Cosmoderm

Thursday, January 31, 2013

Saat menerima bungkusan misteri itu...

ohohooo...

Pada minggu lepas aku telah dikejutkan oleh satu panggilan yang menyatakan mereka telah menghantar satu bungkusan kepada aku. Dihantar ke pejabat pulak tu, padahal pada waktu itu aku sedang bercuti. Aku pun pelik, siapa yang nak hantar bungkusan pada aku pada waktu2 macam ni? Sedangkan aku menjangkakan untuk menerima 'parcel' pada 8hb Februari 2013, terkena pula pada tarikh itu aku berada di kampung atas urusan kerja & peribadi.

Maka aku dengan gigih bergegas la jugak pergi ke pejabat naik ERL ke Putrajaya sebab aku dah minta taukeh durian crepe untuk ambilkan bungkusan tu dulu, dengan syarat aku kena belanja beliau burger McDonald's.

Maka, seperti yang dijanjikan, bungkusan pun aku telah terima dan beliau juga telah menerima Burger Spicy Chicken McDeluxe, cuma tak sempat je ambil gambar majlis penyerahan, hehehe....

Spicy Chicken McDeluxe - Sumber dari http://1.bp.blogspot.com
Maka dengan penuh kesabaran aku tahan jugak lah nafsu aku untuk buka bungkusan tu selagi tak sampai rumah, padahal tangan dah gatal2 dah nak mengoyak selotape tu... ishh... ish... ish...

Sampai je kat rumah maka ini lah apa yang aku dapat.... RUPA-RUPANYA!!!!!!!

SUSPEN! SUSPEN!
UWAAAAAAA!!!!!
EXCITED!!! SABAR, JANGAN GELOJOH!!!
TAHAN! TAHAN! JANGAN BUKA DULU!
SIKIT LAGI... JANGAN BUKA DULU!!!
OH YESS!!!!!!!
PANDANGAN BELAKANG!!!
CHARGER JE DIA BAGI? TAK KISAH LA...
POSE BERSAMA ANAK BARU... HEHEHE....
SEKALI LAGI!!! :-)

iPad Mini ni sebenarnya aku menang semasa event petronas pada 2 minggu yang lepas (klik sini kalau nak baca entry tu), dan kitorang dimaklumkan iPad telah kehabisan stok dan akan dipos saja. Dan beberapa hari selepas tu aku dapat SMS yang berbunyi seperti ini *dramatik sungguh kan?

Diorang berjaya mempermainkan perasaan aku, cakap nak hantar 8hb.. tup tup, sampai awal pulak... maka aku pun happy yeayyy!!! Terima Kasih Petronas!!!

p/s: kepada samsung galaxy tab 10.1 kesayangan aku... jangan risau, aku tetap akan menyayangimu... *bongok! 

Tuesday, January 29, 2013

Oh Durian Crepe!

Ohohooo....

Dah lama aku tak update blog kesayangan ni kan? dah hampir2 berhabuk dah aku nengok. Mujurlah aku sempat cari cleaner suruh bersihkan... (Dasar Pemalas!!!)

Begini ceritanya... (cheehhh terus straight to the point gitu). Aku mulakan dengan sedikit muqadimah dulu, hehe... Korang tau la sekarang ni kan tengah demam fenomena DURIAN CREPE kan? tak cukup dengan durian crepe, ditambah lagi dengan, chocolate crepe, manggo crepe, yam crepe serta berbagai2 crepe-crepe yang lain. Maka aku dengan degilnya tetap berkeras untuk hanya memakan durian yang original sahaja, stick to tradition kata ko!

Hingga lah pada satu hari pada minggu lepas, entah macam mana aku dengan tak sengaja ter'order' dua bekas durian crepe dari member opis (sebenarnya setelah berusaha mencari durian tapi tak jumpa). Itupun aku masih ragu2 akan tahap kesedapannya, tapi setelah diyakinkan oleh member aku bahawa durian yang digunakan ialah DURIAN MUSANG KING (serius aku tak tau ada durian jenis ni, sebab aku makan je semua durian tanpa mengira bangsanya), maka aku pun percaya pada kata2 beliau... *hensem gile ayat ko kan razi?

