Cosmoderm

Tuesday, January 3, 2012

Hilang Mood

Assalamu'alaikum semua,
Sudah lama tak buat posting setelah berehat seketika, sejak posting terakhir tu (statement 'Lelaki Sama Saja'), aku agak lost seketika. Mood untuk posting hilang, bukan setakat mood untuk posting hilang, mood untuk bekerja, mood untuk mengambil gambar, mood untuk meng'edit' gambar, mood untuk meng'upload' gambar, sampai nak bercakap pun langsung takde mood.
aku kena cari jalan untuk menaikkan semula semangat aku. Tapi, macam mana??? Aku bukan ada sape-sape pun kat KL ni, nak luah kat sape? nak mintak nasihat kat sape?? Dalam kepala aku sekarang hanya fikir untuk kembali ke pangkuan keluarga, kerana pada aku hanya mereka saja yang memahami situasi aku sekarang, dan hanya mereka yang tahu apa yang terbaik buat aku, apa yang terbaik buat mereka, maka terbaik juga lah buat aku.
Apa yang buat aku terus bertahan di KL ni adalah keluarga aku, mereka lah pemberi semangat aku. Terus terang aku katakan, aku adalah seorang 'family man', apa2 hal aku akan utamakan keluarga aku, kalau boleh aku ingin terus berada disisi keluarga aku, menjaga mereka, menghiburkan hati mereka, meringankan beban mereka. Pada aku, kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan aku, kegembiraan mereka adalah kegembiraan aku.
Sebagai anak bongsu dalam keluarga, aku akui aku seorang yang agak manja dengan ibu bapa aku, namun atas dasar tanggungjawab aku terpaksa berpisah dengan keluargaku yang jauh di seberang laut untuk mencari rezeki. kini dah nak masuk 4 tahun aku merantau di negeri orang, aku rasa, cukuplah aku berjauhan dengan mereka, biarlah aku kembali kepada mereka.
sekarang aku sedang berusaha untuk, merealisasikan impian itu;- "berpindah semula ke SABAH", agaknya itulah azam tahun baru aku untuk tahun 2012 ni, aku tak nak banyak sangat azam, biarlah aku selsesaikan satu dulu, then baru lah fikir target aku yang seterusnya, aku tak mahu fokus aku terganggu.
So buat masa ni, mungkin aku akan senyap sebentar dari "facebook", "youtube", "blogging", aku akan berusaha untuk mencapai impian aku terlebih dahulu.
buat kawan2 yang membaca posting ini, doakan kejayaan aku ok?, semoga apa yang aku hajatkan akan tercapai... amin...

No comments: