Sudah lama aku tak buat sebarang entry, aku pun tak tahu nak tulis apa dalam entry kali ini... Kenapa pulak tajuk entry ini "Selamat Tinggal"? siapa yang meninggalkan? siapa yang ditinggalkan? siapa yang tertinggal?
Meh aku abagi jawapan,
"Siapa yang meninggalkan = Aku"
"Siapa yang ditinggalkan = Kawan2 Sepejabat Aku"
"Siapa yang tertinggal = entah..."
Aku akan meninggalkan tempat kerja aku sekarang ini dalam masa terdekat,walaupun aku tak rela sebenarnya, aku terpaksa. Tapi bukan lah terus pergi, aku cuma "dipinjamkan" buat sementara sahaja. Berapa lama? aku pun tak tahu.
Aku rasa sayang pulak nak pergi, bukan aku yang mintak dipinjamkan, atas keputusan pihak atasan, aku telah dipinjamkan atas kepentingan perkhidmatan. Demi Allah, aku tak rela. Aku merasakan keputusan ini diambil tanpa mengambil kira kesukaran di pihak aku.
Seorang rakan bertanya kepada aku,
"kenapa ko tak nak pergi sana?"
"saya tak nak pergi bukan sebab CPK(pejabat aku sekarang), tapi sebab orang2 di dalam CPK"
mereka yang aku maksudkan adalah orang yang penting dalam hidup aku di sini, orang2 yang paling rapat & paling memahami aku, orang2 yang sentiasa ada disisi aku bila aku perlukan mereka, mereka lah yang banyak memberi semangat pada aku, yang mendengar celoteh aku, yang mendengar tawa & tangis aku. Aku sayang sangat dekat diorang."
Kini dah sampai masa untuk aku pergi, doakan semoga aku lebih berjaya di luar sana. Aku juga akan doakan semoga kawan2 semua juga akan lebih berjaya.
2 comments:
gud luck bro..
Thanks ejulz... Ko pun antara best pren aku kat opis... :-)
Post a Comment