Maka seperti yang dijanjikan...

sebelum digigit
selepas digigit

Akhirnya, setelah berbulan-bulan aku menDEGILkan diri aku dari mengorder durian crepe, kini aku telah menjadi penggemarnya. Rasanya cukup URGGHHH!!!! NYYUUUMMMM!!!! PEEWWWUUUUWWOOEUEUEUEWWW!!!! (ikut skrip filem Kung Pow). Maafkan aku wahai durian crepe, dulu aku bersikap prejudis terhadap mu. Kini tidak lagi dengan adanya durian crepe dari member opis aku neh, terasa seperti ingin order sekali lagi je... Tapi durian yang sebenar tetap di hatiku.

kredit gambar - http://3.bp.blogspot.com
P/s: mahu order durian crepe yang ohsem nih? tinggalkan komen anda ye? hehehe....

Wednesday, January 23, 2013

Perlu Ke Nak Pakai Susuk?

Semalam aku dihubungi oleh seseorang menawarkan khidmat memasang susuk pada muka aku. Aku amat terkejut. Semua jenis terkejut aku alami pada ketika itu, terkejut beruk, terkejut monyet, terkejut kambing, kejutan elektrik, kejutan budaya, terkejut lalu melatah lantas menari zapin sambil diiringi penari dari Yayasan Warisan Johor. Ermmm sungguh dahsyat tarian itu... *apa aku merapu nih???*

- Susuk Perak - RM10
- Susuk Emas - RM15

Memandangkan aku tak pernah pakai susuk, aku tak tau la kalau harga yang diberi tu murah sebenarnya. Motif aku nak pakai susuk? Bukan kah aku dah sedia gojes? hehehe...

Individu itu menerangkan caranya, dia akan salutkan potongan kecil lidi dengan emas atau perak lalu di masukkan ke dalam muka aku. Adoiii sakit tuuuu... Tak sanggup aku nak cucuk2 muka aku dengan benda alah tu. Terus tak semana-mana aku bayangkan muka aku jadi macam ni...


Gojes tak? Sebenarnya orang tu bergurau je pun... Bukan betul pun dia pandai pasang susuk. Lagipun pemakaian susuk itu HARAM ye? HARRAAAMMM GURRLLLL!!!!

Meh aku tepek sikit penjelasan mengenai pemakaian susuk ni...


Hukum bersusuk adalah haram dan tidak sayugia diamalkan oleh orang-orang Islam kerana:

1. Cara 'bersusuk' itu pada ghalibnya menggunakan amalan sihir. Sebagaimana yang diketahui bahawa beramal dengan amalan sihir itu adalah terlarang.
Para ulama Mazhab juga telah menyatakan pendapat masing-masing dalam hal sihir itu.
Menurut qaul yang aujah dari Mazhab Syafie, jika seorang itu percaya bahawa perbuatan sihir itu harus, maka hukumnya dia menjadi kafir, tetapi jika ia belajar ilmu sihir itu untuk tidak terjerumus ke dalam sihir, hukumnya harus iaitu tidak berdosa.
Menurut Mazhab Hambali, beramal dengan ilmu sihir itu hukumnya 'kafir' sama ada orang itu beriktikad bahawa perbuatan tersebut harus atau tidak.

2. Tujuan orang-orang bersusuk itu biasanya adalah untuk menjadi kebal atau supaya kelihatan cantik dan menarik.

3. Mereka yang memakai susuk itu biasanya yakin bahawa 'susuknya' akan dapat memberi sebesar-besar pertolongan kepadanya. Perbuatan yang demikian sudah termasuk dalam ertikata atau boleh membawa kepada syirik pula.


Sekian, semoga kita semua mendapat iktibar dari maklumat di atas ye?

