Cosmoderm

Tuesday, February 7, 2012

current song i'm listening...

Jika pada posting yang lepas aku pernah bercerita mengenai seorang penyanyi jazz dari Indonesia iaitu Lucky Octavian, kali ini aku nak bercerita mengenai sebuah lagu yang baru pertama kali aku dengar 2 hari yang lepas, dan lagu ini berjaya menarik perhatian aku. Liriknya simple, melodi yang 'catchy', nyanyian yang santai namun tidaklah terlalu santai macam Noh Hujan, hehehe... First time aku dengar lagu ni time aku tertengok drama BFF kat TV3, aku rasa lagu ni ada 'sesuatu', bukanlah 'sesuatu' yang tak elok, tapi lebih kepada 'X-Factor', yes itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku katakan, 'lagu ini ada x-factor', cukup menarik.

Lagu yang aku maksudkan adalah lagu 'Tanpamu' nyanyian Amir Jahari. Serius aku cakap, aku tak kenal langsung siapa Amir Jahari sebelum, bila aku search kat internet Amir Jahari ni adalah bekas peserta AF, musim keberapa aku tak pasti, sebab start musim ke 7 dan seterusnya, aku tak berapa follow AF dah, sibuk bekerja la katakan... *sibuk la sangaaattt*

Apa2pun aku doakan semoga Amir jahari akan lebih berjaya di dalam industri hiburan tanah air, Sememangnya dia amat berbakat, dan tak mustahil namanya akan sebaris dengan Faizal Tahir, Aizat satu hari nanti, InsyaAllah...

Meh aku tepek lagunya... enjoy!
Ni plak liriknya...

Tanpamu - Amir Jahari

Selamat Pagi Semua, dengarkanlah nada
Suara dan irama, yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi akan ku tersedar
Mungkin kerana kau, aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu,
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati


Agak-agak, lagu ni dah ada tak kat Red Box? Macam best plak nak nyanyi lagu ni...

4 comments:

ejulz said...

faizal tahir n aizat je.. hafiz ombak rindu xde ke? hahahaha

razzwey razz said...

HAFIZ: HAFIZ BENCI BAPAK!!!!! MAK MATI PUN SEBAB BAPAK!!!!

BAPAK: HAFIIIIZZZZZ!!!! *kelepet!!!!*

ilovekampungku said...

enjoy with this song :)

razzwey razz said...

kan? santai je dengar lagu ni...