PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, June 15, 2011

Perodua Myvi baru - Lagi Best!

Assalamualaikum semua,

Semangat plak aku menghapdet blog aku hari ni... Well ini semua demi followers & readers jugekk... kali ni meh aku kongsi gambar perodua Myvi baru yang akan dilancarkan esok kut... tapi gambar2 ini bukan lah aku yang ambik sendiri. ape2pun korang tengok je k...



sumber diperolehi dari: http://www.arenakereta.com/lagi-gambar-perodua-myvi-2011-baharu/

So kepada sesiapa yang rasa nak merasa kereta Myvi baru, boleh la membuat tempahan di cawangan Perodua yang berdekatan *chewaahhh macam ejen Perodua pulek...

see you guys soon...

chow...

OH TIDAK!!!!

Assalamualaikum semua,

Hari aku bermula dengan tidak begitu baik hari ni...


PERTAMA:
Aku terbangun awal sebelum alarm berbunyi. Biasanya pagi2 aku bangun jam 5.15, tapi disebabkan aku terbangun jam 4.50 pagi tadi, maka aku terus takleh sambung balik tidur. Maka dengan rasa redha aku terus bermain game angry bird sampai lah jam 5.15 barulah aku gi mandi manda. Nasib baik aku tak tertidur dalam LRT, klu x komfem aku terlepas sampai ke sri petaling... huhuhuhu...

yang ni bukan tertidur dah ni, siap bawak toto bagai....

huduhnyeee...


KEDUA:
hari ni adalah hari batik sedunia, maka dukacitanya aku ingin mengumumkan bahawa.... AKU LUPA PAKAI BAJU BATIK!!!!! arggghhhh... cemaner aku leh lupa plak ni??? maka dengan itu aku terpaksa lah meng'cover' dengan memakai jaket kesayangan aku yang berwarna oren ni haa... nasib baik hari bos2 takde kat opis, so aku selamat lah sket... wuhuehuehue...

hmmm... x pernah2 aku lupa pakai baju batik...

Maka dengan rasa tawadhuk nye aku memikirkan, apa punca sampai macam2 hal jadi kat aku hari ni. Dari sudut pemerhatian aku akhirnya dapat disimpulkan bahawa. Kejadian Gerhana Bulan kemungkinan menjadi punca aku jadi kelam kabut hari ni *salahkan gerhana pulak, padahal diri sendiri x betul...* al-maklumlah, puteri bulan lah katakann... ala2 sailormoon gitu... ahakzzz....

aura gerhana bulan yang mengganggu 'biology clock' aku... hohoho...

puteri bulan gitu... ko ade???? hahahhaa...

ok lah kawan2, perut aku sudah mengeluarkan bunyi menandakan bahawa dia minta untuk diisi. maka otak aku menganalisis data dari perut lalu mentafsirkannya sebagai LAPAR. Maka saraf2 aku terus menggerakkan kaki aku untuk menuju ke cafe dan membeli makanan... tetapi sebelum itu aku harus click 'PUBLISH POST'. hehehhehe...

see you guys soon...

chow!

Tuesday, June 14, 2011

Aku & Isteriku

Assalamualaikum Semua...

Alhamdulillah hari ni aku rasa amat segar sekali kerana setelah menggantikan tidur *uwaaa macam ganti puasa pulekkk* yang tertunggak kelmarin. Maka encik panda sudah tidak ada lagi untuk hari ini, hari ini je ok? hari esok lusa tulat mungkin aku akan jadi panda balik. Hari ni aku jadi Honda dalam cerita street fighter je... namun sila ambik maklum ye bahawa gambar di bawah itu bukan lah gambar aku, itu adalaha orang lain, walaupun badan errr... err... walaupun badan aku jauh lebih kecik dari mamat tu... wuhuehuehue...

Hari ni aku nak cerita pasal kisah aku dan isteriku. *bila masa aku kawen??* ok, for those who still don't know, isteri yang aku maksudkan adalah KAMERA kesayangan aku. Buat masa ni itulah partner tidur aku, itulah partner makan aku, itulah partner jalan2 aku, partner cari makan aku. Banyak masa aku dihabiskan bersamanya... Oh, kameraku ai lebiu beri mac... :-) wuhuehuehue...

