PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, February 9, 2012

lagi video aku tersebar di youtube?



wuuhhuuuu... Ingatkan video melampau aku, hahaha...

Video ni dirakam oleh kawan aku time Gala Dinner CPK 2011, kira macam annual dinner la kut. Thanks la tolong rakam walaupun ada banyak suara orang tengah sembang2, nasib baik takde yang dok menjerit2, mengilai2, lompat2 dalam video tu. 

errkkk, baju yang aku pakai tu?  actually tema makan malam tu ialah "Traffic Light", so apa lagi aku rembat je la apa yang ada kat almari aku, seluar merah, baju kuning, skarf hijau *dalam video ni tak brape nampak kut*.

Oh ya, Untuk kitorang pun ada buat persembahan pembukaan malam tu. Kitorang perform Haka, alaahh yang selalu kumpulan ragbi All Blacks buat tu... tapi takde lah kitorang nak buat sebijik macam yang ori tu, training pun sempat buat 2 hari je.

kontroversi hokeh kalau kitorang dress mcm ni... harus lah ramai orang yang hilang selera nanti..
beberapa minit sebelum perform...
Showtime!!!

Video ni sebenarnya adalah untuk merebut gelaran CPK IDOL 2011, hohoho... Pemenangnya ialah.... aku. yeay! *melompat2 sambil makan choki-choki*. Siapa pula yang akan bergelar CPK IDOL 2012? Adakah aku akan cuba mempertahankan kemenangan? hahaha... Apa salahnya kalau aku nak join balik kan? tunggu dan lihat...  :-)

awww yeeaaahhh...


No comments: