Assalamu'alaikum semua,
Agak lama jugak aku tak update sebarang entry kan? nak kata sibuk, tak jugak, lebih kepada kadar kerajinan yang agak merosot sikit (dalam istilah yang lebih kejam - MALAS).
Dan aku rasa dah lama jugak aku tak buat review mengenai filem2 yang aku dah tonton. Semalam aku berpeluang untuk menonton filem SINISTER bersama 4 Brothers of Penyamun (Aku, Aman Wan, Awi & Reja) dan juga bersama dengan kenalan baru kami iaitu Afham Shah a.k.a APAM a.k.a AM & Nur Aqilah Syafiqa a.k.a Ieka a.k.a AMI.
Serius, aku agak teruja untuk menonton filem ni, sebab rakan2 aku yang dah tengok filem ni majoriti mengatakan ini adalah filem seram terbaik yang diorang pernah tonton tahun ni. So aku pun tak nak ketinggalan Komuter, aku mesti tengok filem ini walaupun apapun yang terjadi... (Chehhh ensem gile ayat ko kan razi???)
sebelum aku teruskan dengan review, apa kata korang baca sinopsis filem ni dulu, dalam Bahasa Inggeris la pulak, aku malas nak translate, korang copy la sendiri lepas tu tengok kat google translate ye? hohoho...
A struggling true-crime novelist stumbles into a grim supernatural
mystery that threatens the lives of his entire family in this
nightmarish horror yarn is seeking inspiration for his latest book when he moves his wife and
children into a home where an entire family perished under gruesome
circumstances. Terror soon hits closer to home, however, when the writer
discovers a box of old family movies in the attic of his new house, and
watches in horror as images of various families being murdered flicker
before his eyes. Now the deeper Ellison investigates the disturbing
case, the more he begins to fear he has stirred an ancient evil that
won't rest until it has claimed his entire family
Amacam agak seram tak sinopsis dia? Jom Layan Trailer pulak...
Dah tengok trailer? Bagussss.... sekarang mari kita mulakan review ye? tapi ulasan aku ini dari sudut seorang penonton ye? Aku tak reti nak komen, teknik rakaman, sinematografi, atau perkara yang berkaitan dengan teknikal.
Tahap keseraman SINISTER ni pada aku hampir berada pada paras maksimum, atau dalam erti kata lain ialah SERAM GILE!!!! Walaupun ada sesetengah peminat filem seram sudah boleh menjangkakan bila moment2 "mengejutkan" akan keluar, namun jenis kejutan yang diberikan adalah di luar jangkaan. Jaminan untuk anda terkejut sambil menjerit dan terlompat dari seat panggung wayang adalah sangat tinggi.
Dalam filem ini juga terdapat adegan pelakon utama menonton rakaman misteri mengenai pembunuhan tragis beberapa keluarga. Footage2 pembunuhan tu pada aku sangat2 'disturbing' & serius fikiran aku agak terganggu selepas menonton footage tersebut hingga menyebabkan aku tidak boleh tidur langsung (sehingga entry ini ditulis, aku masih belum tidur lagi ye?)
Minit pertama filem ini sudah berjaya membuatkan aku rasa 'disturbing' dan ianya berterusan sehingga penghujung filem. Kesannya, aku telah transform menjadi seekor panda! yeay!!! (merujuk kepada mata panda), bukan badannya okay?? hohoho...
![]() |
beginilah aku bila tidak cukup tido.... koh koh koh... |
Kepada peminat tegar filem2 seram, aku memberi sokongan sepenuhnya jika anda ingin menonton filem ini. Pastikan anda kuat semangat ye? Amaran awal, Ibu2 mengandung, pesakit lemah jantung, lemah semangat, melatah (cambest je klu orang melatah tengok citer nih kan?), lemah tenaga batin (ini sudah lebih!!!) tidak digalakkan menontonnya, kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kesihatan & emosi.
Rating aku untuk filem ini: 9/10
p/s: kalau ada tilam best ni tido!!! huhuhuhu...
abih tengok muvi, kitorang pun pergi ngeteh... hehehe...
![]() |
L-R : Ami, Aman Wan, Awi, Am & Aku... ^_^ |
2 comments:
mane seram dengan insidious?
Sy x berkesempatan nak tengok filem insidious, tapi klu berdasarkan pada trailer movie... SINISTER lebih seram, visual2 sinister sangat disturbing, klu x kuat semangat, mungkin agak mengganggu fikiran, serius... Sebab sy sendiri tidak boleh tidur untuk 42 jam lepas menonton sinister...
Movie paling disturbing 2012, sinister...
Post a Comment