Cosmoderm

Tuesday, October 30, 2012

Terima kasih sekali lagi Enche' Boni Kacak!

Assalamualaikum semua, 

Uwaaaa rajin pulak aku hari ni untuk buat entry lagi, sementara idea tengah mencurah2 ibarat mencurah air ke daun keladi (apa kaitan???), maka terhasil lah sebuah entry untuk pagi ini...

Pada entry yang lepas2 aku pernah buat satu entry yang bertajuk Terima Kasih Encik Boni Kacak, kali ini sekali lagi tuan punya blog http://www.bonikacak.com/ tersenarai dalam entry ini. Jika sebelum ini Boni berkongsi pengalaman shooting short filem PUPUS arahan Abam Bophairy, kali entry beliau adalah untuk mempromote (wujudkah istilah ini??) short filem terbaru dari Team Penyamun Inc. Terima kasih sekali lagi enche' Boni Kacak, kerana membuat entry tentang short film kitorang.  korang dah tengok ke? Kasi layan dulu lah...


sekali lagi, terima kasih enche' boni kacak!


PUPUS (Short Film)
Sinopsis - Pada tahun 2070 kepupusan berlaku dengan drastik sekali. Bagaikan tiada apa yang mampu untuk membendungnya. Akhirnya muncul seorang lelaki yang ingin mengubah keadaan ini. Mampukah dia?



Ini pulak Official Poster PUPUS hasil kreativiti Encik Amir Nour Azan <--- font="font" size="3">klik sini untuk ke akaun facebook beliau

Official Poster PUPUS
Penyamun Inc. Brothers
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Boni Kacak kerana banyak menghulurkan bantuan dalam pembikinan PUPUS. Semoga kita akan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. Kepada Amir Nour Azan, penyamun inc amat mengagumi bakat kreatif anda, semoga anda lebih berjaya dan kerjasama antara kita semua akan berterusan. Last but not least kepada Penyamun Brothers, walaupun perkenalan kita tidaklah terlalu lama, namun keakraban kita seperti sudah lama berkawan, malah hubungan kita semua sudah seperti adik beradik. Harap hubungan akrab kita akan berkekalan sampai bila2. 

Kepada anda2 semua, teruskan memberi sokongan kepada team Penyamun Inc., InsyaAllah kami akan cuba untuk menghasilkan video2, short film yang menarik & berkualiti untuk tontonan anda semua, tanpa sokongan anda siapalah kami. Terima Kasih daun keladi...


Review filem Seram - SINISTER

Assalamu'alaikum semua,

Agak lama jugak aku tak update sebarang entry kan? nak kata sibuk, tak jugak, lebih kepada kadar kerajinan yang agak merosot sikit (dalam istilah yang lebih kejam - MALAS).

Dan aku rasa dah lama jugak aku tak buat review mengenai filem2 yang aku dah tonton. Semalam aku berpeluang untuk menonton filem SINISTER bersama 4 Brothers of Penyamun (Aku, Aman Wan, Awi & Reja) dan juga bersama dengan kenalan baru kami iaitu Afham Shah a.k.a APAM a.k.a AM & Nur Aqilah Syafiqa a.k.a Ieka a.k.a AMI.


Serius, aku agak teruja untuk menonton filem ni, sebab rakan2 aku yang dah tengok filem ni majoriti mengatakan ini adalah filem seram terbaik yang diorang pernah tonton tahun ni. So aku pun tak nak ketinggalan Komuter, aku mesti tengok filem ini walaupun apapun yang terjadi... (Chehhh ensem gile ayat  ko kan razi???)

sebelum aku teruskan dengan review, apa kata korang baca sinopsis filem ni dulu, dalam Bahasa Inggeris la pulak, aku malas nak translate, korang copy la sendiri lepas tu tengok kat google translate ye? hohoho...

A struggling true-crime novelist stumbles into a grim supernatural mystery that threatens the lives of his entire family in this nightmarish horror yarn is seeking inspiration for his latest book when he moves his wife and children into a home where an entire family perished under gruesome circumstances. Terror soon hits closer to home, however, when the writer discovers a box of old family movies in the attic of his new house, and watches in horror as images of various families being murdered flicker before his eyes. Now the deeper Ellison investigates the disturbing case, the more he begins to fear he has stirred an ancient evil that won't rest until it has claimed his entire family

Amacam agak seram tak sinopsis dia? Jom Layan Trailer pulak...

