakap lah, bukan takde rasa malu bila berjalan dengan baju sendat, timbul juga lah kesedaran nak turunkan berat badan. Harap bila bulan ramadan ni, berubah lah sedikit bentuk badan kan, nak tak nak kena disiplin, memang lah ada kawan-kawan yang bagi sokongan tapi asasnya semua dari diri sendiri juga. Kalau tak nak, memang takkan menjadi lah juga.

Bermula ramadan RZ dah mula sedikit demi sedikit menjaga makan lebih-lebih ketika berbuka, tapi kalau dah ada jemputan berbuka puasa atau review buffet ramadan kenalah makan juga, tapi kuantiti tu kena lah jaga-jaga kan? Alhamdulillah tips yang sering RZ amalkan ketika bersahur membuahkan hasil, tak rasa lapar sangat sepanjang hari. 

Caranya senang je, RZ cuma bersahur dengan beberapa biji kurma dan air suam saja, insyaallah cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.



Alhamdulillah walaupun RZ tak dapat merasa kesannya, tapi kawan-kawan yang jarang jumpa mula melihat perubahan pada fizikal. Tidaklah begitu mendadak tapi sekurang-kurangnya bila ada kemajuan rasa semangat pula mahu meneruskan sehingga habis ramadan dan tak mustahil RZ akan teruskan sehingga selepas raya.


Doakan ye?