Assalamualaikum semua,
Maaf lah ye beberapa minggu ni takde sebarang entry pulak, terlalu sibuk dengan urusan kerja. Sampai je rumah aku mandi, makan, solat & terus 'flat'. Kesibukan aku berlanjutan sehingga beberapa minggu sehinggalah ke event Anda, PM & Kartunis 2012, barulah aku free sikit untuk memikirkan sebarang entry, tapi hampa sebab sambung pulak sibuk untuk projek inovasi kat pejabat.
Ok, kita abaikan cerita pasal hal kerja aku, bukan menarik pun. *jahat gile*. Nak dijadikan cerita, 2 minggu selepas pertemuan aku dengan geng2 kartunis, kami dah berjanji untuk berkumpul semula untuk meraikan 'belated birthday' Aman Wan pada 7hb Julai yang lepas. *birthday Aman 1 Julai*. Dah 24 tahun dah umur Aman. :-)
maka pada 7 Julai jam 12 tengahari tu berjumpa lah kami semua di Mid Valley Megamall kat McD dekat Panggung Wayang tu... siapa kami itu? mereka ialah...
![]() | ||
dari kiri : Reja Mus, Aman Wan, Xs Rizal, Bophairy, Awi & Art zam... *aku tukang gambar je* |
![]() |
Happy Birthday Aman! (^_^)/ |
Perjumpaan kitorang semata2 nak celebrate je, tapi tetibe terfikir pulak nak buat video spontan. Maka bincang punya bincang punya bincang punya bincang maka terhasillah...
![]() |
Poster "LANGGAR" oleh AMAN WAN |
Sinopsis ringkas: Sebuah filem pendek "kurang dialog" berkisarkan kehidupan "Pelanggar" di yang melanggar kehidupan orang lain!. Dengan Tagline "Apa Aja Kau Punya, Aku Punya juga!" diharap semua terhibur dengan short filem kali ini. "Langgar" ni lebih kurang macam sekuel untuk "Belasah Punya Budak" (klik sini untuk menonton Belasah Punya Budak). kat bawah ni pulak adalah antara gambar behind the scene "Langgar".
![]() |
Scene Gaduh Aman & Reja |
![]() |
Ambik Angle Lain pulak ye? Aku terkompius sampai tergaru2 kepala... hehehe... |
![]() |
Scene Langgar melanggar |
![]() |
Bophairy keletihan |
![]() | |||
Reja dah habis scene, Awi pulak tengah tunggu giliran... hohoho... |
Korang nak tengok hasilnya? ini dia... Enjoy! jangan lupa untuk support "Langgar" & Aman Wan. Boleh Subscribe Channel Aman Wan di Sini http://www.youtube.com/AmanWan. Selepas Langgar ini, nantikan satu lagi Short Filem yang akan menyusul, tapi kali ini arahan Bophairy pulak, subscribe sekali ye https://www.youtube.com/Bophairy... Tungguuu...
Chow! (^_^)/
2 comments:
lawok short film tu :D
hehehe... Nantikan short filem yang kedua pulak ye? akan datang di entry seterusnya...
Post a Comment