oh damn, ada aksi aku yang dirakam tanpa disedari!!! hahaha...
Actually video ini telah dirakam oleh rakan seperjuangan aku dalam bidang kecergasan juga. Ini adalah semasa Kejohanan Kecergasan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2007 bertempat di Palm Square, Centre Point sabah. Time ni aku masih ala2 muda2 remaja lagi, baru 22 tahun.
Sebenarnya ada kisah disebalik pasukan kami yang pada ketika itu mewakili Kota Kinabalu. Kami hanya ada masa 3 minggu untuk berlatih, dan tugas aku ketika itu sebagai pengurus pasukan. Al-kisahnya, salah seorang dari ahli kumpulan kami si A (bukan nama sebenar) ada sedikit masalah semasa latihan iaitu, kurang tahap ketangkasannya. Oleh kerana risau perkara ini akan menjejaskan peluang kemenangan, maka penasihat kami pada waktu itu membuat keputusan untuk menggantikan peserta tersebut dengan aku, maka si A secara automatik menjadi pengurus kami.
Nak dijadikan cerita, masuk minggu kedua sesi latihan, aku telah diserang 'chicken pox'. So aku terpaksa bercuti seminggu dari menjalani latihan. Aarrrggghhhh, makin stress aku waktu tu. So sementara ketiadaan aku terpaksa lah aku meminta rakan aku si B (juga bukan nama sebenar) untuk monitor latihan mereka. Alhamdulillah latihan berjalan dengan lancar.
Seminggu kemudian, pada kadar penyembuhan mencapai 95%, aku masuk
gelanggang balik. Aku kena berusaha keras sebab aku dah ketinggalan
seminggu berbanding mereka. fuuhhhh, memang training gila2 gak la aku
time tu, ye la nak menang punya pasal kan?
![]() | ||||
pose sebelum bertanding... |
As the result, pasukan kami berjaya merangkul johan, yeaayyy!!! Tak sia2 berlatih siang malam *auta! sebenarnya training start lepas habis kerja sampai ke malam* Thanks jugak kepada rakan sepasukan, yang tetap meneruskan latihan walaupun time tu aku tak sihat. Rindunya aku zaman2 ni, bertanding sana sini. Sekarang pun aku masih jugak bertanding, tapi, aerobikthon lah, bertanding pun secara individu je. Join pun bukan sebab nak menang, tapi untuk kepuasan diri disamping menguji stamina, dan tidak lupa, untuk kesihatan jugak!
Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!
2 comments:
Hebak mu razi..ehehe
hohoho... biasa2 je... ;-)
Post a Comment