Dah tengok trailer? Bagussss.... sekarang mari kita mulakan review ye? tapi ulasan aku ini dari sudut seorang penonton ye? Aku tak reti nak komen, teknik rakaman, sinematografi, atau perkara yang berkaitan dengan teknikal. 

Tahap keseraman SINISTER ni pada aku hampir berada pada paras maksimum, atau dalam erti kata lain ialah SERAM GILE!!!! Walaupun ada sesetengah peminat filem seram sudah boleh menjangkakan bila moment2 "mengejutkan" akan keluar, namun jenis kejutan yang diberikan adalah di luar jangkaan. Jaminan untuk anda terkejut sambil menjerit dan terlompat dari seat panggung wayang adalah sangat tinggi. 

Dalam filem ini juga terdapat adegan pelakon utama menonton rakaman misteri mengenai pembunuhan tragis beberapa keluarga. Footage2 pembunuhan tu pada aku sangat2 'disturbing' & serius fikiran aku agak terganggu selepas menonton footage tersebut hingga menyebabkan aku tidak boleh tidur langsung (sehingga entry ini ditulis, aku masih belum tidur lagi ye?)

Minit pertama filem ini sudah berjaya membuatkan aku rasa 'disturbing' dan ianya berterusan sehingga penghujung filem. Kesannya, aku telah transform menjadi seekor panda! yeay!!! (merujuk kepada mata panda), bukan badannya okay?? hohoho...

beginilah aku bila tidak cukup tido.... koh koh koh...
Kepada peminat tegar filem2 seram, aku memberi sokongan sepenuhnya jika anda ingin menonton filem ini. Pastikan anda kuat semangat ye? Amaran awal, Ibu2 mengandung, pesakit lemah jantung, lemah semangat, melatah (cambest je klu orang melatah tengok citer nih kan?), lemah tenaga batin (ini sudah lebih!!!) tidak digalakkan menontonnya, kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kesihatan & emosi.

Rating aku untuk filem ini: 9/10

p/s: kalau ada tilam best ni tido!!! huhuhuhu...

abih tengok muvi, kitorang pun pergi ngeteh... hehehe...

L-R : Ami, Aman Wan, Awi, Am & Aku... ^_^

Sunday, October 14, 2012

Terima kasih encik Boni Kacak!

Assalamualaikum semua,

Letih sangat badan aku sejak akhir2 ni, bermula dari hari Jumaat lepas sampailah ke hari ini. Rasanya kalau aku dapat tilam nih, boleh tido 48 Jam non stop woo... Nak kejutkan aku, terpaksa la cari puteri raja cium aku, ala2 dongeng Sleeping Macho.. koh koh koh... (Perasan lebih pulak ko razi ooiii)

Tapi kali ini aku tak nak cerita kenapa aku mengalami keputihan yang amat sangat... errr, maksud aku keletihan, ye tuan2 & puan2 sekalian, KELETIHAN! hohoho... 

Entry2 aku sebelum ni aku fokuskan kepada Team Penyamun Inc saja kan? kali ini masih lagi tentang Penyamun Inc., tetapi liputan ini adalah daripada seorang blogger yang juga seorang vlogger terkenal tanah air iaitu Encik Boni Kacak. (<------ klik situ kalau nak pergi blog beliau) hohoho...


Pengalaman berjumpa dengan beliau adalah satu pengalaman yang menarik disamping dapat berkongsi ilmu sebagai seorang blogger yang berjaya. Terima kasih juga kepada Enche' Boni Kacak di atas kesudian anda berada di lokasi dari mula hingga selesai. Anda memang Ohsem!!!

Chalooo....

Thursday, October 11, 2012

Penyamun paling dikehendaki di Malaysia sedang diburu...