Tuesday, January 22, 2013

Review filem - MAMA

Sabtu lepas aku pergi outing dengan Awi, adik penyamun aku yang suka senyum tu. Kitorang plan nak pergi tengok filem seram Thailand 3 A.M, tapi di saat akhir keputusan berubah selepas kitorang terlihat poster filem MAMA sudah terpampang di TGV Mid Valley Mega Mall tu, ingatkan belum tayang lagi. So apa lagi, MAMA! MAMA! MAMA!

Sebelum aku pergi ke ulasan cerita, apakata kita tengok dulu poster dia...

Poster Filem MAMA - (sumber dari http://www.comingsoon.net/films)


Melalui poster ini, aku susah nak menggambarkan perasaan aku samada ini filem seram atau filem sedih. Lebih2 lagi filem ini meletakkan caption "A Mother's Love is Forever", maka aku menjangkakan filem ini pasti akan mengalirkan air mata aku di penghujung filem (jangkaan awal saja). Tapi rupanya aku silap, 15 minit pertama filem ini sudah berhasil membuat aku menangis. Benci! Benci! (TT__TT)

Meh kita baca sinopsis filem pulak...

Guillermo del Toro presents "Mama," a supernatural thriller that tells the haunting tale of two little girls who disappeared into the woods the day that their parents were killed. When they are rescued years later and begin a new life, they find that someone or something still wants to come tuck them in at night.


Five years ago, sisters Victoria and Lilly vanished from their suburban neighborhood without a trace. Since then, their Uncle Lucas (Nikolaj Coster-Waldau) and his girlfriend, Annabel (Jessica Chastain), have been madly searching for them. But when, incredibly, the kids are found alive in a decrepit cabin, the couple wonders if the girls are the only guests they have welcomed into their home.

As Annabel tries to introduce the children to a normal life, she grows convinced of an evil presence in their house. Are the sisters experiencing traumatic stress, or is a ghost coming to visit them? How did the broken girls survive those years all alone? As she answers these disturbing questions, the new mother will find that the whispers she hears at bedtime are coming from the lips of a deadly presence. 

Dah selesai baca sinopsis? baguss... sekarang mari layan video trailer pulak...



Ok, dah layan trailer? bagusss... Now lets get back to business bebeh!!! *aisehhh speaking pulak si bulat ni!!! 

Seperti kebiasaannya, kebanyakan filem2 seram sering menunjukkan hantu yang penuh dengan dendam semata2, tapi TIDAK pada MAMA. MAMA pada aku sebuah filem yang mempunyai tema yang pelbagai, 'seram', 'suspen', sedikit 'dendam' & terakhir ialah 'kasih sayang'. Pada aku elemen berbagai dalam filem ini amat menarik sekali!

Di awal filem ini sudah berjaya membuat aku bergenang air mata, ada dua scene sebenarnya. Scene yang pertama ialah semasa ayah Victoria cuba untuk membunuhnya, mungkin akibat terlalu tertekan dengan hidup. Semasa scene ini aku dah mula nak menangis sebab tak sampai hati nak tengok adegan tembak tu. Tapi tak jadi sebab MAMA dah bertindak dulu. 

Scene yang kedua pula selepas Victoria & Lilly dah ditemui dan ditempatkan di hospital, semasa pakcik mereka, Lucas datang memberikan cermin mata kepada Victoria. Victoria memeluk Lucas dengan erat lalu menyebut "DADDY", part ni memang aku tak dapat tahan lagi dah. (sentimentalnya jiwa aku)

Manakala ada lagi satu scene yang buat aku menangis, tapi itu adalah di akhir filem. Tapi aku tak nak cerita dulu lah, nanti korang dah tau habis kang tak nak tengok pulak kan? hehehe...

