Minggu lepas baru je balik dari Muar, memenuhi undangan perkahwinan member aku Din. Esok lagi sekali aku akan ke Johor, tapi kali ni ke IKWAS, Kluang. IKWAS tu apa? ada yang tak tau ye? IKWAS tu sebenarnya adalah sinonim kepada Intan Kampus Wilayah Selatan, cantik kan bunyi akronim tu? kalau Intan Wilayah Timur plak INTIM, cambest je kan? Intan Wilayah Utara plak INTURA...
 |
pandangan udara tempat kejadian |
Ok, back to the main topic. Destinasi aku kali ini adalah Kluang, lebih khusus lagi ialah di IKWAS. Ambeekk ko! Satu bahagian wajib pergi, rasanya dekat 300++ orang jugak lah yang terlibat. Dah lah kebanyakan muka2 yang aku tak pernah kenal, owh aku rasa macam malas je nak pergi, tapi sebab dalam tentatif ada sesi senaman, aku terus ubah fikiran, aku terus berminat nak pergi. Ye la, kut2 instruktur yang mengajar tu kawan2 aku, mesti best kan? dah lama tak jadi backup aerobik...
Aku dah lama nak maklumkan kat pengurusan, kalau nak buat sesi senamrobik, pastikan panggil jurulatih yang bertauliah. Bukan apa, tersilap kaedah senaman boleh mengakibatkan kecederaan tau, so kalau dah ada orang cedera nanti, siapa nak bertanggungjawab? Jangan lah guna alasan nak jimat, tak nak bayar jurulatih mahal2. Tapi pada pendapat aku, buat apa guna perkhidmatan murah kalau akhirnya menyakitkan diri sendiri, betul tak? At least, mahal2 pun berbaloi! enjoy pun enjoy! sihat pun sihat! takde sape2 yang akan rasa sakit, sebab jurulatih yang bertauliah dah dilatih untuk mengajar mengikut kemampuan keseluruhan pesertanya. Kalau rasa dah malas sangat nak panggil orang luar, ambek je lah aku mengajar. Aku jurulatih yang bertauliah yang diiktiraf oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia. Jangan pandang aku sebelah mata je hokeh? hehehe...
Korang tak percaya ek? meh aku tunjuk bukti...
 |
Aerobikthon IYC |
 |
Bersama Sifu aku, Abg Yazid... He inspires me in so many ways... |
 |
gigih uollss... |
 |
Aerobikthon Selangor Agrofest 2011, Shah Alam |
 |
Akhirnya! 4th place |
 |
with Sara (2nd place) & ralph (1st place) |
Rasanya dah jauh aku menyimpang ni, dari IKWAS sampai lah ke aerobik. Anyway harap2 aku akan berseronok di IKWAS, dan InsyaAllah minggu berikutnya aku ke Melaka pulak. Aku suka melancong, apatah lagi kalau FREE. Yeay!!!
No comments:
Post a Comment