Cosmoderm

Monday, June 25, 2012

Anda, PM & Kartunis

Assalamu'alaikum semua,

Rasanya lama jugak takde posting terbaru dari aku, almaklum lah ada masanya aku ni kekeringan idea, ditambah pulak dengan kesibukan aku yang sangat melampau pada minggu lepas. Stress sungguh, kalau korang yang add aku kat facebook tu mesti akan terbaca status aku yang meroyan macam cik ponti'baby'. 

Tapi kali ini aku tak sesibuk seperti minggu lepas dah, so boleh la mencari2 idea untuk jadikan sebagai entry blog aku hari ini.

Kali ini aku nak cerita pasal satu event yang aku hadiri. Bila? Di Mana? Dengan Siapa? Kenapa? cuba tengok gambar kat bawah ni, rasanya dah boleh jawab 3 dari 4 soalan yang di atas tu kan? Kenapa aku pergi event ni? walhal aku bukan lah seorang kartunis pun, lukis pun tak pandai... huhuhu.. Aku datang untuk memberi sokongan kepada kartunis2 tanah air, sebab aku memang hantu komik pun. Aku masih lagi menyimpan koleksi lengkap komik Dragon Ball dari volume 1 - 43, Doraemon, Dr, Slump, Dik Cerdas (shinchan), Misteri Naga, Utopia, Ujang, Apo?, G3, Mastika (sejak bila mastika jadi komik pulak neh?) apa lagi? memang aku seorang penggemar komik. Tapi Setakat baca komik saja pada aku tak cukup, aku nak jugak jumpa dengan kartunis2nya sekali. Baru lah seronok kan?


Kartunis pertama yang aku jumpa tengahari tu ialah??????

Aman Wan a.k.a abang tembam jelatek... hehehe...

Aman Wan adalah orang yang pertama aku jumpa di Pasar Seni, nasib baik lah Aman ingat lagi dengan muka aku yang bulat ni, so aku pun bertegur sapa dengan Aman. Sembang punya sembang korang tau apa aku dapat?

Awwww Yeaaahhhh, aku dapat sepasang button badge 'Lawak Sekolah' dari Aman. Thanks banyak2 ye Aman, sejak Aman post gambar button badge ni kat fb dia, aku memang teringin sangat nak dapatkan badge nih, bayar pun bayar lah, janji dapat. Akhirnya Aman memberinya kepada aku secara percuma. Murah rezeki ko Aman... (^_^)/

Selepas tu Kartunis kedua yang aku jumpa pulak 'Awi', Kartunis Majalah G3. Gambar secara individu aku dengan Awi takde pulak, jap lagi aku tunjuk gambar diorang beramai2 ye...

Lepas tu pulak aku ronda2 CM tu, terserempak dengan geng2  "iKLan Gangster", Bophairy a.k.a Shark (kartunis Komik-M, G3 dan WuuHuu, Reja Mus a.k.a Ajib (Kartunis Komik-M dan WuuHuu), tidak ketinggalan jugak Xs Rizal (Kartunis G3), dan Artzam (kartunis Saga dan Komik Niaga). So bila dah terserempak tu, apa lagi... 

L-R (Artzam, Awi, Aman Wan, Bophairy, Reja Mus, Xs Rizal
ahli baru iKLan Gangster??? Mana hilangnya Jai????
Gambar2 sekitar event Anda, PM dan Kartunis...

Keluang Man

Hasil Lukisan Bophairy

Nipah kut yang lukis neh...

by Reja Mus

Soon... Soon...
Meowww.... by Aman Wan

Imuda juga turut hadir memeriahkan suasana di Aidilfitri... (ape aku merapu neh...) hohoho...

So Selesai je event tu, kitorang beramai2 lepak kat restoran mamak, sembang2, gelak, golek2, guling2, lompat2, (ini sudah lebih....) So plan seterusnya adalah, nak celebrate birthday Aman pulak pada 1hb Julai 2012, tarikh dan tempat masih belum dikenalpasti. Tapi terpaksa celebrate selepas 1hb Julai sebab Aman ada aktiviti bersama keluarganya time tu... Takpe, belated pun belated lah, janji celebrate...

Habis je minum2, makan2, kitorang pun mula beransur pulang. Singgah surau jap solat maghrib, keluar dari Central Market, ambik gambar sikit2, lepas tu kitorang pun balik...

Satu pengalaman yang menarik dapat berjumpa dengan kartunis2 tanah air, mereka memang kepala gila2, dan ini membuatkan aku kembali minat untuk melukis komik semula, macam dulu2... (entah mana hilang komik yang aku buat zaman sekolah rendah dulu dengan classmate aku tu...)

:-)

2 comments:

Aman Wan said...

hehe, thanx razi! Sudi hadirkan diri. InsyaAllah dalam 2 minggu lagi jumpa lagi k. hehe lepak2 dengan geng2 komik. Mana tau pasni ko terus jadi pekomik la. hihihi

razzwey said...

Hohoho... No problem Aman, insyaAllah jumpa lagi dalam 2 minggu. Seronok lepak2 dengan korang semua hari tu, semua kepala gila2... :-)