Cosmoderm

Tuesday, July 17, 2012

"Giveaway Rahmatnnya Ramadhan" by Musical Xiao


"Ramadhan pada tahun tiada bezanya dengan ramadhan yang telah aku lalui sejak 4 tahun lepas. Semenjak bergelar perantau ni, kesemuanya harus aku lakukan sendiri, sahur, berbuka, masak, beli juadah berbuka, pergi tarawikh, shopping baju raya, semuanya aku lakukan sendirian tanpa ditemani siapa-siapa. Berbeza dengan berpuasa di kampung bersama keluarga, apa saja yang mak aku buat, aku mesti ada di sebelahnya untuk membantu, mak aku masak, aku pun nak masak, kakak aku bancuh air, aku pun nak bancuh air jugak. Ayah aku ke bazaar ramadhan aku pun nak ikut juga,  pergi supermarket pun aku ikut, pergi toilet... errrr yang itu terkecuali ye... wuhuehuehuee..."

"Ramadhan aku bersama keluarga cuma 2 hari saja sebab waktu itulah aku akan pulang ke kampung. Namun bagi aku 2 hari itu sudah cukup untuk melepas kerinduan aku untuk berbuka, bersahur, masak lauk, bancuh air, pergi tarawikh, shopping, pergi bazaar ramadhan, gotong royong beramai-ramai bersama ayah & ibu & adik beradik dan tidak lupa juga anak-anak saudara aku akan turut membantu dan aku sebagai supervisor budak-budak ni, hehehe... Bohonglah kalau aku kata 2 hari tu benar-benar cukup untuk semua akitiviti di atas tu, sebab itu lah aku cuti 2 minggu setiap kali hari raya menjelang. hahahaa!!!"

"Kepada ayah, Ibu, kakak, abang & anak-anak saudara ku, tunggu ketibaanku ye? Kurang dari sebulan je lagi untuk aku kembali ke kampung. Dapatlah aku melepaskan rindu yang lama aku pendam terhadap keluarga yang aku sangat2 cintai. Aku rindu hendak memeluk ibu & bapa, cium pipi mereka dan tidur di atas riba mereka. Aku akui bahawa aku memang anak yang manja, itu adalah hakikat yang sebenarnya. AKU ANAK MANJA. Aku akan manfaatkan cuti itu untuk bersama dengan keluarga sepanjang masa, dah la balik setahun sekali. Ini saja masa yang aku ada untuk keluarga aku dalam masa setahun."


Aku kena Langgar!!!

Assalamualaikum semua,

Maaf lah ye beberapa minggu ni takde sebarang entry pulak, terlalu sibuk dengan urusan kerja. Sampai je rumah aku mandi, makan, solat & terus 'flat'. Kesibukan aku berlanjutan sehingga beberapa minggu sehinggalah ke event Anda, PM & Kartunis 2012, barulah aku free sikit untuk memikirkan sebarang entry, tapi hampa sebab sambung pulak sibuk untuk projek inovasi kat pejabat. 

Ok, kita abaikan cerita pasal hal kerja aku, bukan menarik pun. *jahat gile*. Nak dijadikan cerita, 2 minggu selepas pertemuan aku dengan geng2 kartunis, kami dah berjanji untuk berkumpul semula untuk meraikan 'belated birthday' Aman Wan pada 7hb Julai yang lepas. *birthday Aman 1 Julai*. Dah 24 tahun dah umur Aman. :-)

maka pada 7 Julai jam 12 tengahari tu berjumpa lah kami semua di Mid Valley Megamall kat McD dekat Panggung Wayang tu... siapa kami itu? mereka ialah...

dari kiri : Reja Mus, Aman Wan, Xs Rizal, Bophairy, Awi & Art zam... *aku tukang gambar je*
Happy Birthday Aman! (^_^)/
Perjumpaan kitorang semata2 nak celebrate je, tapi tetibe terfikir pulak nak buat video spontan. Maka bincang punya bincang punya bincang punya bincang maka terhasillah...

Poster "LANGGAR" oleh AMAN WAN
Sinopsis ringkas: Sebuah filem pendek "kurang dialog" berkisarkan kehidupan "Pelanggar" di yang melanggar kehidupan orang lain!. Dengan Tagline "Apa Aja Kau Punya, Aku Punya juga!" diharap semua terhibur dengan short filem kali ini. "Langgar" ni lebih kurang macam sekuel untuk "Belasah Punya Budak" (klik sini untuk menonton Belasah Punya Budak). kat bawah ni pulak adalah antara gambar behind the scene "Langgar".

Scene Gaduh Aman & Reja
Ambik Angle Lain pulak ye? Aku terkompius sampai tergaru2 kepala... hehehe...
Scene Langgar melanggar
Bophairy keletihan
Reja dah habis scene, Awi pulak tengah tunggu giliran... hohoho...


Korang nak tengok hasilnya? ini dia... Enjoy! jangan lupa untuk support "Langgar" & Aman Wan. Boleh Subscribe Channel Aman Wan di Sini http://www.youtube.com/AmanWan. Selepas Langgar ini, nantikan satu lagi Short Filem yang akan menyusul, tapi kali ini arahan Bophairy pulak, subscribe sekali ye https://www.youtube.com/Bophairy...  Tungguuu...


Chow! (^_^)/