"Ramadhan pada tahun tiada bezanya dengan ramadhan yang telah aku lalui sejak 4 tahun lepas. Semenjak bergelar perantau ni, kesemuanya harus aku lakukan sendiri, sahur, berbuka, masak, beli juadah berbuka, pergi tarawikh, shopping baju raya, semuanya aku lakukan sendirian tanpa ditemani siapa-siapa. Berbeza dengan berpuasa di kampung bersama keluarga, apa saja yang mak aku buat, aku mesti ada di sebelahnya untuk membantu, mak aku masak, aku pun nak masak, kakak aku bancuh air, aku pun nak bancuh air jugak. Ayah aku ke bazaar ramadhan aku pun nak ikut juga, pergi supermarket pun aku ikut, pergi toilet... errrr yang itu terkecuali ye... wuhuehuehuee..."
"Ramadhan aku bersama keluarga cuma 2 hari saja sebab waktu itulah aku akan pulang ke kampung. Namun bagi aku 2 hari itu sudah cukup untuk melepas kerinduan aku untuk berbuka, bersahur, masak lauk, bancuh air, pergi tarawikh, shopping, pergi bazaar ramadhan, gotong royong beramai-ramai bersama ayah & ibu & adik beradik dan tidak lupa juga anak-anak saudara aku akan turut membantu dan aku sebagai supervisor budak-budak ni, hehehe... Bohonglah kalau aku kata 2 hari tu benar-benar cukup untuk semua akitiviti di atas tu, sebab itu lah aku cuti 2 minggu setiap kali hari raya menjelang. hahahaa!!!"
"Kepada ayah, Ibu, kakak, abang & anak-anak saudara ku, tunggu ketibaanku ye? Kurang dari sebulan je lagi untuk aku kembali ke kampung. Dapatlah aku melepaskan rindu yang
lama aku pendam terhadap keluarga yang aku sangat2 cintai. Aku rindu
hendak memeluk ibu & bapa, cium pipi mereka dan tidur di atas riba
mereka. Aku akui bahawa aku memang anak yang manja, itu adalah hakikat
yang sebenarnya. AKU ANAK MANJA.
Aku akan manfaatkan cuti itu untuk bersama dengan keluarga sepanjang
masa, dah la balik setahun sekali. Ini saja masa yang aku ada untuk
keluarga aku dalam masa setahun."
No comments:
Post a Comment