Kadang2 aku terfikir macam mana aku leh minat dalam bidang fotografi nih? Rupa2nya dolu2 zaman aku belum lahir lagi bapa aku memang seorang yang suka mengambil gambar, malah bapa aku ada sebijik kamera yang besar *time tu masih guna filem lagi la..*. Ini pun aku dapat tau dari makcik2 pakcik2 aku yang cerita. Well, mana tumpahnya kuah kalau x ke langkawi kan?? hehehehe...

Dengan kamera ni jugalah aku mencari extra income demi menampung kos hidup yang makin meninggi kat KL nih, kalau nak harapkan duit gaji memang cukup2 makan je lah, ada masa memang x cukup makan pun. hohoho... Maka dengan berbekalkan kamera itu aku bersama dua lagi rakan menubuhkan SR PHOTOGRAPHY yang mana kami menawarkan perkhidmatan jurgambar bagi berbagai2 acara seperti perkahwinan, pertunangan, sambutan hari lahir, reunion, family@friends outdoor, dinner, errr... macam2 lagi lah pada harga yang amat berpatutan. Boleh check dekat link ni ye http://srphotoz.blogspot.com .


mari saksikan aksi2 menarik aku bersama isteriku err.. kameraku ini...


ketika honeymoon di paris bridge *padahal jambatan PICC je...


Aku & dirimu


Lagi...
In Full Uniform

ok guys, aku nak gi bekpes dulu, pagi ni ada kerja yang harus diselesaikan. kang senang2 aku masuk lagi nak hapdet mana yang patut.

see you guys soon

chow!

Monday, June 13, 2011

Aku seekor panda...

Assalamu'alaikum semua...

Awal pagi lagi aku dah buat post, semangat waja betul kan? hehehe... Pagi ni aku teramat lah mengantuk, mata ini rasa berat je nak buka. Padan muka aku, sape suruh tidur jam 2 pagi? sekarang sape susah? aku jugeekkk... Tapi bukan salah aku, semua ini wayang itu punya pasal! Salahkah jika aku menontonnya?

Mesti korang tertanya2 wayang apa yang aku tengok tu & apa kaitan posting ni dengan seekor panda. Meh aku gitau, semua ini saling berkaitan... hehehehe...

Aku baru2 ni ter'downlod' *wujudkah istilah ini? wayang PENUNGGU ISTANA. seriously pada teramat seram sebab kelihatan seperti sangat benar. Even sampai sekarang ni pun aku masih tak tau adakah wayang itu adalah rakaman sebenar tanpa suntingan? sebab setiap rakaman yang dipaparkan kelihatan sangat 'real' dan adakah penyelidik2 di dalam cerita itu benar telah dibunuh atau sekadar lakonan semata2? aku harus mengkaji benda ni... *eleh... baru tengok pun dah takut, ni plak nak kaji... Namun impak wayang ni terhadap aku teramat kuat sampai aku tak dapat tidur dan disebabkan itu mata aku bengkak dan ditambah pulak dengan saiz badan aku yang 'solid' ni, memang tak ubah seperti panda...

Inilah panda yang didakwa menyerupai aku itu... hehehehe...

Penunggu Istana


berbagai usaha telah aku lakukan supaya dapat tidur, seperti mengira kambing biri2. Namun semuanya berakhir dengan kegagalan, bukan takat kambing2 tu tak nak melompat pagar, pemalas punya kambing biri2! tetiba kambing tu plak bertukar jadi hantu... hehehehe... makin stress aku...

sekarang ni jam 7.20 pagi, aku dah ada kat opis. alangkah best kalau dapat tidur, aaaahhhh~~~~ nikmat!!! kali ni aku nak cuba kira kuda laut plak lah, kecik sket. Tapi kena mengira plak kan? dah la aku ni jenis manusia yang lemah dengan kira2 nih! baik aku masuk surau jap, lelap mata sejam, mintak2 la segar sket badan aku. Tapi kang sorang2 kat surau, errr.... errr... aku tidur kat meja aku je lah, kang minta sape2 kejutkan aku before jam 8.00 *dasar penakut! hehehehe...

Ok lah, aku gi tidur jap ye... mata ni tak larat dah, menaip pun tah hape2... kepala dah ting tong!

see u guys soon.
chow!

Sunday, June 12, 2011

Akibat kesibukan melampau...

