PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Monday, January 30, 2012

Kisah aku & Kucing

Petang semalam ingatkan lepas kerja nak terus balik rumah, sebab hari sebelumnya aku tak boleh tidur langsung, boleh lah dikatakan lebih dari 24 jam tak tidur, tapi tetap aku gagahkan diri jugak untuk datang opis. So alkisahnya, turun je dari bas U41 (tepi penjara pudu), ingatkan nak jalan terus balik rumah, tiba2 hujan la pulak, so nak tak nak aku terpaksa singgah kat times square sementara nak tunggu hujan reda.

tunggu punya tunggu, kira2 jam 8 malam aku starta berjalan balik tanpa menyinggah ke mana2 kedai untuk membeli jajan (aku diet!). sampai je kat menara dewan bahasa aku terlihat kucing, mundar mandir ke sana ke sini, aku lalu je la, tiba2 kucing ni dengan penuh keyakinan yang tinggi ikut aku, aku dah halau2 pun masih gak ikut aku, rasanya ini kucing bela kut, sebab dia manja dengan orang. Kucing ni plak bila ada kereta lalu dia jadi takut, macam nak ke tengah jalan pun ada gak, so aku angkat la kucing tu melintas jalan yang besar nak ke rumah.

Sampai je kat seberang jalan aku lepaskan balik kucing tu, dengan harapan dia akan pergi la konon. Last2 kucing tu ikut aku balik sampai lah ke rumah. Lepas tu bila kucing tu nampak kucing2 yang sepupu aku bela terus dia lupakan aku... huhuhuhu... (tak kenang jasa betul lah! aku dah selamatkan kau, kau lari macam tu jah!).

Anyway, aku memang suka kucing pun...

No comments: