Cosmoderm

Wednesday, February 8, 2012

pergaduhan di hari persandingan...

wuuhhuuu.... Panas tak tajuk entry kali ni? siapa yang gaduh? dengan siapa dia gaduh? apesal diorang gaduh? siapa yang menang? siapa yang kalah? persoalan ini mesti bermain di fikiran korang kan? *sambil membayangkan "persoalan" sedang bermain batu seremban dalam otak*

Yang peliknya walaupun pergaduhan itu berlaku, tak ramai orang yang perasan, walaupun ianya berlaku betul2 di hadapan pelamin, misteri kan? habis tu kalau ramai orang yang tak perasan, macam mana aku boleh tau pasal pergaduhan itu? hmmmm... "Ahhhh, kita harus menyiasat perkara ini (menggunakan intonasi detektif conan)"

Mestilah aku perasan pasal kes gaduh tu, pasal yang aku lah orang yang bergaduh pada hari tersebut. Dengan siapa aku gaduh? Aku gaduh dengan budak kecik. Apesal aku gaduh dengan budak tu? Sebab dia sibuk nak enterframe aku nak amik gambar kat pelamin. Siapa yang menang? Aku lah. Siapa yang yang kalah? Budak kecik tu la.

Mujur ada seorang rakan yang sempat amik gambar semasa pergaduhan tu, meh aku tepek sket...

Berlawan dengan menggunakan cebisan bunga manggar! Haiyaaa!!!!!
bergembira di atas kemenangan! Yeay! 


Padan muka budak tu, sape suruh kacau aku amik gambar kat pelamin, nak ambik berkat pun takleh! Lambat lagi la nampaknye aku kawen nih... hahahahaha...

Lorhhh, gaduh manje2 dengan budak pun nak kecoh! hahahaha...

p/s: kepada Din & Siti Fatimah, Selamat Pengantin baru ye, semoga kekal hingga ke alam syurga, sorry sebab aku gaduh kat pelamin korang, time tu korang tengah makan beradab, takkan nak gaduh depan korang plak kan? hehehehe...

2 comments:

ejulz said...

hahaha.. hebat kameramen.. haha

razzwey said...

Aku suh KY amik gambo guna tab, tetibe je ada budak xleh tgk aku senang, nak entrprem jugak... apa lagi, perang!!! hahahaha