PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, February 26, 2012

tidak sihat...

Maafkan aku di atas ketiadaan sebarang entry yang panjang2 & menarik, buat masa ni kesihatan aku tidak mengizinkan aku untuk membuat entry yang panjang, sebab mata aku tak larat nak tengok skrin laptop, terlalu lama...


Mungkinkah aku perlu untuk membeli cermin mata hitam?


Erkkkkk....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 25, 2012

percubaan...


Entry ini adalah percubaan semata mata kerana aku sedang membuat entry ini menggunakan aplikasi bloggerdroid yang baru je aku install kat tab aku nih.....

maka dengan ini aku boleh post entry dengan lebih mudah...

Errr... Macam mana nak upload gambo plak nih? Hohoho...



Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, February 23, 2012

Tolong lah...

wuuhhuuu...

Entry aku kali ini adalah berbentuk teguran. Maka dengan ini aku ingin meminta maaf kalau ada yang akan tersinggung dengan ayat-ayat dalam entry aku kali ini. Benda ini aku pernah bangkitkan dalam entry yang lepas, tapi aku tugas sebagai manusia itu salah satunya adalah 'sentiasa mengingatkan', maka jika mesej yang aku nak sampaikan ini adalah bertujuan untuk mengubah sesuatu dari yang tidak baik kepada yang baik, maka aku akan terus mengulangi teguran ini. betul tak?

Aku yakin ramai orang yang sedar akan situasi ini, jadi aku tak nak lah bercerita dari mula ya? Situasi ini aku beri nama 'bahasa perasan comel'. Ye kawan2 semua, situasi ini makin lama aku lihat makin menjadi2, kadang2 aku rasa menyampah pun ada, aku pasti kawan2 lain pun mesti menyampah juga bila melihat bahasa malaysia kita yang tercinta ini dirosakkan secara maksimum, lebih2 lagi oleh sebilangan anak muda sekarang, tapi bukan semua ya, SEBILANGAN sahaja. Orang2 dewasa pun tidak kurang hebatnya juga, tak nak kalah. hehehe...

korang mesti pernah lihat kan:-

MALAS = MARLARS
BENCI = MENCHIK
BEGITU = GITEWWW
BEGINI = GINIEWWW
MANA = MANEWWW
TAK = TA
BUAT = BUAD
KITA = KITEWWW

banyak lagi lah, kalau nak lihat di mana bahasa malaysia kita dirosakkan, bukalah facebook & Twitter...


 

Wednesday, February 22, 2012

Mari Berzumba...


Wuuhhuuu....

Korang tau tak ZUMBA tu apa? Zumba sekarang ni dah mula popular di kalangan penggemar aktiviti kecergasan berbentuk aerobik. Zumba ni pun masih baru lagi pada aku, tapi ia adalah sebahagian dari genre Latin jugak, so Zumba ni mungkin tidaklah terlalu asing pada aku, memandangkan aku mempunyai latar belakang dalam bidang aerobik ni. Meh aku tepek sket pengertian Zumba yang aku copy dari wikipedia:-

Zumba is a Latin dance -inspired fitness program created by dancer and choreographer Alberto "Beto" Perez in Colombia during the 1990s. [2]

Zumba involves dance and aerobic elements. Zumba's choreography incorporates hip-hop, soca, samba, salsa, merengue, mambo, martial arts, and some Bollywood and belly dance moves. Squats and lunges are also included

aku dah excited ni nak berZUMBA, pada yang berada di Putrajaya atau sekitarnya, kat bawah ni ada event yang menarik kalau korang nak join, tempat terhad je tau. Bukan senang kita nak jemput Jurulatih Luar ni, peluang keemasan tau. Kalau berminat boleh hubungi penama2 yang dinyatakan di bawah ni:-



Everybody! LETS ZUMBAAAAAA!!!!!

Tuesday, February 21, 2012

Saya minat kat awak tau....

wuuhhuuu... tidak dinafikan industri muzik Korea atau lebih gemar disebut sebagai K-Pop oleh masyarakat dunia sekarang mula mendapat tempat di hati peminat2 muzik masa kini. Aku pun tidak terkecuali juga tau... Namun, sekarang ni aku lihat kewujudan boyband2 & girlband2 korea ni meningkat secara mendadak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan *chewaaahh bukan main ko razi...* Dah macam2 dah group2 K-Pop sekarang nih, semua tu plak cantik2 & jambu2 belaka. Tapi aku ni jenis yang setia, kalau aku minat satu group tu, yang tu jelah lagu2nya yang selalu aku dengar, melainkan lagu artis tu betul2 best... hohoho...