Assalamu'alaikum semua,

Semalam akibat terlalu sibuk & penat aku telah terlupa untuk menghantar sebarang post. Al-maklumlah tugas sebagai Wedding Photographer ini kadang2 mengambil masa sepanjang hari. Namun, kuhadapi dengan senyuman (aiseeehhhmennnn...).

Oleh kerana 2 hari tidak membuat sebarang post, maka aku akan 'compile'kan aktiviti aku selama 2 hari itu di dalam satu post. semangaaattt!!!

Sabtu, 11 Jun 2011

6.00 pagi
Bangun Sembahyang Subuh... :-)

6.15 pagi
Sambung tidur... sebelum tu pasang dulu wayang APPALAM, ambik mood sebelum tidur

8.00 pagi - 10.30 Pagi
terbangun pulak... golek2 atas katil dulu, buat strecthing sket...
Buka game kat laptop, main game dengan sepenuh hati

10.35 pagi
ambik towel, pergi mandi...
lepas mandi aku sambung main game pulak...

11.30 Pagi
keluar rumah jenjalan...

mula2 aku lepak makan jap dekat kedai makan depan DBP. dalam Jam 12 gitu barulah aku bersemangat untuk meneruskan perjalanan ke Times Square untuk sesi mencuci mata. Sudah selesai mencuci mata sambung pulak jenjalan ke Low Yatt, & tiba2 aku ternampak sesuatu yang amat menarik untuk disertai oleh aku mahupun kanak2 apatah lagi orang dewasa serta warga tua, hohoho...

ia adalah....


wuhuuuu... maka aku dengan penuh keyakinan pergi daftar untuk jadi peserta untuk sama2 mencipta rekod dunia bagi "Most Number of People Participating in a Mobile Phone Game Relay". akhirnya usaha berjam2 itu berbaloi kerana Malaysia telah mencipta rekod dunia dengan mencatat peserta seramai 2030 orang. tahniah rakyat malaysia dan juga aku... hohohohoo... untuk itu aku telah menerima badge edisi terhad angry bird, kipas 'red bird'.

Tag sebagai bukti pendaftaran

kipas 'red bird'

Limited Edition Badge

Namun aku sangat kecewa kerana tidak berjaya memenangi T-Shirt Rasmi Angry Birds, biar tak muat sekalipun yang penting dapat! namun apakan daya MC pada hari itu tidak memilih aku untuk naik ke pentas untuk memenangi T-shit itu... JIN HITZ.FM WHY DIDN'T YOU CHOOSE ME!!!!! hmmmm, adakah kerana aku sudah kurus maka dia tidak dapat melihat aku disebalik puluhan orang yang berada di main stage itu?? hmmmm, kalau benar itu alasannya maka aku boleh menerimanya dengan hati terbuka. Lagipun aku tengok dia asyik pilih budak2 cina je, welll... MUKA AKU BUKAN MUKA CINA KE???? bak kata Azwan dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah:- "Saya ada darah cina tau..."

Namun dengan ketabahan hati yang suci ini, aku menganggap 'takde rezeki', next time kalau ada lagi event tu, aku harus menjerit nama MC itu supaya pilih aku *sangat desperate kan??

urggghhh... letih semalam masih belum hilang lagi, so aktiviti aku selepas ini aku sambung di post yang seterusnya lah pulak... sakit badan, semalam ambik gambar dengan sepenuh hati... yalah, demi mencari extra income, haruslah jadi extra rajin kan? jari2 ini sepertinya tidak larat untuk sambung menaip... *ayat jiwang karat.. hohoho...

ok guys see you soon, chow!

Thursday, June 9, 2011

siapa pernah nampak hantu?

