Cosmoderm

Friday, May 18, 2012

Masih kekal

Assalamu'alaikum semua...


Jika sebelum ini aku ada post sebuah entry bertajuk selamat tinggal, ini adalah sambungan kepada entry tersebut...


Akhirnya satu keputusan muktamad dah diputuskan, aku akhirnya kekal di tempat sekarang dalam erti kata lain, aku tidak ditukarkan ke mana2...


Alhamdulillah alasan aku diterima oleh pihak pengurusan, terima kasih di atas pertimbangan tersebut, aku amat menghargainya...


Buat mereka yang rapat dengan aku di sini, terima kasih kerana sentiasa berada disisi aku ketika aku memerlukan, kalian adalah kekuatan aku di sini, dan aku bertahan di sini juga kerana kalian...


Luv u guys...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 17, 2012

Buah Tangan Terbaru Aman Wan...

assalamu'alaikum wbt semua...

bermula 27hb April hingga 6hb Mei 2012 telah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bertempat di PWTC. Tahun lepas aku berpeluang untk pergi, dan Alhamdulillah tahun ini aku masih berpeluang untuk menyertai pesta buku yang terbesar di asia ini.

Jika tahun lepas aku hanya datang untk suka2, kali ini aku datang untk memberi sokongan kepada rakan aku yang secara rasminya telah bergelar PEKOMIK. siapa agaknya orang itu? Alaaahh korang mesti mesti kenal punya, sebab individu ini juga aku ceritakan dalam entry aku sebelum ini... masih tak tahu lagi????? Dia lah Aman Wan....

Aman telah berjaya menghasilkan komiknya yang pertama iaitu Lawak Sekolah, tapi komik ini bukan sekadar komik je tau, ianya bergabung dengan Novel hasil nukilan penulis terkenal Ain Maisarah & Azanil Fitri... Maka terhasil lah...... NOMIK (novel+komik). yeaayyyyy.....

bersama penulis Ain Maisarah

Oh yeahhh... Aku & Aman Wan...

Team Kedai Pink Ain Maisarah

Akhirnya....

Ucapan seorang gangster kepada seorang gangster...
sebagai rakan, aku berbangga dengan kejayaan nya sekarang, dan aku akan terus menyokongnya, tak kira lah samada sokongan terhadap komik beliau, malah video2 nya di youtube jugak, blog, twitter, facebook.

Wednesday, May 16, 2012

Selamat tinggal...

Assalamu'alaikum...

Sudah lama aku tak buat sebarang entry, aku pun tak tahu nak tulis apa dalam entry kali ini... Kenapa pulak tajuk entry ini "Selamat Tinggal"? siapa yang meninggalkan? siapa yang ditinggalkan? siapa yang tertinggal?

Meh aku abagi jawapan,

"Siapa yang meninggalkan = Aku"
"Siapa yang ditinggalkan = Kawan2 Sepejabat Aku"
"Siapa yang tertinggal = entah..."

 Aku akan meninggalkan tempat kerja aku sekarang ini dalam masa terdekat,walaupun aku tak rela sebenarnya, aku terpaksa. Tapi bukan lah terus pergi, aku cuma "dipinjamkan" buat sementara sahaja. Berapa lama? aku pun tak tahu. 

Aku rasa sayang pulak nak pergi, bukan aku yang mintak dipinjamkan, atas keputusan pihak atasan, aku telah dipinjamkan atas kepentingan perkhidmatan. Demi Allah, aku tak rela. Aku merasakan keputusan ini diambil tanpa mengambil kira kesukaran di pihak aku.

Seorang rakan bertanya kepada aku,

"kenapa ko tak nak pergi sana?"
"saya tak nak pergi bukan sebab CPK(pejabat aku sekarang), tapi sebab orang2 di dalam CPK"

mereka yang aku maksudkan adalah orang yang penting dalam hidup aku di sini, orang2 yang paling rapat & paling memahami aku, orang2 yang sentiasa ada disisi aku bila aku perlukan mereka, mereka lah yang banyak memberi semangat pada aku, yang mendengar celoteh aku, yang mendengar tawa & tangis aku. Aku sayang sangat dekat diorang."

Kini dah sampai masa untuk aku pergi, doakan semoga aku lebih berjaya di luar sana. Aku juga akan doakan semoga kawan2 semua juga akan lebih berjaya.