Cosmoderm

Saturday, January 28, 2012

Apa kes aku dengan Azmeer?

wuhhuuuu... tak sangka mentor sekarang dah nak masuk musim ke-6 dah, walaupun pada aku peserta2nya akan berkesudahan dengan keadaan yang suam2 kuku saja, namun aku tidak nafikan yang peserta2 mentor dari musim pertama hingga musim kelima adalah lebih berkualiti jika hendak dibandingkan dengan beberapa peserta rancangan realiti tv yang lain, betul tak?

Aku sendiri pernah mencuba untuk menyertai ujibakat mentor musim kedua dulu, namun aku hanya berjaya sampai ke peringkat kedua sahaja, well seperti biasa Azmeer cukup cerewet bab memilih bakat baru nih, akhirnya aku terkandas. Aku ingat lagi kata2 Azmeer pada aku sewaktu ujibakat dulu...




So, kesimpulannya impian aku untuk bergelar peserta mentor terhenti setakat itu saja, sejak dari itu aku tak pernah cuba untuk menyertai mentor lagi (aiseehhh merajuk le ttuuuuuu). Takde lah merajuk pun, malah aku makin ligat pulak masuk audition Akademi Fantasia Musim ke-2, ke-3, ke-5 namun semuanya kandas sebabnyaaaaaaaa..... AKU PERGI AUDITION DI KOTA KINABALU... Standard yang ditetapkan bagi Ujibakat AF di KK sangat tinggi, sebab statistik menunjukkan peserta2 dari negeri di bawah bayu, rata2 mempunyai kualiti suara yang sangat bagus, so kita tidak boleh sekadar boleh menyanyi sedap je, malah kita seharusnya boleh menyanyi dengan sangaaaaaatttt baaiiiiikkkk!!!! Bukan takat AF je, MyStarz LG pun aku masuk. *desperate sungguh...

Setelah itu aku cuba pulak untuk menyertai pertandingan nyanyian IDOLA BANDARAYA, bermula dari uji bakat, aku berjaya melayakkan diri ke separuh akhir, ketika itu aku bersama kawan baikku Izlan haimin (tuan punya blog Http://Betadecni.blogspot.com) bertanding di separuh akhir, akhirnya keputusan separuh akhir tidak berpihak kepadaku, namun aku still gembira sebab Izlan berjaya ke peringkat akhir. Tetapi ada satu kejutan buat aku yang tidak disangka, salah seorang pengadil dalam pertandingan tersebut telah berjumpa dengan aku secara face to face mengatakan aku akan ke FINAL. Uwwaaaa ini berita baik, aku harus bersedia. Namun, di saat akhir nama aku digugurkan oleh penganjur dengan menyatakan markah aku hanya kurang 0.1% kepada seorang peserta lain. (Hakikatnya aku dapat tahu yang peserta itu merupakan ahli keluarga penganjur).

Well, serius aku kecewa tapi demi kawan baik aku, aku datang juga ke peringkat akhir pertandingan tersebut untuk memberi sokongan, keputusan akhirnya melayakkan Izlan mendapat tempat keempat sahaja, walaupun aku merasakan dia layak untuk mendapat 3 tempat teratas. Apa2pun semasa pertandingan sedang berjalan, pengadil yang pernah berjumpa dengan aku dulu itu berminat untuk menjadikan aku sebagai salah seorang artis dalam agensinya kerana dia rasa sangat bersalah setelah nama aku disingkirkan dari senarai finalis. Aku tak kisah la, lagipun pada saat dia baru hendak memanggil aku menjadi artisnya, aku telah mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Maka impian aku terhenati di situ sahaja...

Setibanya aku di KL, aku pernah mencuba nasib untuk menyertai MyStarz LG sekali lagi. Kali ini auditionnya berbeza jika dibandingkan dengan audition yang aku pernah sertai dulu di KK. Ujibakat terbahagi kepada dua iaitu, pra-audition:- peserta akan diadili di dalam bilik kecil, menyanyi tanpa iringan minus one, dan menari, seterusnya peserta yang melepasi tahap itu akan ke audition yang sebanar bersama juri professional. Alhamdulillah aku melepasi peringkat yang pertama *ketika itu bersama Lena AF9*, akhirnya peserta final untuk uji bakat KL akan menyanyi di atas pentas utama, dan diadili oleh NURUL *ex-wife Ajai tuuu* & Bob *sumpah aku tak kenal*, aku menyanyikan lagu Mahakarya Cinta nyanyian asal Faizal Tahir yang secara kebetulan ada di tempat ujibakat, MAMPOSS AKU, NERVOUS GILEE.... Apa2pun aku tetap berusaha untuk memberikan persembahan yang terbaik pada hari itu, aku perasaan semasa aku menyanyi ada beberapa orang yang bersorak terhadap persembahan aku, sambil2 tu aku jeling gak sket kat Faizal Tahir yang senyum melihat aku menyanyi lagunya. Habis separuh lagu aku menyanyi, juri Nurul memberi kad hijau kepada aku, namun juri Bob tidak, akhirnya aku terkandas setakat itu sahaja. Kecewa? memang la kecewa tapi ketika aku turun dari pentas, ada seorang lelaki yang menyatakan rasa kecewanya bila aku tidak terpilih untuk ke peringkat 'shortlist'. "dah takde rezeki bang, nak buat cemane kan?"

Kali ini aku rasa ingin mencuba nasib pulak untuk menyertai mentor6 pulak, saja mencuba nasib kan? kalau dapat, Alhamdulillah... Kalau tak dapat, aku pun tak kisah... Selamat mencuba!

No comments: