Cosmoderm

Thursday, February 23, 2012

Tolong lah...

wuuhhuuu...

Entry aku kali ini adalah berbentuk teguran. Maka dengan ini aku ingin meminta maaf kalau ada yang akan tersinggung dengan ayat-ayat dalam entry aku kali ini. Benda ini aku pernah bangkitkan dalam entry yang lepas, tapi aku tugas sebagai manusia itu salah satunya adalah 'sentiasa mengingatkan', maka jika mesej yang aku nak sampaikan ini adalah bertujuan untuk mengubah sesuatu dari yang tidak baik kepada yang baik, maka aku akan terus mengulangi teguran ini. betul tak?

Aku yakin ramai orang yang sedar akan situasi ini, jadi aku tak nak lah bercerita dari mula ya? Situasi ini aku beri nama 'bahasa perasan comel'. Ye kawan2 semua, situasi ini makin lama aku lihat makin menjadi2, kadang2 aku rasa menyampah pun ada, aku pasti kawan2 lain pun mesti menyampah juga bila melihat bahasa malaysia kita yang tercinta ini dirosakkan secara maksimum, lebih2 lagi oleh sebilangan anak muda sekarang, tapi bukan semua ya, SEBILANGAN sahaja. Orang2 dewasa pun tidak kurang hebatnya juga, tak nak kalah. hehehe...

korang mesti pernah lihat kan:-

MALAS = MARLARS
BENCI = MENCHIK
BEGITU = GITEWWW
BEGINI = GINIEWWW
MANA = MANEWWW
TAK = TA
BUAT = BUAD
KITA = KITEWWW

banyak lagi lah, kalau nak lihat di mana bahasa malaysia kita dirosakkan, bukalah facebook & Twitter...


 

No comments: