Cosmoderm

Wednesday, August 25, 2010

Rindu yang terpendam...

Assalamu'alaikum semua...

Akhirnya barulah aku ada masa untuk buat posting baru. Yalah, seperti dalam post sebelum ni la kan, kekangan masa tu cukup membataskan aktiviti blogging yang telah lama ditinggalkan (cheewwaaahhh...).

Pejam celik pejam celik, kita dah separuh jalan dah kita lalui dalam bulan ramadhan ni, tak lama lagi Hari Raya. Bila makin dekat Hari Raya ni, makin kuatlah perasaan rindu aku pada keluarga yang jauh di mata. Aku cukup rindu masakkan ibu & bapa. Namun bukan setakat rindu masakkan saja, aku rindu semuanya pasal keluarga aku. termasuklah adik beradik aku, anak2 saudara aku. Oh yes, aku masih belum sempat berjumpa dengan anak saudara aku yang terbaru, Mohd Darrel Iman, anak abang aku. Geram betul aku tengok gambar2 Iman di Facebook, tunggu uncle yah!!!

Tahun ni merupakan kali ketiga aku berpuasa di seberang, maklumlah merantau warrior kan? kalau dulu aku berpuasa dengan keluarga pakcik aku, tahun lepas aku berpuasa dengan along yang aku dah anggap macam abang aku sendiri, tahun ni aku berpuasa sorang2 je. So, life aku sekarang cukup kosong. Aku rindu suasana bila duduk dengan along dulu, usik2, gelak, ketawa, menangis, gembira, sedih, gaduh, sakit, sihat dan macam2 lagi lah. Sekarang semua tu dah takde lagi, aku kena teruskan juga lah hidup ni walaupun jiwa aku terasa ada satu ruang kosong yang amat besar yang dulu pernah terisi oleh suasana yang bermacam-macam.

Hari ni hari terakhir aku bekerja sebelum aku start bercuti untuk balik kampung menyambut aidilfitri bersama keluarga, sekurang2nya dapatlah aku melepaskan rindu yang lama aku pendam terhadap keluarga yang aku sangat2 cintai. Aku rindu hendak memeluk ibu & bapa, cium pipi mereka dan tidur di atas riba mereka. Aku akui bahawa aku memang anak yang manja, itu adalah hakikat yang sebenarnya. AKU ANAK MANJA. Aku akan manfaatkan cuti itu untuk bersama dengan keluarga sepanjang masa, dah la balik setahun sekali. Ini saja masa yang aku ada untuk keluarga aku dalam masa setahun.

apa2pun, aku rasa cukuplah setakat ni aku menaip. Lain kali ada masa aku post something yang lebih menarik untuk dibaca. Maklumlah, bulan2 puasa ni lesu sket... So cerita pun ikut lesu jugak, pasang plak mp3 lagu sedih, so keseluruhan post ini adalah LESU.

ok lah, aku chow dulu...

Selamat berbuka semua...


Tuesday, August 10, 2010

salam ramadhan semua...

Assalamualaikum semuaa.....

huh sudah lama rasanya aku tidak meng'update' blog aku ni, dah setahun lebih...
biasa la, makin lama makin bz dengan kerja, makin kurang lah masa untuk jenguk blog ni. walaupun idea mencurah2 bagai teratai layu di tasik madu (gile apeee???), tapi faktor masa dan kesenangan selalu menjadi penghalang untuk menukarkan apa yang ada di dalam fikiran ke dalam bentuk yang boleh dibaca... apa apa pun aku rasa dah tiba masa untuk aku kembali aktif ke blog ni...

A picture is worth a thousand words, then how many words does a thousand pictures worth?
kini aku dah mempunyai hobi baru iaitu fotografi, aku memang suka ambik gambar, even waktu di di sekolah dulu pun aku merupakan presiden kelab fotografi sekolah selama 2 tahun berturut dan ahli2nya cuma di kalangan rakan sekelas je... ye la, zaman aku sekolah dulu, orang2 yang ada kamera ni cuma orang2 tertentu je... time tu aku bukan ada kamera pun, kitorang just pinjam2 kamera cikgu je lah... zaman2 tu mana lah aku tau psal kamera2 ni, cikgu bagi ceramah pun aku tido... (pemalas!!)

So dalam post2 aku yang akan datang, aku akan post skali gambar2 yang aku pernah ambik... just sekadar untuk suka2, dan kepada yang rajin meng'copy' gambar orang tu, sila minta kebenaran dulu dari tuan punya ok?

ok lah aku chow dulu...

Selamat berpuasa semua...