Cosmoderm

Tuesday, October 30, 2012

Terima kasih sekali lagi Enche' Boni Kacak!

Assalamualaikum semua, 

Uwaaaa rajin pulak aku hari ni untuk buat entry lagi, sementara idea tengah mencurah2 ibarat mencurah air ke daun keladi (apa kaitan???), maka terhasil lah sebuah entry untuk pagi ini...

Pada entry yang lepas2 aku pernah buat satu entry yang bertajuk Terima Kasih Encik Boni Kacak, kali ini sekali lagi tuan punya blog http://www.bonikacak.com/ tersenarai dalam entry ini. Jika sebelum ini Boni berkongsi pengalaman shooting short filem PUPUS arahan Abam Bophairy, kali entry beliau adalah untuk mempromote (wujudkah istilah ini??) short filem terbaru dari Team Penyamun Inc. Terima kasih sekali lagi enche' Boni Kacak, kerana membuat entry tentang short film kitorang.  korang dah tengok ke? Kasi layan dulu lah...


sekali lagi, terima kasih enche' boni kacak!


PUPUS (Short Film)
Sinopsis - Pada tahun 2070 kepupusan berlaku dengan drastik sekali. Bagaikan tiada apa yang mampu untuk membendungnya. Akhirnya muncul seorang lelaki yang ingin mengubah keadaan ini. Mampukah dia?



Ini pulak Official Poster PUPUS hasil kreativiti Encik Amir Nour Azan <--- font="font" size="3">klik sini untuk ke akaun facebook beliau

Official Poster PUPUS
Penyamun Inc. Brothers
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Boni Kacak kerana banyak menghulurkan bantuan dalam pembikinan PUPUS. Semoga kita akan dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang. Kepada Amir Nour Azan, penyamun inc amat mengagumi bakat kreatif anda, semoga anda lebih berjaya dan kerjasama antara kita semua akan berterusan. Last but not least kepada Penyamun Brothers, walaupun perkenalan kita tidaklah terlalu lama, namun keakraban kita seperti sudah lama berkawan, malah hubungan kita semua sudah seperti adik beradik. Harap hubungan akrab kita akan berkekalan sampai bila2. 

Kepada anda2 semua, teruskan memberi sokongan kepada team Penyamun Inc., InsyaAllah kami akan cuba untuk menghasilkan video2, short film yang menarik & berkualiti untuk tontonan anda semua, tanpa sokongan anda siapalah kami. Terima Kasih daun keladi...


6 comments:

boni kacak said...

sama2 sekali lagi..hahaha.. aku doakan agar team penyamun inc akan terus sukses bro :)

razzwey razz said...

Amin~~~~

rayyan haries said...

Helooo...

comel nama url! i just wanna thank u for following my blog! ^^

razzwey razz said...

Hai Rayyan,

Tengkiu2 sbb follow sy jugak ye? :-)

Hehehee...

Engku Muzahadin said...

Perkongsian yang menarik!
Singgah sini baca entri & FOLLOW sekali`
Jumpa link dalam Kelab Blogger Ben Ashaari :-)
S.a.l.a.m..P.e.r.k.e.n.a.l.a.n

http://engkumuzahadin.blogspot.com/

razzwey razz said...

Terima kasih Engku Muzahadin,
Saya dah follow blog anda juga...
Salam perkenalan... :-)