assalamu'alaikum...
mood meng'update' blog senakin membara sejak akhir2 ni. entry kali ni berkaitan degadn satu event anjuran KBS yang aku hadiri semalam di putrajaya. Actually ini cuma acara sampingan sahaja, namun disebabkan minat, aku rasa macam event utama plak.
Event utama sebenarnya ialah kejohanan futsal belia parlimen yang melibatkan seluruh parlimen di seluruh malaysia. Aku pun x minat sangat fengan futsal, so perhatian aku beralih kepada acara 'fitness challenge & the next top presenter 2012' .
fitness challenge, konsepnya sama saja dengan pertandingan aerobikthon biasa iaitu peserta harus mengikuti setiap rutin yang ditunjukkan oleh presenter yang akan bertukar setiap 20 minit, presenter pula seramai 6 orang, so 6x20= 120 minit = 2 jam. cuma kali ini tiada kategori individu, cuma berkumpulan seramai 3 orang.
bagi 'the next top presenter' plak, seramai 6 orang presenter akan mengajar di atas pentas menggunakan method mengajar aerobik, mereka akan diadili oleh jurulatih professional. Permarkahannya aku tidak begitu pasti, tapi siapa yang dapat mengajar dengan baik, komunikasi dengan peserta, breakdown rutin yang betul, rutin yang menarik pasti akan mendapat marlah yang tinggi.
alhamdulillah, bagi fitness challenge 2012 dimenangi oleh kawan2 aku dari kumpulan muchachas *congrats girlssss!!!! Manakala bagi top presenter pula dimenangi oleh Nurul Ziana @ Nana dari Melaka yang juga merupakan rakan baik aku. *congrats nana!!!! semoga korang lebih berjaya selepas ni.
aku berkesempatan bertemu dengan sifu aku dalam bidang aerobik iaitu abang yazid, beliau sempat mengatakan ini kepada aku:-
"next time saya nak awak masuk top presenter, saya yakin awak boleh, awak ada style tersendiri, pastikan masuk sampai menang!" aku terus jadi 'speechless', seorang master dalam aerobik yang terkenal di Malaysia mengatakan seperti itu terhadap aku. i felt so honoured. Thanks sifu, i'll try my best, i won't dissapoint you...
so first thing, aku kena kurus dulu... hohoho...
jogging! jogging! jogging! *errkk, gi makan dulu lah....
No comments:
Post a Comment