Assalamu'alaikum semua,
Semalam akibat terlalu sibuk & penat aku telah terlupa untuk menghantar sebarang post. Al-maklumlah tugas sebagai Wedding Photographer ini kadang2 mengambil masa sepanjang hari. Namun, kuhadapi dengan senyuman (aiseeehhhmennnn...).
Oleh kerana 2 hari tidak membuat sebarang post, maka aku akan 'compile'kan aktiviti aku selama 2 hari itu di dalam satu post. semangaaattt!!!
Sabtu, 11 Jun 2011
6.00 pagi
Bangun Sembahyang Subuh... :-)
6.15 pagi
Sambung tidur... sebelum tu pasang dulu wayang APPALAM, ambik mood sebelum tidur
8.00 pagi - 10.30 Pagi
terbangun pulak... golek2 atas katil dulu, buat strecthing sket...
Buka game kat laptop, main game dengan sepenuh hati
10.35 pagi
ambik towel, pergi mandi...
lepas mandi aku sambung main game pulak...
11.30 Pagi
keluar rumah jenjalan...
mula2 aku lepak makan jap dekat kedai makan depan DBP. dalam Jam 12 gitu barulah aku bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Times Square untuk sesi mencuci mata. Sudah selesai mencuci mata sambung pulak jenjalan ke Low Yatt, & tiba2 aku ternampak sesuatu yang amat menarik untuk disertai oleh aku mahupun kanak2 apatah lagi orang dewasa serta warga tua, hohoho...
ia adalah....

wuhuuuu... maka aku dengan penuh keyakinan pergi daftar untuk jadi peserta untuk sama2 mencipta rekod dunia bagi "Most Number of People Participating in a Mobile Phone Game Relay". akhirnya usaha berjam2 itu berbaloi kerana Malaysia telah mencipta rekod dunia dengan mencatat peserta seramai 2030 orang. tahniah rakyat malaysia dan juga aku... hohohohoo... untuk itu aku telah menerima badge edisi terhad angry bird, kipas 'red bird'.

Tag sebagai bukti pendaftaran

kipas 'red bird'

Limited Edition Badge
Namun aku sangat kecewa kerana tidak berjaya memenangi T-Shirt Rasmi Angry Birds, biar tak muat sekalipun yang penting dapat! namun apakan daya MC pada hari itu tidak memilih aku untuk naik ke pentas untuk memenangi T-shit itu... JIN HITZ.FM WHY DIDN'T YOU CHOOSE ME!!!!! hmmmm, adakah kerana aku sudah kurus maka dia tidak dapat melihat aku disebalik puluhan orang yang berada di main stage itu?? hmmmm, kalau benar itu alasannya maka aku boleh menerimanya dengan hati terbuka. Lagipun aku tengok dia asyik pilih budak2 cina je, welll... MUKA AKU BUKAN MUKA CINA KE???? bak kata Azwan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah:- "Saya ada darah cina tau..."
Namun dengan ketabahan hati yang suci ini, aku menganggap 'takde rezeki', next time kalau ada lagi event tu, aku harus menjerit nama MC itu supaya pilih aku *sangat desperate kan??
urggghhh... letih semalam masih belum hilang lagi, so aktiviti aku selepas ini aku sambung di post yang seterusnya lah pulak... sakit badan, semalam ambik gambar dengan sepenuh hati... yalah, demi mencari extra income, haruslah jadi extra rajin kan? jari2 ini sepertinya tidak larat untuk sambung menaip... *ayat jiwang karat.. hohoho...
ok guys see you soon, chow!