Elemen seram dan kejutan dalam MAMA memang hebat, sampai terlompat2 aku dari kerusi panggung, mujurlah awi sempat menarik tangan aku, kalau tidak kompem aku dah melekat kat siling panggung tu. Awi pun mengambil kesempatan di atas ketakutan aku tu, sempat pulak dia sergah aku. Kau kejam Maria!! Walaupun tahap keseraman MAMA tidaklah seseram SINISTER tapi MAMA mempunyai kekuatan tersendiri. Kesan khas CGI juga amat mengagumkan! MAMA kelihatan sangat 'hidup'.

Aku nak sentuh sedikit mengenai elemen kasih sayang dalam MAMA. Memang luar biasa, MAMA menekankan bahawa "kasih sayang seorang ibu akan kekal walaupun bila 'dia' sudah tiada", elemen ini jarang ada dalam filem2 seram sekarang ini, ada pun, Nang Nak je kot. Tapi MAMA memang benar2 berjaya menyentuh perasaan aku, aku dapat rasa betapa sayangnya MAMA kepada victoria & Lilly sehingga ada ketikanya aku rasa seolah MAMA adalah watak yang baik pula. 

Aku boleh katakan filem ini amat berlainan dari filem2 seram yang lain. kepada peminat2 filem seram, aku rekomen korang untuk tonton filem ni. Kepada mereka yang bergelar ibu/bapa juga aku syorkan jugak, kepada mereka yang bergelar anak juga. Filem ini dalam masa yang sama mengajar kita untuk sentiasa menghargai ibu bapa atau sesiapa sahaja yang menjaga kita. Sayangilah mereka! Malaysia Boleh! *tetibe..

Rating aku untuk MAMA ialah: 8.5/10




Macam mana aku boleh menang Apple Ipad Mini?

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni benar benar membuatkan aku tersenyum lebar hingga ke telinga. Elehh korang baca tajuk kat atas tu pun dah tau kenapa kan?

AKU MENANG APPLE IPAD MINI!!!!

sumber gambar dari - http://thetechblock.com/wp-content/uploads/2012/10/ipad-mini-black3.jpg
Jumaat lepas aku hadir ke event Petronas kat G.Tower, Jalan Tun Razak, (alaaaahhh sebelah je dengan LRT Ampang Park). Aku datang atas jemputan rakan baik blogger aku iaitu Boni Kacak. Baik kan beliau? boleh buat calon pembantu rumah cemerlang tuu... heheheee...

Mulanya aku agak teruja jugak datang event tu memandangkan ada artis2 juga akan terlibat sama iaitu Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Faizal Ismail (FBI) & Blogger Hanis Zalikha a.k.a Hamis Jalika, manakala acara itu pula di'MC'kan (wujudkah istilah ini) oleh Daphne Iking. Pada mulanya aku agak lost di sana memandangkan ramai blogger2(social media influence) yang top hadir pada malam itu seperti Bro Framestone & Nisa Kay. Ada lagi beberapa blogger cuma aku belum kenal lagi... hehehe...

Aku tiba2 didatangi seorang gadis jelita memegang ipad yang memakai name tag ZURA, tapi aku pelik kenapa Boni panggil dia MARIA??? AAhhh abaikan saja, bukan penting pun... *jahat sungguh kau razi. Ingatkan dia bawa iPad tu sebab nak add friend aku kat facebook, rupanya dia suruh aku join satu contest buat dialog berdasarkan gambar. Cheh!!! itu je? tapi sebab nak jaga hati si Maria ni, eh Zura! aku join lah jugak... Ini dialog yang aku buat hari tu...

sumber gambar - Petronasbrands (facebook)

Dan keputusannya ialah......

sumber gambar - Petronasbrands (facebook)
AKU MENANG APPLE IPAD MINI!!!!

Syukur alhamdulillah, aku tak sangka boleh menang pun sebenarnya! Sampai lah ke habis acara aku senyum tanpa henti, sampai nak berkulat urat kentut aku! Ye lah, siapa yang tak happy dapat hadiah? iPad pulak tu kan? Aku ni mana la mampu nak beli, tetiba dapat free... Dua rakan blogger yang lain juga menerima hadiah iPad Mini tu iaitu... BONI KACAK & DKNA. Manakala Nisa Kay menang minyak hitam... hehehe....