Dulu2 *chehh macam la lama sangat* time aku mula jadi peminat K-Pop, aku cuma tau beberapa kumpulan je, Girls Generation (SNSD), BigBang, Super Junior, F.T Island, Wondergirls, kalau artis solo pulak, KCM, Kim Jong Kook, Rain, Lee Hyori, Kim Bum soo. Buat masa ni, ini je lah artis2 K-pop yang aku layan lagu2 diorang, yang lain tu, minta maaf lah ye, aku tak berapa minat lah. Tak minat ye, bukan bermakna aku benci. 

Lagu2 diorang pun sekarang aku dengar macam lebih kurang je semua, mungkin ambik dari komposer sama kut... *ada kemungkinan gak tu*. Kadang2 bila kumpulan2 ni di awal kemunculannya, meletup 2 @ 3 lagu je, lepas tu senyap, kadang2 first album meletup, second album plak sendu, ada pulak first album sendu, second album meletup, tidak ketinggalan jugak kesemua album adalah bertaraf sendu. hehehe. Tapi tak semua lah, ada juga yang meletup pada album pertama dan meletup jugak untuk album2 seterusnya...

Tapi dalam entry kali ini, aku tak nak fokus kepada kumpulan semata2, aku nak cerita pasal artis tersebut secara individu. Ada beberapa artis K-Pop yang berjaya menarik perhatian aku, bukan sahaja kerana kejelitaan mereka, tetapi karakter mereka yang menarik, lagu yang menarik, bakat yang terbaik & unik! Meh aku story sket, siapakah mereka yang dimaksudkan:-

1. Lee Hyori
    - Lee Hyori memulakan karier nyanyian bersama kumpulan Fin K.L, yang meletup dengan lagu Forever Love *aku ada lagu ni dalam henpon*. Namun Fin K.L tidak bertahan lama akhirnya berpecah, tapi ada la buat reunion balik. Kini Hyori bergerak solo dah, Bermula dengan album solo pertamanya "STYLISH" meletup gila babas dengan lagu 10 Minutes *pun ada dalam henpon aku*, Lepas tu second album plak Dark Angel, meletup dengan lagu Get Ya! *tapi lagu ni dikontroversikan plagiat dari lagu britney spears 'Do Somethin'* ada la sikit persamaan at certain part, tapi aku layan je... Album ketiga plak "It's Hyorish ' meletup dengan lagu U Go Girl, hingga terciptanya fenomena "Ok Dance" yang sangat comel & seksi! Last but not least, album ke-4 bertajuk H-Logic, Lagu Chitty Chitty Bang Bang meletup gak. tapi aku suka lagu 'swing' sebab lagu ni ala2 misteri gitu, MV dia pun ala2 seram...

   - Tapi betul2 aku start minat Hyori ni time aku layan Family Outing, Hyori memang kelakar gile & pada aku dia adalah antara artis jelita yang tak suka kontrol cantik, sanggup main lumpur, aktiviti lasak sampai tergolek2 kat tanah. Tapi kalau dah ada di pentas, Hyori adalah seorang penyanyi & penari yang terbaik! Paling aku tak boleh lupa time Hyori perform dengan Big Bang masa MKMF Music Festival 2008, Menari lompat2 pakai High Heels 7 Inci, ada berani? Tahun 2008 ke 2009 aku tak pasti, Hyori adalah antara selebriti paling berpengaruh di Korea, tapi paling aku jeles adalah 'flat abs' dia... perggghhhh....

Lee Hyori, ohhh perfect body...
u go girl!

2. Hyoyeon (Girls Generation a.k.a SNSD)
    - Kenapa aku minat Hyoyeon berbanding rakan2nya yang 8 orang tu? Sebab pertamanya adalah sebab wajahnya bukan 'typical korean', macam ada mix orang putih pun ada juga. *walaupun Tifanny yang half American tu langsung takde rupa orang putih*. Pada aku wajah dia sangat unik, seunik bakatnya juga. Hyoyeon adalah penari terbaik dalam SNSD pada pengamatan aku lah, dalam setiap Music Video mereka pun pasti ada slot tarian oleh Hyoyeon, dan ini menguatkan lagi pandangan aku, walaupun dari segi vokal, dia bukanlah yang terbaik berbanding TaeYon, Jessica, Tiffany & Seohyun.