Assalamu'alaikum semua...

motif sangat kan aku nak ajak sembang pasal benda mistik bistik nih? kebetulan je sebenarnya, semalam aku boleh pulak layan wayang hantu sampai pukul 3 pagi sedangkan aku harus bangun pada jam 5.15 pagi untuk bersiap2 ke opis, dah la pagi2 aku kena lalu kubur cina, tengok pulak cerita hantu cina, memang cari nahas la kan? koh koh koh...

korang pernah tak mengalami kejadian2 pelik yang kadang tak boleh diterima akal? teringat pulak dulu2 zaman aku sambung study, bukan setakat namapk je, siap kena ganggu lagi. terseksa badan aku menanggung hazabnya bila hantu tu dah naik hantu... (dah la hantu, naik hantu pulak kan???) Apa motif aku kena ganggu pun aku tak tau, adakah disebabkan ke'gojes'an aku yang telah mencapai tahap maksimum telah mengakibatkan hantu itu jeles? atau disebabkan diorang takde kawan, lepas tu saja nak main kawan2 dengan aku? whatever, yang penting sekarang semua tu dah berlalu. walauponnn... aku masih dapat rasa benda tu ada di sekitar, tapi syukurlah aku tak dapat melihat mereka dengan mata kasar macam dulu2...

korang semua mana yang pernah mengalami kejadian pelik meh kongsi sket, tak kisah la samada ternampak ke, diganggu ke, kawan ternampak ke, kawan diganggu ke. Meh kongsi sket cerita korang, kengkadang seronok jugak bila dapat dengar cerita dari orang lain, at least kita dapat berkongsi pendapat, berkongsi pengalaman, berkongsi kongsian *dah start merapu dah...

Korang kadang2 mesti tertanya2 kan, apesal setiap kali cerita pasal hantu mesti hantu tu pompuan, pakai kain buruk kaler putih, rambut menggerbang, gigi tajam, kuku tajam, ditambah lagi bila filem2 seram di Malaysia asyik menonjolkan hantu yang memakai fesyen yang sama je...

jubah putih, rambut panjang...
evening gown putih, siap ikut shape pinggang lagi...

kan aku dah cakap, fesyen semua sama je kan?






Wednesday, June 8, 2011

Wayang apa aku sedang tonton...

Assalamu'alaikum semua...

Mood untuk posting semakin berkobar2 di dalam jiwa raga ini (cheeewwaaaahhhh). Almaklumlah dah pekena mee goreng basah, perut sudah kenyang, hati sudah senang, mata ada mengantuk (ini wajib nihh...), namun tetap kugagahkan jua mata dan badan ini untuk menge'post' seaktif mungkin sepertimana dulu2... (ayat bukan main....)

kali ni aku akan kongsikan filem2 yang berjaya menarik perhatian aku untuk menontonnya. Dulu2 aku ni kaki panggung, hujung minggu je mesti nak gi tengok wayang, tengok wayang je mesti hujung minggu. Namun sejak keseorangan ni, aku dah jarang tengok wayang kat panggung, aku cuma copy dari DVD, atau download je, senang! tak perlu nak beratur panjang nak beli tiket, bersesak2 naik LRT, berpeluh2 berjalan kaki, hanya bermodalkan line internet & laptop, aku dah boleh menikmati wayang tersebut dalam posisi apa sekalipun;- baring, bergolek, terbalik, berdiri, berbo.... err... err... yang itu tidak ye... wuhuehuehue....

kita bermula dengan cerita HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

what can i say, filem ni hanya gempak pada trailer saja. Jalan cerita biasa2 saja, namun special effect nak kata terlalu hebat takdelah sangat, banyak juga kesilapan teknikal yang aku dapat lihat dekat wayang ni. Cuba lihat scene dekat pantai waktu tentera garuda datang menyerang dari arah laut dan bukit ketika prince marcus & princess china sedang melepak kat dalam hutan tu, ribut kat pantai bukan main kuat lagi, tapi pokok2 kelapa tu maintain je... ada banyak lagi la, tapi nanti2 je lah aku story. Kesimpulannya lebih menghiburkan menonton Puteri Gunung Ledang daripada menonton Hikayat Merong Mahawangsa.

Seterusnya Filem CUN

CUTE! cerita ini keseluruhannya agak cute, dari Luna Latisha, Atan, Kuntom Renjong, Manis, Bedah Tonggek, Siti Senjakala, Ryan Hidayat. Jalan cerita not bad, mengetengahkan ikatan kekeluargaan, cinta, konflik diri. bagi aku cerita ni lebih seronok untuk ditonton sebab tidak terlalu berat dan berbelit2. mungkin juga aku bukan peminat filem EPIK. Takpe2 nanti aku aku pastikan aku akan selitkan filem epik sebagai salah satu list tontonan aku.

ketiga, filem KARAK


Trailer wayang seram gila. sehingga aku tertarik untuk ke panggung menontonnya, namun sekali lagi aku hampa dengan jalan ceritanya. KRU terlalu menumpukan kepada special effect, sehingga skrip jadi longgar, pelakon nampak kaku. Tapi ada jugak la hantu2 yang pada aku seram jugak, terutama hantu pompuan berkebaya dan anaknya tu. seriously sangat seram plus dengan intonasi yang mendayu2, naik jugak bulu roma & bulu2 yang lain. koh koh koh...


