wuuhhuuu... Agak lama jugak lah aku tak update blog ni, ye la sibuk sangat sejak akhir2 ni, 3 minggu lepas aku pergi Muar, lepas tu pergi Kluang pulak, minggu lepas pergi Melaka pulak. Hasilnya, kulit aku dah terbakar dek pancaran matahari yang terik kat Kluang, suara aku pun dah macam suara Ella, sebab asyik bersorak je. Boleh la aku masuk Audition Mentor 6 kan, jadi protege Ella, hohoho... Namun akhirnya aku tak pergi pun Audition Mentor 6, sebab menjelang sehari sebelum audition, suara aku betul2 dah tak nak keluar pulak. Nak bercakap pun susah, ini semua sebab aktiviti menebang pokok kat Melaka hari tu...
Actually aku bukan la menebang pokok betul2, lesen untuk menebang pokok pun takde, aku & kengkawan kat melaka membayangkan seolah2 kitorang betul2 menebang pokok, so sambil menjerit2 dengan sepenuh hati, maka suara aku pun terus berubah jadi ala2 Ella, kadang2 macam Ramli Sarip.
![]() |
Time ni aku jadi lead vocal untuk group performance kat Kluang, mampos, nyanyi lagu Sudirman... Dah la aku tengah sakit tekak, nyanyi plak lagu sudirman.. |
![]() | |||
Aktiviti menebang pokok bersama kengkawan... hohoho... ini lah punca aku takde suara terus sepanjang hujung minggu lepas... |
hohohoho... nanti aku update secara detail aktiviti aku minggu lepas, aku masih 'blank' sebab demam tak kebah lagi... huhuhu...
2 comments:
Sila cepat sembuh ye~~ :)
minum air masak banyak2~
baek!!! *suara doraemon* :-)
Post a Comment