   - Hyoyeon juga adalah seorang yang sangat kelakar, kalau korang ada kesempatan tengok lah aksi dia kat 'Intimate Note', golek2 aku ketawa. 




3. Kim Bum Soo
    - Kim Bum Soo ni aku boleh katakan antara penyanyi lelaki yang bila nyanyi live, lagi sedap dari versi rakaman studio. Korang mesti tak berapa kenal dengan dia ni kan? Kim Bum Soo ni selalu nyanyi lagu2 Ballad je, setakat ni tak pernah plak aku dengar dia nyanyi lagu ala2 budak2 boyband sekarang nih, Lagu2 dia pun selalu dijadikan sebagai OST drama. Antara yang paling aku ingat ialah Bogoshipda - OST Stairway to Heaven & A Story Sadder than Sadness - OST A Story Sadder than Sadness. Banyak lagi lah lagu2 dia yang sedap & berkualiti, walaupun dari segi rupa, dia tidaklah sejambu Lee Min Ho, Choi Shiwon & Lee Hongki. Tapi sekali Kim Bum Soo buka mulut dan menyanyi 'The rest are history'.
 

Kadang2 aku pernah mimpi nak berjumpa dengan mereka2 nih, dan menjerit "SAYA MINAT KAT AWAK TAU"... Ini adalah pendapat aku lah, aku tak berapa minat dengan artis yang harap muka cantik & jambu tapi nyanyi live hancur, aku respek dengan artis yang bersandarkan pada bakat & bukan pada rupa semata2.

Tapi entry kali ni bukan lah bermakna aku tak minat artis tempatan, nanti di entry yang lain aku akan cerita pasal artis Malaysia yang aku minat pulak...

Kalau korang ada nak kongsi Artis K-Pop siapa yang menjadi pilihan korang, meh kongsi sket dengan aku...

Monday, February 20, 2012

aku sakit tekak, punca?


wuuhhuuu... Agak lama jugak lah aku tak update blog ni, ye la sibuk sangat sejak akhir2 ni, 3 minggu lepas aku pergi Muar, lepas tu pergi Kluang pulak, minggu lepas pergi Melaka pulak. Hasilnya, kulit aku dah terbakar dek pancaran matahari yang terik kat Kluang, suara aku pun dah macam suara Ella, sebab asyik bersorak je. Boleh la aku masuk Audition Mentor 6 kan, jadi protege Ella, hohoho... Namun akhirnya aku tak pergi pun Audition Mentor 6, sebab menjelang sehari sebelum audition, suara aku betul2 dah tak nak keluar pulak. Nak bercakap pun susah, ini semua sebab aktiviti menebang pokok kat Melaka hari tu...

Actually aku bukan la menebang pokok betul2, lesen untuk menebang pokok pun takde, aku & kengkawan kat melaka membayangkan seolah2 kitorang betul2 menebang pokok, so sambil menjerit2 dengan sepenuh hati, maka suara aku pun terus berubah jadi ala2 Ella, kadang2 macam Ramli Sarip.

Time ni aku jadi lead vocal untuk group performance kat Kluang, mampos, nyanyi lagu Sudirman... Dah la aku tengah sakit tekak, nyanyi plak lagu sudirman..

Aktiviti menebang pokok bersama kengkawan... hohoho... ini lah punca aku takde suara terus sepanjang hujung minggu lepas...


hohohoho... nanti aku update secara detail aktiviti aku minggu lepas, aku masih 'blank' sebab demam tak kebah lagi... huhuhu...

Wednesday, February 15, 2012

selsema oh selsema...

oh seksa rasanya bila selsema ni, dah masuk 2 minggu dah ni, tak baik2 lagi. Aku ada je bawa ubat selsema kat dalam beg tapi kang aku tertidur plak kat bilik ceramah, siap berdengkur lagi. cemaner tuh, sape nak jawab???

urgghhhh.... rimas gile bila time tengah dengar ceramah, macam ada something je yang nak keluar dari hidung. Ish... ishh... ishhh... sangat tidak selesa ok?



oh tidaaaaaakkkkkk..... i need a doctorrrrrrr.....

Tuesday, February 14, 2012

pengurusan masa...

wuhhuuu... setelah bertahun lamanya aku tak pergi melaka, akhirnya ini lah kali kedua aku pergi melaka, kali terakhir aku pergi melaka rasanya time aku zaman tadika kot...

namun kali ni kehadiran aku ke melaka kali ini bukan kerana bercuti, tetapi untuk menghadiri kursus.

kursus pengurusan masa 'sedetik lebih' nama kursus tu, kawan aku cakap, kursus anuar zain. hohoho...

kini aku dah boleh urus masa dengan cemerlang dah, sambil ceramah masih sempat update blog... hebaaaatttttt....

