Assalamualaikum semua,
Fuhhh, dah lama aku tak post sebarang entry kan? Hati tu terasa macam nak post entry baru je hari-hari, tapi apakan daya, sibuk sangat lah sejak akhir-akhir ni. Ini pun aku curi masa sikit untuk buat entry ni..
Hangat kan tajuk entry aku hari ni? Siapa la yang tergamak nak pukul aku yang comel nih? (perasaaannn!!!) aku tak pernah nak cari pasal dengan orang apatah lagi dengan haiwan2 di zoo mahupun di rumah. Paling kurang pun cuma bertepuk tampar je dengan nyamuk, tu je...
Kejadian berlaku pada minggu lepas di area Petaling Jaya, berdekatan dengan Amcorp Mall. Apa lah nasib aku kali ni, takde siapa-siapa nak bantu aku waktu kejadian tu berlaku. Sudahlah tidak dibantu, malah mereka berlari meninggalkan aku, mungkin takut dipukul juga. Takpe lah, aku maafkan. Tapi bila ada yang boleh rakam pulak video aku kena pukul tu, aku takleh terima!!! Arrgghhhh...
Korang nilai lah sendiri...
Kui... Kui... Kui... Gurau je, semua tu hanya lakonan semata-mata... Kitorang tak gaduh2 pun, semua dah macam adik-beradik.
Video singkat hasil idea spontan team Penyamun Inc. semasa sesi latihan untuk penggambaran short filem kitorang akan datang.
Ok lah, dalam entry akan datang aku akan ceritakan pulak dengan lebih detail pasal Siapa Penyamun Inc. sebenarnya?
Choww!!!
No comments:
Post a Comment