Cosmoderm


Saturday, January 17, 2009

Anugerah Juara Lagu

Assalamu'alaikum semua...
Lama jugak aku tak buat posting ni, takde cerita menarik untuk aku ceritakan sejak beberapa hari lepas, so kali ni aku telah mendapat ilham dari langit ketujuh angkasaraya besraya puduraya (gila!), untuk berkongsi pendapat tentang Augerah Juara Lagu yang akan berlangsung malam ni....

Aku sebenarnya tak sabar nak menonton final Anugerah Juara Lagu ni, walaupun lagu2 yang masuk ke final kali ini tidak sehebat AJL tahun lepas, tapi aku beberapa faktor yang membuatkan aku harus menonton jugak AJL kali ini. calon2nya adalah

STACY - AKU STACY
Aku tak pasti samada lagu ni akan menang dalam kategori Pop Rock atau tidak sebab saingan yang agak kuat dari Meet Uncle Hussein (lagu untukmu) & Estranged (yang pernah). Tapi yang aku pasti stacy berpotensi untuk mendapat anugerah persembahan terbaik, dan tak mustahil jugak akan mendapat anugerah vokal terbaik. Aku bercakap begitu bukan atas sebab kenegerian, tapi bayangkan untuk menyanyi lagu rancak sambil menari tarian yang lincah tanpa kelihatan tercungap2, bukan sesuatu yang mudah. Aku yakin stacy berpotensi untuk mendapat salah satu anugerah malam ini.

AIMAN - DUSTA BERKALANG
Aiman ni pun berpotensi jugak untuk memenangi kategori Irama Malaysia ni, sebabnya aku memang tak suka dengan lagu mawi tu, dan lagu yang lagi satu tu ntah apa tajuk dia tu aku pun tak tahu, yang penting lagu aiman tu je yang aku rasa berpotensi untuk menang kategori tu... (yang penting bukan mawi)...

FAIZAL TAHIR - CUBA / SAMPAI SYURGA & AYU - HANYA DI MERCU
Aku tak tahu untuk kategori ni 3 lagu ni cukup kuat untuk menang kategori Balada, dan tak mustahil jugak salah satu dari 3 lagu ni berkemungkinan besar akan menggondol Trofi Anugerah Juara Lagu kali ini. Tapi naluri aku agak kuat untuk mengatakan yang lagu CUBA & HANYA DI MERCU akan bersaing dengan hebat dalam AJL malam ni. Untuk Faizal Tahir aku tak perlu risau sangat tentang kemantapan vokal dia, aku cuma concern persembahan vokal Ayu, aku takut dia akan mengulangi kesilapan yang sama semasa Grand Finale OIAM, iaitu suara 'flat' atau senang cakap suara angsa la... Harap2 Ayu akan membuat persembahan yang sehabis baik malam ini.

Well, apa2pun kita just tunggu dan lihat je la malam ni, samada betul atau tidak ramalan aku ni. Rezeki di tangan Allah swt, siapa yang menang & siapa yang kalah itu tak penting. Apa yang penting.... KERJASAMAAA!!!

ok guys...
chaloo..
bubyee

Wednesday, January 7, 2009

Main Hujan...

Assalamu'alaikum semua...
Kali ni aku nak cerita tentang apa yang aku buat petang semalam, iaitu pada tarikh 6hb Januari 2009.

Jam 5.00 Petang
[hujan dengan lebat sekali]
along: kita lepak dulu la kat bawah, tunggu hujan reda sket
me: ok jer...

sambil menunggu hujan reda tu, aku pun sembang2 kosong la dengan along...

Jam 5.30 Petang
[still hujan lagi]
along: jom lah...
me: ok! (jawapan yang bernas dan tepat, *pilihan bijak*)

dalam perjalanan nak balik ke rumah tu, tiba2....

HUJAN LEBAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

me: it's raining men!!! lalallaa....
[sebenarnya tidak menyanyi pun, itu hanya ditokok tambah supaya cerita lebih menarik. sebenarnya mngatakan yang ini...]
me: argghhhh, basah kuyup!!!! takde seinci pun anggota badan aku yang kering, melainkan beg adidasku yang kalis air itu...
along: [tenang je bawa motor, mentang2 lah pakai baju hujan. hehe...]
me: [menggigil kesejukan]

sampai je kat kajang utama, aku & along terus singgah ke kedai untuk menyelesaikan urusan masing2 (urusan apakah??). then kitorang pun balik rumah...

ermmm...
kepala aku dah mula berdenyut2, aku nak balik rumah dulu lah...
chaloo....