Monday, February 13, 2012

Travel lagi...

Wuuhhuuu.... Balik je dari Kluang semalam, badan aku dah tak larat gile dah... kulit dah tanned habis dah, badan & sendi2 semua sakit wooo... nasib baik ada panadol extend, lega la sikit, kalau tak, nak turun dari katil pun seksa yang amat, apa lagi kalau berak cangkung... hahahaha...

Ni pun penat tak hilang lagi nih, baju pun tak sempat nak kering, aku kena pergi melaka pulak esok... 4 hari pulak tuh? nasib baik pakai baju kerja je, baju sukan takyah la bawak. tak packing lagi, cemaner tuhh? ayoyoyoooo....

Melaka, tunggu aku ye... i'm coming!!!

Thursday, February 9, 2012

Off to Kluang

wuuhhuuu... dalam beberapa jam lagi aku akan bertolak ke Kluang.

So kemungkinan besar blog ini akan sunyi seketika. Kalau tempat event tu ada wi-fi, leh lah aku update blog memandangkan aku terlalu sibuk sampai lupa nak bayar broadband. hahaha... *padan muka*

So kengkawan bloggers semua, jumpa lagi InsyaAllah dalam 3 hari lagi ye...

Kluang, here i come!!!!

Assalamu'alaikum...

peti sejuk ni dah ada kat pasaran tak?

sumber dari 9gag.com


abaikan gambar kartun kat bawah tu... hehehe...

dunia dah maju, teknologi semakin canggih. Nampak cool kan? Aku tak sure la kalau peti sejuk ni memang dah wujud di pasaran, atau sekadar lakaran saja. Tapi kalau betul dah wujud, kena hati2 la kut. takut2 nanti family yang ada anak kecil termasuk plak dalam peti sejuk tu, memandangkan peti sejuk ni takde pintu kan? hehehe...

Seksi?

sumber dari 9gag.com

kecik sangat? meh aku bagi besar sket...

"I find the whole concept of being 'sexy embarrassing and confusing. if i do an interview with photographs people desperately want to change me - dye my hair blonder, pluck my eyebrows, give me a fringe. Then there's the choice of clothes. I know everyone wants a picture of me in a mini skirt. It's nothing to do with protecting the Hermione image. i wouldn't do that. personally, i don't actually think it's even that sexy. What's sexy about saying, "I'm here with my boobs out and a short skirt, have a look at everything I've got?" My idea of sexy is that less is more. The less you reveal the more people can wonder.


Real classy...

lagi video aku tersebar di youtube?



wuuhhuuuu... Ingatkan video melampau aku, hahaha...

Video ni dirakam oleh kawan aku time Gala Dinner CPK 2011, kira macam annual dinner la kut. Thanks la tolong rakam walaupun ada banyak suara orang tengah sembang2, nasib baik takde yang dok menjerit2, mengilai2, lompat2 dalam video tu. 

errkkk, baju yang aku pakai tu?  actually tema makan malam tu ialah "Traffic Light", so apa lagi aku rembat je la apa yang ada kat almari aku, seluar merah, baju kuning, skarf hijau *dalam video ni tak brape nampak kut*.

Oh ya, Untuk kitorang pun ada buat persembahan pembukaan malam tu. Kitorang perform Haka, alaahh yang selalu kumpulan ragbi All Blacks buat tu... tapi takde lah kitorang nak buat sebijik macam yang ori tu, training pun sempat buat 2 hari je.

kontroversi hokeh kalau kitorang dress mcm ni... harus lah ramai orang yang hilang selera nanti..
beberapa minit sebelum perform...
Showtime!!!

Video ni sebenarnya adalah untuk merebut gelaran CPK IDOL 2011, hohoho... Pemenangnya ialah.... aku. yeay! *melompat2 sambil makan choki-choki*. Siapa pula yang akan bergelar CPK IDOL 2012? Adakah aku akan cuba mempertahankan kemenangan? hahaha... Apa salahnya kalau aku nak join balik kan? tunggu dan lihat...  :-)

awww yeeaaahhh...


Rock & Roll


Mampos!!! ada tema pakaian pulak. Mana aku nak cari jaket kulit & seluar kulit nih??

