Cosmoderm

Tuesday, February 21, 2012

Saya minat kat awak tau....

wuuhhuuu... tidak dinafikan industri muzik Korea atau lebih gemar disebut sebagai K-Pop oleh masyarakat dunia sekarang mula mendapat tempat di hati peminat2 muzik masa kini. Aku pun tidak terkecuali juga tau... Namun, sekarang ni aku lihat kewujudan boyband2 & girlband2 korea ni meningkat secara mendadak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan *chewaaahh bukan main ko razi...* Dah macam2 dah group2 K-Pop sekarang nih, semua tu plak cantik2 & jambu2 belaka. Tapi aku ni jenis yang setia, kalau aku minat satu group tu, yang tu jelah lagu2nya yang selalu aku dengar, melainkan lagu artis tu betul2 best... hohoho...

Dulu2 *chehh macam la lama sangat* time aku mula jadi peminat K-Pop, aku cuma tau beberapa kumpulan je, Girls Generation (SNSD), BigBang, Super Junior, F.T Island, Wondergirls, kalau artis solo pulak, KCM, Kim Jong Kook, Rain, Lee Hyori, Kim Bum soo. Buat masa ni, ini je lah artis2 K-pop yang aku layan lagu2 diorang, yang lain tu, minta maaf lah ye, aku tak berapa minat lah. Tak minat ye, bukan bermakna aku benci. 

Lagu2 diorang pun sekarang aku dengar macam lebih kurang je semua, mungkin ambik dari komposer sama kut... *ada kemungkinan gak tu*. Kadang2 bila kumpulan2 ni di awal kemunculannya, meletup 2 @ 3 lagu je, lepas tu senyap, kadang2 first album meletup, second album plak sendu, ada pulak first album sendu, second album meletup, tidak ketinggalan jugak kesemua album adalah bertaraf sendu. hehehe. Tapi tak semua lah, ada juga yang meletup pada album pertama dan meletup jugak untuk album2 seterusnya...

Tapi dalam entry kali ini, aku tak nak fokus kepada kumpulan semata2, aku nak cerita pasal artis tersebut secara individu. Ada beberapa artis K-Pop yang berjaya menarik perhatian aku, bukan sahaja kerana kejelitaan mereka, tetapi karakter mereka yang menarik, lagu yang menarik, bakat yang terbaik & unik! Meh aku story sket, siapakah mereka yang dimaksudkan:-

1. Lee Hyori
    - Lee Hyori memulakan karier nyanyian bersama kumpulan Fin K.L, yang meletup dengan lagu Forever Love *aku ada lagu ni dalam henpon*. Namun Fin K.L tidak bertahan lama akhirnya berpecah, tapi ada la buat reunion balik. Kini Hyori bergerak solo dah, Bermula dengan album solo pertamanya "STYLISH" meletup gila babas dengan lagu 10 Minutes *pun ada dalam henpon aku*, Lepas tu second album plak Dark Angel, meletup dengan lagu Get Ya! *tapi lagu ni dikontroversikan plagiat dari lagu britney spears 'Do Somethin'* ada la sikit persamaan at certain part, tapi aku layan je... Album ketiga plak "It's Hyorish ' meletup dengan lagu U Go Girl, hingga terciptanya fenomena "Ok Dance" yang sangat comel & seksi! Last but not least, album ke-4 bertajuk H-Logic, Lagu Chitty Chitty Bang Bang meletup gak. tapi aku suka lagu 'swing' sebab lagu ni ala2 misteri gitu, MV dia pun ala2 seram...

   - Tapi betul2 aku start minat Hyori ni time aku layan Family Outing, Hyori memang kelakar gile & pada aku dia adalah antara artis jelita yang tak suka kontrol cantik, sanggup main lumpur, aktiviti lasak sampai tergolek2 kat tanah. Tapi kalau dah ada di pentas, Hyori adalah seorang penyanyi & penari yang terbaik! Paling aku tak boleh lupa time Hyori perform dengan Big Bang masa MKMF Music Festival 2008, Menari lompat2 pakai High Heels 7 Inci, ada berani? Tahun 2008 ke 2009 aku tak pasti, Hyori adalah antara selebriti paling berpengaruh di Korea, tapi paling aku jeles adalah 'flat abs' dia... perggghhhh....

Lee Hyori, ohhh perfect body...
u go girl!

2. Hyoyeon (Girls Generation a.k.a SNSD)
    - Kenapa aku minat Hyoyeon berbanding rakan2nya yang 8 orang tu? Sebab pertamanya adalah sebab wajahnya bukan 'typical korean', macam ada mix orang putih pun ada juga. *walaupun Tifanny yang half American tu langsung takde rupa orang putih*. Pada aku wajah dia sangat unik, seunik bakatnya juga. Hyoyeon adalah penari terbaik dalam SNSD pada pengamatan aku lah, dalam setiap Music Video mereka pun pasti ada slot tarian oleh Hyoyeon, dan ini menguatkan lagi pandangan aku, walaupun dari segi vokal, dia bukanlah yang terbaik berbanding TaeYon, Jessica, Tiffany & Seohyun.

   - Hyoyeon juga adalah seorang yang sangat kelakar, kalau korang ada kesempatan tengok lah aksi dia kat 'Intimate Note', golek2 aku ketawa. 




3. Kim Bum Soo
    - Kim Bum Soo ni aku boleh katakan antara penyanyi lelaki yang bila nyanyi live, lagi sedap dari versi rakaman studio. Korang mesti tak berapa kenal dengan dia ni kan? Kim Bum Soo ni selalu nyanyi lagu2 Ballad je, setakat ni tak pernah plak aku dengar dia nyanyi lagu ala2 budak2 boyband sekarang nih, Lagu2 dia pun selalu dijadikan sebagai OST drama. Antara yang paling aku ingat ialah Bogoshipda - OST Stairway to Heaven & A Story Sadder than Sadness - OST A Story Sadder than Sadness. Banyak lagi lah lagu2 dia yang sedap & berkualiti, walaupun dari segi rupa, dia tidaklah sejambu Lee Min Ho, Choi Shiwon & Lee Hongki. Tapi sekali Kim Bum Soo buka mulut dan menyanyi 'The rest are history'.
 

Kadang2 aku pernah mimpi nak berjumpa dengan mereka2 nih, dan menjerit "SAYA MINAT KAT AWAK TAU"... Ini adalah pendapat aku lah, aku tak berapa minat dengan artis yang harap muka cantik & jambu tapi nyanyi live hancur, aku respek dengan artis yang bersandarkan pada bakat & bukan pada rupa semata2.

Tapi entry kali ni bukan lah bermakna aku tak minat artis tempatan, nanti di entry yang lain aku akan cerita pasal artis Malaysia yang aku minat pulak...

Kalau korang ada nak kongsi Artis K-Pop siapa yang menjadi pilihan korang, meh kongsi sket dengan aku...

No comments: