Cosmoderm

Monday, June 13, 2011

Aku seekor panda...

Assalamu'alaikum semua...

Awal pagi lagi aku dah buat post, semangat waja betul kan? hehehe... Pagi ni aku teramat lah mengantuk, mata ini rasa berat je nak buka. Padan muka aku, sape suruh tidur jam 2 pagi? sekarang sape susah? aku jugeekkk... Tapi bukan salah aku, semua ini wayang itu punya pasal! Salahkah jika aku menontonnya?

Mesti korang tertanya2 wayang apa yang aku tengok tu & apa kaitan posting ni dengan seekor panda. Meh aku gitau, semua ini saling berkaitan... hehehehe...

Aku baru2 ni ter'downlod' *wujudkah istilah ini? wayang PENUNGGU ISTANA. seriously pada teramat seram sebab kelihatan seperti sangat benar. Even sampai sekarang ni pun aku masih tak tau adakah wayang itu adalah rakaman sebenar tanpa suntingan? sebab setiap rakaman yang dipaparkan kelihatan sangat 'real' dan adakah penyelidik2 di dalam cerita itu benar telah dibunuh atau sekadar lakonan semata2? aku harus mengkaji benda ni... *eleh... baru tengok pun dah takut, ni plak nak kaji... Namun impak wayang ni terhadap aku teramat kuat sampai aku tak dapat tidur dan disebabkan itu mata aku bengkak dan ditambah pulak dengan saiz badan aku yang 'solid' ni, memang tak ubah seperti panda...

Inilah panda yang didakwa menyerupai aku itu... hehehehe...

Penunggu Istana


berbagai usaha telah aku lakukan supaya dapat tidur, seperti mengira kambing biri2. Namun semuanya berakhir dengan kegagalan, bukan takat kambing2 tu tak nak melompat pagar, pemalas punya kambing biri2! tetiba kambing tu plak bertukar jadi hantu... hehehehe... makin stress aku...

sekarang ni jam 7.20 pagi, aku dah ada kat opis. alangkah best kalau dapat tidur, aaaahhhh~~~~ nikmat!!! kali ni aku nak cuba kira kuda laut plak lah, kecik sket. Tapi kena mengira plak kan? dah la aku ni jenis manusia yang lemah dengan kira2 nih! baik aku masuk surau jap, lelap mata sejam, mintak2 la segar sket badan aku. Tapi kang sorang2 kat surau, errr.... errr... aku tidur kat meja aku je lah, kang minta sape2 kejutkan aku before jam 8.00 *dasar penakut! hehehehe...

Ok lah, aku gi tidur jap ye... mata ni tak larat dah, menaip pun tah hape2... kepala dah ting tong!

see u guys soon.
chow!

2 comments:

adilla idris said...

haloooo baby.....panda ni sebijik mcm ko gak....kih...kih....comeyy..

razzwey said...

halo akak... al-kisahnye sebab tu la tajuk nya "aku seekor panda'... hahahhaha...