Wednesday, February 8, 2012

mi adidas

Bagaimana rasanya bila anda mempunyai sepasang kasut yang direka khas untuk anda, di mana anda sendiri yang menentukan bagaimana rupa kasut tersebut, best kan? Kini ianya tidak mustail lagi dengan adanya miadidas, anda boleh memiliki kasut adidas mengikut citarasa anda sendiri. 

Anda hanya perlu pilih jenis kasut, pilihlah apa warna sekalipun untuk kasut anda, takde masalah. 

sebelum ni aku pernah buat entry mengenai kasut miadidas design aku sendiri yang akan ditempah tidak lama lagi. Kali ini aku tunjukkan design kedua aku pulak, mungkin kasut ini akan jadi kasut raya aku kot... hehehe...






Kini miadidas boleh ditempah di butik adidas KLCC & Pavillion. Dapatkan segera!

Ke mana aku selepas ini?

Minggu lepas baru je balik dari Muar, memenuhi undangan perkahwinan member aku Din. Esok lagi sekali aku akan ke Johor, tapi kali ni ke IKWAS, Kluang. IKWAS tu apa? ada yang tak tau ye? IKWAS tu sebenarnya adalah sinonim kepada Intan Kampus Wilayah Selatan, cantik kan bunyi akronim tu? kalau Intan Wilayah Timur plak INTIM, cambest je kan? Intan Wilayah Utara plak INTURA...

pandangan udara tempat kejadian

Ok, back to the main topic. Destinasi aku kali ini adalah Kluang, lebih khusus lagi ialah di IKWAS. Ambeekk ko! Satu bahagian wajib pergi, rasanya dekat 300++ orang jugak lah yang terlibat. Dah lah kebanyakan muka2 yang aku tak pernah kenal, owh aku rasa macam malas je nak pergi, tapi sebab dalam tentatif ada sesi senaman, aku terus ubah fikiran, aku terus berminat nak pergi. Ye la, kut2 instruktur yang mengajar tu kawan2 aku, mesti best kan? dah lama tak jadi backup aerobik... 

Aku dah lama nak maklumkan kat pengurusan, kalau nak buat sesi senamrobik, pastikan panggil jurulatih yang bertauliah. Bukan apa, tersilap kaedah senaman boleh mengakibatkan kecederaan tau, so kalau dah ada orang cedera nanti, siapa nak bertanggungjawab? Jangan lah guna alasan nak jimat, tak nak bayar jurulatih mahal2. Tapi pada pendapat aku, buat apa guna perkhidmatan murah kalau akhirnya menyakitkan diri sendiri, betul tak? At least, mahal2 pun berbaloi! enjoy pun enjoy! sihat pun sihat! takde sape2 yang akan rasa sakit, sebab jurulatih yang bertauliah dah dilatih untuk mengajar mengikut kemampuan keseluruhan pesertanya. Kalau rasa dah malas sangat nak panggil orang luar, ambek je lah aku mengajar. Aku jurulatih yang bertauliah yang diiktiraf oleh Kementerian Belia & Sukan Malaysia. Jangan pandang aku sebelah mata je hokeh? hehehe...

Korang tak percaya ek? meh aku tunjuk bukti...

Aerobikthon IYC
Bersama Sifu aku, Abg Yazid... He inspires me in so many ways...

gigih uollss...
Aerobikthon Selangor Agrofest 2011, Shah Alam
Akhirnya! 4th place
with Sara (2nd place) & ralph (1st place)
Rasanya dah jauh aku menyimpang ni, dari IKWAS sampai lah ke aerobik. Anyway harap2 aku akan berseronok di IKWAS, dan InsyaAllah minggu berikutnya aku ke Melaka pulak. Aku suka melancong, apatah lagi kalau FREE. Yeay!!!




pergaduhan di hari persandingan...

wuuhhuuu.... Panas tak tajuk entry kali ni? siapa yang gaduh? dengan siapa dia gaduh? apesal diorang gaduh? siapa yang menang? siapa yang kalah? persoalan ini mesti bermain di fikiran korang kan? *sambil membayangkan "persoalan" sedang bermain batu seremban dalam otak*

Yang peliknya walaupun pergaduhan itu berlaku, tak ramai orang yang perasan, walaupun ianya berlaku betul2 di hadapan pelamin, misteri kan? habis tu kalau ramai orang yang tak perasan, macam mana aku boleh tau pasal pergaduhan itu? hmmmm... "Ahhhh, kita harus menyiasat perkara ini (menggunakan intonasi detektif conan)"

Mestilah aku perasan pasal kes gaduh tu, pasal yang aku lah orang yang bergaduh pada hari tersebut. Dengan siapa aku gaduh? Aku gaduh dengan budak kecik. Apesal aku gaduh dengan budak tu? Sebab dia sibuk nak enterframe aku nak amik gambar kat pelamin. Siapa yang menang? Aku lah. Siapa yang yang kalah? Budak kecik tu la.

