Assalamu'alaikum wbt,
Korang semua mesti pernah dengar statement macam tu kan? tidak kira lah samada di drama2 TV, ataupun kawan2 perempuan anda yang frust dengan suami/pakwe masing2. Situasinya selalunya sama:-
1. Suami/pakwe ada perempuan lain
2. Suami/pakwe ada lelaki lain... Hoh??!!!!
3. Suami/pakwe pukul mereka
4. Suami/pakwe terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mereka
5. Pakwe mengaku bujang padahal dah kawen
6. Suami dah kawen lain tapi mengaku kat isteri bahawa dialah satu2ya yang paling dicintai
Antara 6 situasi di atas, yang paling selalu kita dengar mestilah yang nombor 1 & 5, yang lain tu agak2 jarang lah kan?
Namun apa yang aku cuba ceritakan di sini bukan lah mengenai situasi2 tersebut, tetapi statement yang selau dilafazkan oleh sebilangan (bukan semua) kaum hawa apabila menghadapi situasi2 seperti di atas. Antara dialog yang kita selalu dengar macam ni lah:-
a. "ala, lelaki semuanya sama je, pantang nampak pompuan dahi licin, mulalah nak menggatal!"
b. "aku benci lelaki, mereka semua sama je! PENIPU!!!"
c. "kau sama je dengan lelaki2 yang lain, semua tak boleh dipercayai!!!"
d. "lelaki?? ala semua sama je, bukan boleh harap sangat pun"
e. "kalau dah namanya lelaki, jangan percaya sangat kat diorang ni, semua sama je!"
amacam kaum2 adam sekalian, anda pernah ditujahi dengan ayat2 sebegini? tak kira lah oleh isteri / makwe / kawan2 sekalipun. Bagaimana perasaan anda setelah di 'attack' dengan statement macam tu? mesti sakit hati kan? kadang2 anda terasa seperti ingin membidas semula tuduhan2 semacam itu. Namun sebagai lelaki kita ada sifat sabar yang tinggi, cuma tidak mahu memburukkan lagi keadaan maka kita hanya berdiam diri sahaja. Tapi para wanita sekalian juga harus sedar yang lelaki mempunyai sifat ego yang tinggi, jangan sekali2 mencabar keegoan mereka hanya kerana anda marahkan seorang lelaki tetapi semua lelaki di sekeliling anda benci, itu adalah satu tindakan yang sangat tidak rasional. Jangan terus judge semua lelaki hanya kerana pasangan anda seorang saja yang buat hal, itu prejudis namanya.
setakat ni alhamdulillah aku belum pernah dihujani dengan kata2 nista seperti itu lagi, namun aku bersedia untuk membela diri aku sekiranya aku diserang dengan statment macam tu. Aku sudah bersedia dengan jawapan balas untuk setiap tuduhan yang tidak berasas seperti yang telah aku senaraikan di atas.
Jujur aku katakan yang aku sangat benci dengan statement "LELAKI SEMUA SAMA SAJA!", maka dengan itu, jika aku terdengar ada orang yang mengeluarkan ayat tersebut dari mulut longkangnya, secara automatik aku akan mengatakan bahawa itu adalah statement orang yang pendek akalnya. Kenapa aku berkata seperti itu? seperti yang ramai orang tahu, tidak semua lelaki jahat/baik dan tidak semua perempuan itu baik/jahat. Tiada manusia yang sempurna, itu adalah hakikat! Apa perasaan anda apabila ada lelaki yang mengatakan "ala, pompuan semua sama je, pisau cukur!" marah tak? mestilah marah kan? kalau hendak marah dengan pasangan anda, marahlah dengan cara yang berhemah, jangan hanya kerana 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar'.
Selalu aku bertanya kepada diri aku sendiri, "diorang ni tak fikir panjang ke? main cakap lepas macam tu je tanpa memikirkan orang2 lain yang juga berjantina lelaki? padahal yang buat hal sorang je, tapi habis semua lelaki yang dia jumpa kena 'bom'."
Mahu saja aku terus sound direct kat diorang ni, "agak2 la kalau nak cakap pun, ingat semua lelaki jahat ke? BAPAK KO BUKAN LELAKI KE? CUBA KO CAKAP BENDA YANG SAMA TU DENGAN BAPAK KO, SILAP2 KENA PENAMPO KOREA KAT MUKA KO!, KO MARAH KAT SEMUA LELAKI KAN? KO CAKAP SEMUA LELAKI SAMA JE KAN? SEMUANYA TAK BOLEH PERCAYA KAN? KO CAKAP LA MACAM TU KAT SEMUA AHLI KELUARGA KO YANG BERJANTINA LELAKI, ADA BERANI???"
oooppsss, sorilah aku ter'emo' pulak, almaklumlah sebagai lelaki aku harus membela nasib kaum lelaki jugak kan? seperti yang aku katakan tadi lah, bukan semua lelaki jahat/baik dan bukan semua perempuan baik/jahat. Well cukup lah sampai di sini saja aku membebel, kang kalau ada isu2 hangat kang aku post lagi ok?
Assalamu'alaikum wbt...