Next filem APPALAM

Filem remake daripada PAPADOM arahan Afdlin Shauki ini amat menarik untuk ditonton. Tidak keterlaluan saya katakan version ini menyamai kehebatan filem papadom. seperti biasalah ada sedikit olahan pada beberapa adegan tapi jalan cerita tetap sama. Afdlin shauki juga turut tampil sebagai salah seorang pelakon di dalam filem ini. Jaclyn victor berjaya melakonkan wataknya dengan baik, pada aku not bad lakonannya. keseluruhannya, aku berpuas hati dengan APPALAM. Thumbs Up!

Last but not least HELLO GHOST (Korea)


Filem ni pada aku 'cukup rasa'. Berbagai emosi diterapkan di dalam filem ini, jalan cerita yang sangat ringkas namun mampu membuatkan aku menangis di akhir filem ini. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah berputus asa dalam hidup dan ingin membunuh diri, namun setiap percubaan berakhir dengan kegagalan. detik itu telah menemukannya dengan 4 ekor hantu yang mengekorinya ke mana2 pun. sejak dari detik itu dia mula merasa hidupnya terisi, dan kesunyian semakin lama semakin hilang dari hidupnya. Ceritas ini aku 'rate'kan sebagai MESTI TONTON kerana elemen kekeluargaan yang amat kuat yang diterapkan dalam filem ini, aku jamin semua orang pasti akan mengalirkan airmata selepas menontonnya...

ok guys, aku rasa setakat ini je post utk hari ni... esok2 aku post benda lain pulak ye...
kalau ada sesiapa yang nak copy wayang2 ni, leh contact aku ye...

chow....

Kebosanan Melanda

Assalamu'alaikum semua,

wohooo, lamanya tak update blog ni... sudah sunyi sepi jadinya. akibat kebosanan super yang melanda, akhirnya barulah terdetik di hati ini untuk kembali ber'blog'2 ni. Perkara ini juga akibat daripada terlupa login password. Maafkan diriku di at
as kealpaan ini, sesungguhnya tidak ada manusia yang sempurna.

sebenarnya banyak yang hendak aku ceritakan di
sini, namun akibat limpahan idea yang mencurah2 bagai air terjun (ini sudah melampau), aku sendiri tidak tahu mana satu cerita yang aku masukkan dulu. Serabut... serabut...

Namun jangan risau wahai followers sekalian
, blog ini pasti akan aktif kembali dengan intipati yang menarik, yang pasti sarat dengan pelbagai emosi ;- suka, duka, gembira, sedih (urmmm bukan sama ke tu???) ketawa, tangis dan lain2...

gambar2 juga akan disertakan skali sebagai peny
eri blog ni, almaklumlah asyik pot pet pot pet je kat dalam blog ni... gambar langsung tidak disertakan, umpama makan tak kenyang, tidur tak nyenyak, mandi tak basah (sah2 auta), bersin tak jadi, gatal tak digaru, berak tak basuh (WTH???), jemur baju tak kering (suda makin merapu si razi nih), joging tak keluar peluh, *razi, sudah2 la tu merapu, straight to the point okay??

oh well, diharap post kali akan jadi pemangkin se
mangat untuk aku memberikan post2 yang lebih menarik, meletup dan vogue ala2 Amber Chia sedang posing sambil badannya dicat ala2 kulit harimau sempena kempen PETA, boleh??? hehehe... auummmm!!!!!


ok guys, see you in the next post yah... perut sudah semakin lapar, ermmm apa yang harus aku makan untuk lunch ni... any suggestions??

Char Kueh Teow

Ayam Goreng Berempah

OMG, razi!!!!! dah dah... pergilah makan... jangan merapu rapu lagi....
bubyeee..... kawan2... out to lunch... :P