Mujur ada seorang rakan yang sempat amik gambar semasa pergaduhan tu, meh aku tepek sket...

Berlawan dengan menggunakan cebisan bunga manggar! Haiyaaa!!!!!
bergembira di atas kemenangan! Yeay! 


Padan muka budak tu, sape suruh kacau aku amik gambar kat pelamin, nak ambik berkat pun takleh! Lambat lagi la nampaknye aku kawen nih... hahahahaha...

Lorhhh, gaduh manje2 dengan budak pun nak kecoh! hahahaha...

p/s: kepada Din & Siti Fatimah, Selamat Pengantin baru ye, semoga kekal hingga ke alam syurga, sorry sebab aku gaduh kat pelamin korang, time tu korang tengah makan beradab, takkan nak gaduh depan korang plak kan? hehehehe...

Tuesday, February 7, 2012

current song i'm listening...

Jika pada posting yang lepas aku pernah bercerita mengenai seorang penyanyi jazz dari Indonesia iaitu Lucky Octavian, kali ini aku nak bercerita mengenai sebuah lagu yang baru pertama kali aku dengar 2 hari yang lepas, dan lagu ini berjaya menarik perhatian aku. Liriknya simple, melodi yang 'catchy', nyanyian yang santai namun tidaklah terlalu santai macam Noh Hujan, hehehe... First time aku dengar lagu ni time aku tertengok drama BFF kat TV3, aku rasa lagu ni ada 'sesuatu', bukanlah 'sesuatu' yang tak elok, tapi lebih kepada 'X-Factor', yes itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku katakan, 'lagu ini ada x-factor', cukup menarik.

Lagu yang aku maksudkan adalah lagu 'Tanpamu' nyanyian Amir Jahari. Serius aku cakap, aku tak kenal langsung siapa Amir Jahari sebelum, bila aku search kat internet Amir Jahari ni adalah bekas peserta AF, musim keberapa aku tak pasti, sebab start musim ke 7 dan seterusnya, aku tak berapa follow AF dah, sibuk bekerja la katakan... *sibuk la sangaaattt*

Apa2pun aku doakan semoga Amir jahari akan lebih berjaya di dalam industri hiburan tanah air, Sememangnya dia amat berbakat, dan tak mustahil namanya akan sebaris dengan Faizal Tahir, Aizat satu hari nanti, InsyaAllah...

Meh aku tepek lagunya... enjoy!
Ni plak liriknya...

Tanpamu - Amir Jahari

Selamat Pagi Semua, dengarkanlah nada
Suara dan irama, yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi akan ku tersedar
Mungkin kerana kau, aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Awan pun turut terikut
Hingga pagiku sambut

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu ku kan terlewat
Tanpamu ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu,
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati


Agak-agak, lagu ni dah ada tak kat Red Box? Macam best plak nak nyanyi lagu ni...

Kasut baru?

Amacam cantik tak kasut Adidas ni, ini adalah hasil rekaan aku sendiri tau... Insyaallah design kasut ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat ni. Ada bermacam jenis kasut untuk anda pilih dan pelbagaikan mengikut citarasa anda, anda boleh klik miadidas untuk lebih lanjut.

pandangan hadapan

pandangan atas
pandangan belakang, siap ada nama lagi... hehehe...





 
 Nak? Dapatkan segera! Adidas Rocks!!!

Projek Dance Tutorial

Kini aku sedang dalam proses perancangan membuat satu video dance tutorial yang akan menampilkan aku sendiri dan insyaallah rakan2 seperjuangan aku jugak, cuma sedang mempertimbangkan perkara2 berikut:-

1. Siapa yang akan ditampilkan di dalam video itu bersama2 aku & berapa ramai

2. Di mana lokasi penggambaran

3. Bila masa yang sesuai untuk shooting

4. Bila masa nak jumpa dengan mereka *featured dancer*

5. Kalau ada yang nak sponsor studio @ gym sebagai lokasi shooting *menarik gak tu*

6. Lagu untuk dance tutorial

Sekarang ni dalam kepala aku ada satu dance rutin yang aku dah hafal secara complete, lagu pun menarik, memang sure rasa nak menari lah kalau dengar lagu nih. Taklah lah banyak pun lagu2 yang aku dah hafal koreografinya, memandangkan bukan mudah nak hafal setiap rutin tersebut, dan mungkin juga rutin yang aku tunjukkan tidak sama 100% dengan koreografi yang asal, aku akan improvise rutin tersebut mengikut keselesaan aku, well bukan semua pergerakan tarian aku boleh buat, aku pun bukan penari professional pun, just sekadar suka2 saja, mana la tau kot2 ada group2 tarian yang nak guna video tutorial aku tu... hohohoho...

