Assalamu'alaikum semua,
pada hujung tahun lepas aku telah menonton satu filem yang pada aku lenbih kurang sama dengan filem hikayat merong mahawangsa iaitu filem SATU MALAM KUBUR BERASAP!!!!
apa plak persamaan dua filem ni? genre je dah jauh berbeza. HMM tu filem epik, SMKB (bukan Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort, Sabah) tu plak filem komedi seram. Di mana persamaannya?? Tell Me! Tell Me!! (lalu menyanyikan lagu Wondergirls - Tell Me)
Persamaannya adalah, kedua-dua filem ini adalah TERAMAT GEMPAKKKKKK GILEERRRRR..... kat TRAILER, tapi TERAMAT HAMPEHHHHHH GILERRRRR bila menonton sendiri.
ye tuan tuan & puan puan serta adik adik, kakak kakak & abang abang, adalah satu penyesalan pada aku menonton filem tu, tak berbaloi langsung rm8 yang aku keluarkan untuk membayar tiket, nasib baik aku tak beli popcorn & air.
angah raja lawak pada aku pelakon yang agak baik, tetapi sindrom 'fei mao' yang dilakonkan kelihatan dibuat-buat dan ada masanya agak menjengkelkan & over. Sama lah juga seperti watak penjual ikan yang dilakonkannya dalam filem 'semerah cinta stilleto', teramat over & menjengkelkan, mungkin pengarah filem tu memang nak dia jadi over kut... entah la...
azrul raja lawak juga pada aku seorang pelakon yang baik (pernah tengok drama kat tv), tapi watak sebagai pemandu lori ayam yang sengau juga kelihatan sengaja dibuat-buat, hampir2 aku tak faham apa benda yang dia nak cakap sebab sengau yang dibuat terlalu over, aku sendiri ada kawan yang sengau tapi aku masih boleh faham apa yang dia nak cakap.
pelakon yang berjaya melakonkan wataknya dengan baik adalah along raja lawak( serius, dia lah penyelamat wayang ni) & mak mah - ruminah sidek (mak adlin aman ramli).
serius pada aku wayang ini sangat merapu (merapu dalam bentuk yang bodoh). korang tengok la sendiri wayang ni & nilaikan di tahap mana korang nak letak filem ni...
bubyee....
No comments:
Post a Comment