Cosmoderm

Tuesday, January 31, 2012

Meronda bersama Aaron aziz...

biar betul aku meronda2 bersama Aaron Aziz...?

Actually dah lama aku nak post cerita ni, tapi disebabkan asyik lupa je so cerita ni dipendamkan begitu saja seperti ikan pekasam yang sedang dalam proses pembuatan *dah start merapu dah*

Kejadian ini berlaku pada 10 Disember 2011 bertempat di Mid Valley Exhibiton Centre (MIVEC) *cheewaahh macam serius je bunyi kan*. apa yang ada di sana? iaitu MPH CARNIVAL 2011... *lorhh karnival buku je pun..*

Tujuan aku datang pun bukan semata2 nak beli buku je pun, sebabnya aku nak berjumpa dengan seorang selebriti youtube merangkap pekomik yang tengah meletup bagaikan lagu katy perry, 'firework'. Siapa dia? korang mesti kenal punya, sape2 yang rajin buka youtube tu mesti kenal dia.

Dia, tidak lain tidak bukan ialah....  taddaaaaaa....

gambar kredit to fb AmanWan (Official)

Iyaaa, tuan2 & puan2 sekalian, bukaaannnn Aaron Aziz, tapi Aman Wan, yang mula meletup namanya bila parody video KL Gangster iaitu iKLan Gangster (<-- klik situ kalau nak tengok) diupload kat youtube, start dari situ aku terus subscribe channel Aman, pada aku video2 nya sangat menarik, kan best kalau aku boleh berjaya seperti dia? Aku kena usaha lebih lagi...

Maka bersambung lah cerita, aku ronda2 lah karnival buku tu dengan sepenuh hati sambil tengok novel2 terbaru / terlama / segala jenis buku semua ada di sana, dengan harapan jugak sambil ronda2 tu leh terserempak dengan Aman. Namun akhirnya aku hampa, ronda punya ronda tak jumpa pun. So aku membuat keputusan drastik iaitu, 'balik'! Namun berkat kesabaran yang masih tersisa sedikit tu akhirnya membuahkan hasil apabila bila aku dah melangkah keluar dari pusat pameran tu, aku berselisih dengan Aman Wan. Aku apa lagi, terus gi tegur Aman dengan jayanya! maka inilah hasilnya....

 abang tembam sudah keluar arr...

sape lagi tembam?

ok, last pose... 1... 2... 3...

Maka sembang punya sembang kat pintu masuk, so aku pun terus meronda karnival tu walaupun aku dah ronda habis dah, ronda seorang2 tak sama dengan ronda bersama sesorang, so rondaan kali ketiga aku ni rasa seronok lah. Ye lah, dah ada kawan nak sembang sambil ushar buku. Maka hasil dari rondaan tersebut aku telah membeli...


yeee, aku beli novel Ombak Rindu karya oleh Fauziah Ashari, Fiksyen 302 oleh penulis novel kegemaran aku iaitu Ramlee Awang Murshid. Aku ni sebenarnya bukan jenis yang suka membaca novel tau, baru bukak 1 - 2 muka surat dah mula nak period! errr... bukann, eerrmm ngantuk, ya mengantuk! *statement selamat*. Tapi sejak aku baca novel beliau yang bertajuk....

A.D.A.M - Aku Darah Anak Malaysia 

aku terus jadi tertarik, dan rasa macam nak sambung baca dan sambung lagi dan sambung lagi sampai habis. Hebat!! Tak hairanlah beliau digelar Novelis Thriller No.1 Malaysia. So kali ni Novel Fiksyen 302 pulak! Pasti lebih hebat! Ok, pasal novel Ombak Rindu tu plak, aku beli sebab time tu tengah musim demam ombak rindu, so aku beli la.. *boleh gitu plak*, apa yang aku boleh katakan, versi novel lebih seronok berbanding versi filem. *aku dah tengok filem dia dulu kat panggung*.

Ok, kembali kepada cerita asal. So sambil2 aku & Aman ronda2 ada jugak terserempak dengan peminat2 Aman yang menegur sambil amik gambar, iaitu suzi & Awin. Aku takde peminat, hahahaha.... *lalu berlari ke sudut bilik dan menangis sendu* 
hasil lukisan aku sendiri... ehee...
Rondaan demi rondaan telah menjadikan kami lapar yang teramat, lalu memutuskan untuk pergi makan KFC. Aman telah men'sponsor' aku makan pada petang itu, *thanks aman, next time aku belanja makan KFC plak ye*. Baru je nak mula makan, tetiba ada pulak dua orang lelaki yang datang menegur aman, sorang namanya Afyq & sorang lagi namanya Hibat, berasal dari Negara Brunei Darussalam, diorang cakap hampir semua budak sekolah diorang dah hafal skrip iKLan Gangster tu, pergghhh hebat tak Aman Wan punya penangan? Aman dah jumpa peminat antarabangsa dah sekarang... *aku masih takde peminat lagi~~~*

pun aku lukis jugak...

Selesai je makan, kitorang pun bersalam-salaman untuk meneruskan aktiviti masing2, lepas tu perkara yang awkward berlaku.... kat luar KFC aku & Aman dah salam2 bagai, lepas tu masing2 ikut jalan yang sama & naik escalator yang sama gak! hahahaha... Aku & Aman dah gelak2 sambil golek2 dah kat escalator tu.. *golek2 tu auta je, sengaja ditambah untuk menambah perisa*  so lepas tu kitorang pun berpecah & meneruskan aktiviti masing2...
Pengalaman berjumpa dengan Aman adalah sesuatu yang sangat awesome! sempoi! gila2 gak! Meh aku tepek sket video semasa kitorang jumpa kat MPH Karnival... Aman pun siap buat entry kat blog dia jugak. Klik sini---->) Link entry blog Aman Wan yang terselit aku sekali jugak... hehehe... Nih video yang Aman amik masa hari tu...
nih video time aku & aman jumpa kat pintu masuk pusat pameran

nih plak time aku & Aman makan kat KFC


4 comments:

Aman Wan said...

Hahaha! Thanx Razi! Sudi mencari2 aku hari tu. hehe. Btw, ko ni boleh melukis ni. Cepat buat komik! Nanti mesti ada peminat! Hooho! XD

razzwey said...

hohoho... aku lukis biasa2 je, hobi dari kecik la katakan... dulu zaman sekolah pernah buat komik dgn classmate, ntah hilang mana dah...

ejulz said...

hahaha.. Ramli awg murshid best.. hehe

razzwey said...

ramlee awang murshid memang terbaik, err ko nak pinjam tak? hehe