PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, January 8, 2012

awak siapa ya? maaf la saya tak kenal...

Assalamu'alaikum wbt semua,

tiba2 je terasa nak buat entry lagi, mode rajin sedang aktif, topik dalam kepala masih hangat lagi nih...
 P
kali ini kita bercerita tentang isu profile name dalam facebook. korang semua cuba ambil sedikit masa untuk jenguk2 friend's list korang, cuba kira berapa ramai yang menggunakan nama sebenar dan berapa ramai yang letak nama yang takde kaitan langsung dengan nama sebenar? Ramai tak?

kita kecilkan sikit skop ye, daripada yang tak guna nama sebenar tu, berapa ramai yang beragama islam yang menyelitkan nama bukan islam sebagai profile name mereka? Berapa ramai yang letak nama objek yang pelik2 sebagai profile name mereka?

pada aku, nama kita mempunyai maksud yang baik, jadi apa salahnya guna je nama sebenar kita sebagai profile name facebook kita? Bukan apa, kalau kawan2 lama nak cari kita pun senang kan? Kalau pun tak nak guna nama sebenar sebagai profile name kita, at least letak lah gambar diri sendiri. Ini tidak, sudah lah profile name pelik2, profile picture pula gambar2 pelik atau gambar orang lain. Kalau orang jenis macam tu add aku kat facebook, sampai bila2 pun aku takkan approve.

aku pernah mengalami kejadian seperti ini, di mana ada seorang manusia yang profile name dia pelik2 lepas tu profile picture pula pelik2, add aku as friend kat facebook. Siap message kat inbox nak kenal lah, apa2 lah...

bila aku tanya "ini siapa ye? Nama betul apa?" dia siap leh cakap "alaaa.... takkan tak kenal kita kut, sampai hati awak, ye laaa kita ni tak glamer macam awak, mana la awak nak kenal kan? Tak nak kawan lah dengan awak!"

ek eleh, sentap plak minah ni, aku pun sound balik lah... "HELLO! SERIUS SAYA MEMANG TAK KENAL AWAK!! NAMA AWAK PUN SAYA TAK KENAL SEBAB SAYA TAK KENAL ORANG DENGAN NAMA **********!!! TENGOK PROFILE PICTURE AWAK PUN SAYA TETAP TAK KENAL DENGAN AWAK!!! SEBAB SAYA BERKAWAN DENGAN ORANG! BUKAN DENGAN SELIPAR! SIPUT SEDUT! KUDA KEPANG! KERETA! SO AWAK JANGAN NAK SENTAP2 DENGAN SAYA BILA SAYA TANYA SOALAN AS SIMPLE AS THAT!! DAN LAGI SATU! SIAPA YANG MENGADA2 NAK ADD FRIEND DULU! BUKAN AWAK KE? KALAU AWAK TAK NAK KAWAN DENGAN SAYA! THEN DON'T ADD ME AS FRIEND IN THE FIRST PLACE SEBAB SAYA SENDIRI TAKKAN ADD ORANG MACAM AWAK!!!

so, sekian terima kasih...
tab aku dh habis bateri...
fikir2 lah ye...

No comments: