Cosmoderm

Tuesday, August 10, 2010

salam ramadhan semua...

Assalamualaikum semuaa.....

huh sudah lama rasanya aku tidak meng'update' blog aku ni, dah setahun lebih...
biasa la, makin lama makin bz dengan kerja, makin kurang lah masa untuk jenguk blog ni. walaupun idea mencurah2 bagai teratai layu di tasik madu (gile apeee???), tapi faktor masa dan kesenangan selalu menjadi penghalang untuk menukarkan apa yang ada di dalam fikiran ke dalam bentuk yang boleh dibaca... apa apa pun aku rasa dah tiba masa untuk aku kembali aktif ke blog ni...

A picture is worth a thousand words, then how many words does a thousand pictures worth?
kini aku dah mempunyai hobi baru iaitu fotografi, aku memang suka ambik gambar, even waktu di di sekolah dulu pun aku merupakan presiden kelab fotografi sekolah selama 2 tahun berturut dan ahli2nya cuma di kalangan rakan sekelas je... ye la, zaman aku sekolah dulu, orang2 yang ada kamera ni cuma orang2 tertentu je... time tu aku bukan ada kamera pun, kitorang just pinjam2 kamera cikgu je lah... zaman2 tu mana lah aku tau psal kamera2 ni, cikgu bagi ceramah pun aku tido... (pemalas!!)

So dalam post2 aku yang akan datang, aku akan post skali gambar2 yang aku pernah ambik... just sekadar untuk suka2, dan kepada yang rajin meng'copy' gambar orang tu, sila minta kebenaran dulu dari tuan punya ok?

ok lah aku chow dulu...

Selamat berpuasa semua...

No comments: