PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, February 2, 2012

akibat tidur jam 3 pagi...

Ni lah yang terjadi kat aku, dalam mimpi pun tidur jugak... adoyaaiiiii.... akibat daripada itu akhirnya aku terlewat bangun. Biasanya aku bangun jam 5 pagi, tapi kali ni aku terbangun jam 5.58 pagi. Panik gila aku time tu, nasib baik hari ni hari batik sedunia, baju batik aku jenis takyah gosok, tinggal pakai je terus jalan gi kerja. *errrr sebelum tu aku pergi mandi dulu la, gila tak mandi?* So dengan kelajuan yang tinggi, aku bersiap2, 6.15 aku dah keluar rumah. *gile laju!!!! Maka dengan jayanya aku berjaya punch card pada jam 7.05. Ye lah aku kan cuma naik bas je, memang la nampak macam lama nak sampai opis. Aku duk KL, opis kat Seri Kembangan, walaubagaimanapun, aku tetap sampai lebih awal dari staff2 lain. sebab selalunya aku akan punch card masuk opis pada jam 6.40. Awal kan? So, dengan masa yang ada tu aku smayang subuh kat surau opis je la...

boleh cenggitu??



Kenapa aku lambat tidur? sebab semalam tetiba mood aku nak melukis plak, lukis punya lukis punya lukis.... sedar2  dah pukul 1.00 pagi. So baki 2 jam tu aku abihkan dengan tengok movie kat laptop. *padan muka, sape suruh???* Ni lah benda yang aku lukis semalam,


Tak lawa pun, tapi sebab aku suka melukis, so aku lukis je la... aku takde lah pandai sangat melukis macam akak aku. Dia punya lukisan lagi marbelesss beratus kali dari aku, namun darah seni melukis tak sepenuhnya mengalir dalam salur darah aku mahupun salur pernafasan, cuma aku lebih sikit dalam bidang nyanyian je. *cheh! perlu ke nak sebut??*

Meh aku tepek sket apa yang akak aku lukis sampai aku jeles gile....



amacam? terbaik kan kalau nak banding dengan lukisan aku yang tak seberapa nih?

No comments: