Cosmoderm

Monday, June 18, 2012

kemunculan semula aku yang baru...

Assalamualaikum semua,


Entry kali ini pendek saja, sebab aku baru hendak mencuba aplikasi baru di tablet aku ni iaitu bloggerdroid. Sebelum ini aku dah install, tapi ada beberapa masalah aku telah uninstall dan re-install semula.


Namun alang2 aku dah buat posting ni, aku cerita gak la sikit2. Ada jugak kawan2 bertanya "kenapa lama takde posting baru?". Namun seperti yang telah aku jelaskan pada entry yang  terdahulu, keadaan kesihatan aku yang tidak menentu ditambah pulak dengan kesibukan di tempat kerja membataskan waktu aku untuk membuat sebarang entry.


Namun alhamdulillah kini satu demi satu tugasan aku sudah selesai, kesihatan aku pun sudah semakin baik, berkat doa keluarga & rakan2 semua. Bila dah makin sihat tu, bukan saja dari segi sihat dari sebarang penyakit, badan aku pun turut makin 'SIHAT' (if you know what i mean....). Maka projek diet aku pun akan bersambung, ye lah tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan, mungkin ini adalah satu peluang baik untuk aku menurunkan berat badan kan?


Lagipun aku dah berazam untuk menurunkan berat badan dalam tahun ini, moga dikuatkan semangat aku untuk terus berusaha menurunkan berat badan, InsyaAllah... Doa2kan ye kawan2 semua?


Walaupun ada lah jugak orang sekeliling yang berkata, "tak payah la kurus, nanti tak comel". Masalahnya, aku tak comel pun.... Huhuhuhu... Ada jugak yang berkata, "tak payah la nak diet2 bagai, nanti ko jatuh sakit pulak, ko kena makan, nak tak nak ko kena makan jugak" adoooiiiii, banyak juga halangan dari orang sekeliling kan?. Tapi semua tu terpulang pada diri aku sendiri, samada YA @ TIDAK, MAHU @ TIDAK. Sebab ini bukan untuk kebaikan orang lain, untuk kebaikan aku jugak. Yang kurus nanti siapa? Aku jugak. Yang gojes nanti siapa! Aku jugak. Yang sihat nanti siapa? Aku jugak. So aku kena abaikan semua hasutan berbentuk negatif, dan kuatkan semangat aku.


Ye lah kan, sebilangan korang mungkin tahu bahawa aku merupakan jurulatih kecergasan (senamrobik) yang diiktiraf oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia. Pada kebiasaannya orang berpendapat jurulatih senamrobik mestilah mempunyai fizikal yang menarik, even sekarang pun mentaliti itu masih tak berubah. Walaupun aku telah buktikan pada ramai orang bahawa berbadan 'comel' bukan lah alasan untuk berkata TIDAK. Buktinya, daripada 8 pertandingan aerobikthon (aerobik 2 jam 30 minit tanpa henti) yang aku sertai, 6 daripadanya aku telah berjaya mendapat tempat. Malah impak dari penyertaan aku di setiap pertandingan tersebut, ada sebilangan peserta yang gerun bila aku mendaftarkan diri untuk bertanding.


Kini, aku rasa dah tiba masanya untuk aku 'transform' (patutnya dari dulu lagi ko dah transform lah razi). Masih belum terlewat lagi, aku ingin kembali mengajar aerobik seperti dulu semasa aku di kota kinabalu. Di KL ni ada jugak aku menerima jemputan untuk mengajar di studio kecergasan, tapi atas sebab jarak studio yang jauh (batu caves tuuuu) dan juga kesibukan bekerja, aku terpaksa menolak. InsyaAllah bila aku dah bersedia mental & fizikal nanti aku akan membuat COMEBACK!


Kawan2 semua, doakan yang terbaik yah?


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: