PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, June 8, 2011

Wayang apa aku sedang tonton...

Assalamu'alaikum semua...

Mood untuk posting semakin berkobar2 di dalam jiwa raga ini (cheeewwaaaahhhh). Almaklumlah dah pekena mee goreng basah, perut sudah kenyang, hati sudah senang, mata ada mengantuk (ini wajib nihh...), namun tetap kugagahkan jua mata dan badan ini untuk menge'post' seaktif mungkin sepertimana dulu2... (ayat bukan main....)

kali ni aku akan kongsikan filem2 yang berjaya menarik perhatian aku untuk menontonnya. Dulu2 aku ni kaki panggung, hujung minggu je mesti nak gi tengok wayang, tengok wayang je mesti hujung minggu. Namun sejak keseorangan ni, aku dah jarang tengok wayang kat panggung, aku cuma copy dari DVD, atau download je, senang! tak perlu nak beratur panjang nak beli tiket, bersesak2 naik LRT, berpeluh2 berjalan kaki, hanya bermodalkan line internet & laptop, aku dah boleh menikmati wayang tersebut dalam posisi apa sekalipun;- baring, bergolek, terbalik, berdiri, berbo.... err... err... yang itu tidak ye... wuhuehuehue....

kita bermula dengan cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

what can i say, filem ni hanya gempak pada trailer saja. Jalan cerita biasa2 saja, namun special effect nak kata terlalu hebat takdelah sangat, banyak juga kesilapan teknikal yang aku dapat lihat dekat wayang ni. Cuba lihat scene dekat pantai waktu tentera garuda datang menyerang dari arah laut dan bukit ketika prince marcus & princess china sedang melepak kat dalam hutan tu, ribut kat pantai bukan main kuat lagi, tapi pokok2 kelapa tu maintain je... ada banyak lagi la, tapi nanti2 je lah aku story. Kesimpulannya lebih menghiburkan menonton Puteri Gunung Ledang daripada menonton Hikayat Merong Mahawangsa.

Seterusnya Filem CUN

CUTE! cerita ini keseluruhannya agak cute, dari Luna Latisha, Atan, Kuntom Renjong, Manis, Bedah Tonggek, Siti Senjakala, Ryan Hidayat. Jalan cerita not bad, mengetengahkan ikatan kekeluargaan, cinta, konflik diri. bagi aku cerita ni lebih seronok untuk ditonton sebab tidak terlalu berat dan berbelit2. mungkin juga aku bukan peminat filem EPIK. Takpe2 nanti aku aku pastikan aku akan selitkan filem epik sebagai salah satu list tontonan aku.

ketiga, filem KARAK


Trailer wayang seram gila. sehingga aku tertarik untuk ke panggung menontonnya, namun sekali lagi aku hampa dengan jalan ceritanya. KRU terlalu menumpukan kepada special effect, sehingga skrip jadi longgar, pelakon nampak kaku. Tapi ada jugak la hantu2 yang pada aku seram jugak, terutama hantu pompuan berkebaya dan anaknya tu. seriously sangat seram plus dengan intonasi yang mendayu2, naik jugak bulu roma & bulu2 yang lain. koh koh koh...


Next filem APPALAM

Filem remake daripada PAPADOM arahan Afdlin Shauki ini amat menarik untuk ditonton. Tidak keterlaluan saya katakan version ini menyamai kehebatan filem papadom. seperti biasalah ada sedikit olahan pada beberapa adegan tapi jalan cerita tetap sama. Afdlin shauki juga turut tampil sebagai salah seorang pelakon di dalam filem ini. Jaclyn victor berjaya melakonkan wataknya dengan baik, pada aku not bad lakonannya. keseluruhannya, aku berpuas hati dengan APPALAM. Thumbs Up!

Last but not least HELLO GHOST (Korea)


Filem ni pada aku 'cukup rasa'. Berbagai emosi diterapkan di dalam filem ini, jalan cerita yang sangat ringkas namun mampu membuatkan aku menangis di akhir filem ini. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah berputus asa dalam hidup dan ingin membunuh diri, namun setiap percubaan berakhir dengan kegagalan. detik itu telah menemukannya dengan 4 ekor hantu yang mengekorinya ke mana2 pun. sejak dari detik itu dia mula merasa hidupnya terisi, dan kesunyian semakin lama semakin hilang dari hidupnya. Ceritas ini aku 'rate'kan sebagai MESTI TONTON kerana elemen kekeluargaan yang amat kuat yang diterapkan dalam filem ini, aku jamin semua orang pasti akan mengalirkan airmata selepas menontonnya...

ok guys, aku rasa setakat ini je post utk hari ni... esok2 aku post benda lain pulak ye...
kalau ada sesiapa yang nak copy wayang2 ni, leh contact aku ye...

chow....

7 comments:

ejulz said...

nnti aku nak copy karak..

razzwey said...

karak aku tgk kat panggung, nanti aku download k...

razzwey said...

karak dah ada dah asrul, ko nak copy tak?

kartikel.com said...

nak copy hello ghost.. hehe

syahroll said...

merong mahawangsa n karak jer aku tgk. yg lain, xleh masuk.

razzwey said...

boleh je... tapi nak send by email, fail besar sangat pulak... hohoho...

razzwey said...

aku plak menyesal tengok karak... huhuhu... tapi hello ghost memang terbaik... hohoho....