Mungkin juga dance tutorial tu aku tak buat full song, mungkin aku buat separuh lagu saja, mengikut kesesuaian la kan & tak lupa jugak mengikut peng'hafal'an aku *wujudkah istilah itu???*

Ini adalah merupakan senarai lagu yang akan digunakan dalam dance tutorial aku:-

1. Jahat - Stacy
2. Sorry Sorry - Super Junior
3. errr... ada siapa2 yang boleh tolong tambah?

Everybody!!! Lets Dance!!!!

Akan datang...

Apa? - Dance Tutorial

Siapa? - Si bulat semestinya

Bila? - Coming Soon

Di Mana? - Di Http://celotehsibulat.blogspot.com semestinya mungkin juga di Http://www.youtube.com


Akan datang di CELOTEH SI BULAT...









Monday, February 6, 2012

aiyoyo....

Assalamu'alaikum semua,

maafkan daku di atas ketiadaan entry semalam, bukan apa time aku sedang menaip ni aku baru je sampai dari muar, memenuhi undangan perkahwinan member aku yang bernama din.

perjalanan bermula sabtu petang dari putrajaya, kitorang konvoi (2 kereta still boleh consider konvoi tak?) Dengan bolox & family, memandangkan kitorang tak tahu sangat jalan,  kitorang ikut bolok je sebab tempat acara tu dekat dengan rumah mentuanya. perjalanan agak lancar, cuma sedikit sesak sebelum sampai seremban, lepas tu jalan clear je.

khairul & asrul

kak ju (wife bolok) & faiz

Nak jadikan cerita, asrul (tuan punya blog http://kampung-kameq.blogspot.com) terlupa bawak tuala, maka berhenti lah kitorang kat r&r ayer keroh, melaka. Cari punya cari tak jumpa2, so bolok pun bagitau nanti kitorang akan berhenti makan kat pagoh, sebab kat sana dah dekat dengan rumah mentua dia, so di sana asrul pun dapat lah cari tuala mandi, happy sungguh asrul dapat tuala wanita baru.... eeehhhh!!!! tuala mandi baru.... :p *gambar2 di atas tu time kitorang kat pekan pagoh*

so akibat penat yang teramat, kitorang lepak la kat rumah mentua bolok merangkap parents kak ju, juga merangkap atuk & nenek kepada faiz, juga merangkap tuan punya homestay di situ. (berapa banyak 'merangkap' daaa.....)

siot, aku tertidur... kang sambung lagi ye, penat gile nih...

Friday, February 3, 2012

full speed ahead



video

laju tak? hohoho... buat kawan2 jumpa lagi hari isnin ye untuk entry seterusnya...

internet @ erl

Menggunakan YES punya internet connection, gila laju macam mana lajunya erl tu jugak...



kawan2, tunggu aku kat putrajaya sentral, insyaallah 15 minit lagi aku sampai...

Jauh perjalanan luas pemandangan...

petang ni aku & beberapa rakan sepejabat akan menuju ke selatan tanah air, tapi aku kena pergi ke putrajaya dulu, sebab berkongsi kenderaan kan? sekarang ni aku kat kl sentral, tengah tunggu ERL nak ke putrajaya.

Lagi 15 minit ERL nak sampai


Buat keluarga & rakan2 semua, doakan perjalanan kami selamat ye...

Pengembaraan ke selatan...

Esok akan bermula pengembaraan ke selatan semenanjung malaysia, Johor. Tiada kaitan dengan urusan kerja, tapi sekadar memenuhi undangan perkahwinan seorang sahabat. Destinasi lebih tapat ialah di daerah MUAR, perjalanan kali ini ditemani oleh rakan sepejabat. Kitorang car pool je, senang, jimat & seronok!

Map Muar setelah aku search di google map, kampun mana satu aku pun tak tau...

aku belum packing lagi nih... cepat2!!!!