Assalamu'alaikum semua,

Macam mana dengan entry yang lepas? ok tak? harap terhibur la ye... Walaupun tajuk macam serius je, tapi sebenarnya hanya untuk suka2 saja, malah tiada sesiapa pun yang tercedera dalam pembikinan video klip tersebut (sila klik SINI kalau nak baca entry tersebut), hahaha... Pasal tajuk entry kali ni, aku saja je letak camtu nak bagi saspen sikit... hahaha... (jahat gile ko razi!!)

Ok, dalam entry yang aku dah janji nak cerita lebih detail mengenai siapa Penyamun Inc. sebenarnya? Nah, korang leh baca penerangan kat bawah ni...

Penyamun Inc. ditubuhkan secara semulajadi dan tanpa dipaksa paksa oleh 7 orang pemuda (sesetengahnya tak berapa muda) yang meminati seni komik dan pembikinan short filem. Tujuan page ini ialah untuk memberi segala update tentang aktiviti Penyamun Inc. dan kegiatan kegiatan seni ahli ahlinya secara individu.

Penyamun Inc. terdiri daripada Bophairy Baharum, Aman Wan, Syed Alwi (Awi), Reja, Xs Riz
al, Art Zam dan Shairazi Azlin. Kesemua mereka ini masing masing mempunyai background dalam kerja kerja seni seperti melukis komik, karikatur fotografi, vlogging dan mengarah filem pendek/iklan.

Mari aku kenalkan...

Bophairy a.k.a Chip Penyamun (kadang2 kitorang panggil Abang Besar)
Aman Wan a.k.a Mr Director
Art Zam a.k.a Joker In Disguise
Awi a.k.a Mr Smiley
Razi a.k.a Secret Weapon
Reja Mus a.k.a Silent Killer
Xs Rizal a.k.a Wild Child

Amacam? Macho2 tak semua? hohoho... Kalau korang mengetahui setiap aktiviti team Penyamun Inc. korang boleh layari Fan Page Penyamun Inc. (<---- Klik situ). Di sana kitorang akan update segala aktiviti team penyamun tak kira secara berkumpulan termasuk lah update penggambaran short filem, upate komik terbaru errr... macam2 lagi lah. Korang juga boleh share Artwork korang di wall kitorang.

   
Jangan lupa Klik 'Like" ye? hehehe... (Kantoi bukak 9GAG, hohoho)
Sedikit surprise untuk korang... Esok (sabtu 13hb Oktober 2012) Kitorang akan shoot untuk projek Short filem Team Penyamun yang keempat. Nantikan tayangannya di Pawagam Youtube berdekatan ye? hehehe...

Chowww...

Wednesday, October 10, 2012

Cedera parah dipukul kerana Gangnam Style?

Assalamualaikum semua,

Fuhhh, dah lama aku tak post sebarang entry kan? Hati tu terasa macam nak post entry baru je hari-hari, tapi apakan daya, sibuk sangat lah sejak akhir-akhir ni. Ini pun aku curi masa sikit untuk buat entry ni..

Hangat kan tajuk entry aku hari ni? Siapa la yang tergamak nak pukul aku yang comel nih? (perasaaannn!!!) aku tak pernah nak cari pasal dengan orang apatah lagi dengan haiwan2 di zoo mahupun di rumah. Paling kurang pun cuma bertepuk tampar je dengan nyamuk, tu je...

Kejadian berlaku pada minggu lepas di area Petaling Jaya, berdekatan dengan Amcorp Mall. Apa lah nasib aku kali ni, takde siapa-siapa nak bantu aku waktu kejadian tu berlaku. Sudahlah tidak dibantu, malah mereka berlari meninggalkan aku, mungkin takut dipukul juga. Takpe lah, aku maafkan. Tapi bila ada yang boleh rakam pulak video aku kena pukul tu, aku takleh terima!!! Arrgghhhh...

Korang nilai lah sendiri...


Kui... Kui... Kui... Gurau je, semua tu hanya lakonan semata-mata... Kitorang tak gaduh2 pun, semua dah macam adik-beradik.

Video singkat hasil idea spontan team Penyamun Inc. semasa sesi latihan untuk penggambaran short filem kitorang akan datang.

Ok lah, dalam entry akan datang aku akan ceritakan pulak dengan lebih detail pasal Siapa Penyamun Inc. sebenarnya?

Choww!!!