What The Fish???

Pernah tak bila korang pergi restoran, order benda lain tapi dapat benda lain? Bila kita explain yang dia tersilap, dia tak nak mengaku salah, konon mengatakan aku yang silap order. 

aku order CLASSIC FLOAT

benda alah yang ada aiskrim tu...
tapi yang aku dapat ialah WHITE COFEE

benda cinonet ni yang dia bagi
selidik punya selidik, waiter tu baru kerja di situ & kalau tengok name tag dia, bukan nama orang malaysia pun. Ala2 nama orang nepal gitu. Takpe kali ni aku maafkan, next time aku order, aku tulis guna HURUF BESAR YANG AMAT bagi ko tengok betul2, kalau masih salah jugak, aku  pergi makan tempat lain lah ye...

Kebasahan...

Hujan semakin lebat di luar, bagaimana kah nasib diriku yang tidak berpayung dan hanya berjalan kaki balik ke rumah? Bagaimana pulak nasib baju2 yang aku jemur di luar rumah pagi tadi? - KEBASAHAN la jawabnya kan? huhuhuhu...

Terasa macam nak demam pulak, badan sudah mula menunjukkan simptom2 demam. Cemane nih? dah la esok aku nak pergi Muar. huhuhu...

Apa lah nasib...



Thursday, February 2, 2012

Video aku tersebar meluas di Youtube?

oh damn, ada aksi aku yang dirakam tanpa disedari!!! hahaha...


Actually video ini telah dirakam oleh rakan seperjuangan aku dalam bidang kecergasan juga. Ini adalah semasa Kejohanan Kecergasan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2007 bertempat di Palm Square, Centre Point sabah. Time ni aku masih ala2 muda2 remaja lagi, baru 22 tahun. 

Sebenarnya ada kisah disebalik pasukan kami yang pada ketika itu mewakili Kota Kinabalu. Kami hanya ada masa 3 minggu untuk berlatih, dan tugas aku ketika itu sebagai pengurus pasukan. Al-kisahnya, salah seorang dari ahli kumpulan kami si A (bukan nama sebenar) ada sedikit masalah semasa latihan iaitu, kurang tahap ketangkasannya. Oleh kerana risau perkara ini akan menjejaskan peluang kemenangan, maka penasihat kami pada waktu itu membuat keputusan untuk menggantikan peserta tersebut dengan aku, maka si A secara automatik menjadi pengurus kami.

Nak dijadikan cerita, masuk minggu kedua sesi latihan, aku telah diserang 'chicken pox'. So aku terpaksa bercuti seminggu dari menjalani latihan. Aarrrggghhhh, makin stress aku waktu tu. So sementara ketiadaan aku terpaksa lah aku meminta rakan aku si B (juga bukan nama sebenar) untuk monitor latihan mereka. Alhamdulillah latihan berjalan dengan lancar.

Seminggu kemudian, pada kadar penyembuhan mencapai 95%, aku masuk gelanggang balik. Aku kena berusaha keras sebab aku dah ketinggalan seminggu berbanding mereka. fuuhhhh, memang training gila2 gak la aku time tu, ye la nak menang punya pasal kan? 

pose sebelum bertanding...



As the result, pasukan kami berjaya merangkul johan, yeaayyy!!! Tak sia2 berlatih siang malam *auta! sebenarnya training start lepas habis kerja sampai ke malam* Thanks jugak kepada rakan sepasukan, yang tetap meneruskan latihan walaupun time tu aku tak sihat. Rindunya aku zaman2 ni, bertanding sana sini. Sekarang pun aku masih jugak bertanding, tapi, aerobikthon lah, bertanding pun secara individu je. Join pun bukan sebab nak menang, tapi untuk kepuasan diri disamping menguji stamina, dan tidak lupa, untuk kesihatan jugak! 

Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!!

Apple IPhone for my birthday?


sekarang ni bermacam2 prediction orang ramai mengenai rekabentuk telefon pintar jenama apple ni, ada yang menarik, yang tak menarik, yang terlebih canggih, errr pendek kata macam2 lah rekabentuk ramalan orang ramai ni. Meh kita tengok betapa kreatifnya mereka ini;-







Anyway, ada sape2 tak yang nak hadiahkan aku iPhone 5 untuk birthday aku nanti *eleh, birthday pun lambat lagi*. Takde maknanye orang nak belikan aku iPhone, baik diorang beli untuk diri sendiri je kan? hahaha... *dalam hati masih mengharap*