Selesai acara kitorang begambar beramai2...

sumber gambar - Petronasbrands (facebook)


hehehehe.... Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk post entry blog setiap hari!!! Yosh!!!!!

Wednesday, January 16, 2013

Menangis bila bertentang mata...

Assalamualaikum semua...

walawweehhhh!!! Kelihatan jiwang tak tajuk entry kali ini? Bukan main lagi kau Razi!!

Entry kali ini bukan lah entry jiwang pun, malah bila menangis pun, langsung tidak timbul pun sebarang perasaan cinta, kaseh & sayang apatah lagi perasaan kecewa seperti orang putus cinta, memang tiada lah. Yang ada cuma lah rasa pedih je, kat anak mata...

Aku pun tak tahu lah nak cakap macam mana perasaan aku ketika bertentang mata dengannya... Korang nilai lah sendiri ye? hehehe...



Muahahaa.... Korang kenal tak siapa tu? kenal tak? itu lah Blogger Boni Kacak yang agak-agak kacak juga lah jika dipandang dari arah selatan, kelihatan mirip Saif Ali Khan kot. Tapi jangan pandang beliau dari arah Barat, kelihatan seperti Maya Karin pula, takut2 la kalau korang terpikat (untuk lelaki) kan? Harammm meminati kaum sejenis nih! hahaha... (Ampun BONI~~~~~~)

p/s: Oh ye, dikesempatan ini aku nak mengucapkan Terima Kasih kepada Boni Kacak kerana anda sudi menerima tawaran Penyamun Inc. untuk join the club! Ini Bermakna Penyamun Inc. sudah mempunyai 8 ahli kesemuanya!

Thursday, January 10, 2013

Pertemuan Bersejarah dengan Aaron Aziz?

Assalamu'alaikum semua...


Lama sungguh aku tak update sebarang entry kan? Dah setahun... hehehe... Dah berhabuk, sawang dah blog si bulat nih aku tinggalkan. Maafkan aku wahai blog, aku akan rajin kembali untuk membuat entry pada tahun ini ok? Dah dah, jangan merajuk lagi, mari aku belanja air Cool Blog. hehehe...

Sebenarnya ada banyak entry aku yang tertunda, maklumlah aku terlalu sibuk. Sibuk dengan pindah pejabat baru, sibuk dengan shooting, dan macam2 lagi lah.. (itu je?)

Kali ini entry tertunda aku adalah berkaitan dengan pertemuan bersejarah antara aku dan Abang Long a.k.a Aaron Aziz, oh yeahhh!!! Tapi main highlight entry ini bukan lah semata2 pasal beliau, tetapi event yang aku hadiri sebagai OFFICIAL BLOGGER bagi Red Ribbon Youth Club iaitu HARI AIDS SEDUNIA 2012 yang berlangsung pada 1 Disember 2012 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Tapak Event
Mr Zamzuri Malik, orang kuat MAC...

Terdapat berbagai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut, termasuk lah booth2 oleh berbagai agensi seperti Malaysian AIDS Council, Berjaya Group, Rumah Solehah, IPPF, Rubber Council, Perdana U, Positive Warrior, PT Foundation, Scope International, Kolej Polytech MARA (KPTM), UCSI, KL PAC, UM Med Soc, Durex, dan PTF. Terdapat juga Replika logo Riben Merah berserta dengan kad ucapan tanda sokongan terhadap mangsa2 jangkitan HIV & AIDS. Terdapat juga pertunjukan pentas oleh selebriti terkenal tanah air yang juga merangkap sebagai RRCS (Red Ribbon Celebrity Supporter), antaranya Winnie K, Harith Iskander, Bob AF, Fahrin Ahmad, Dayang Nurfaizah, Datin Paduka Umie Aida, Owen Yap, Uthaya Shankar dan ramai lagi.

Sepanjang hari AIDS sedang berjalan juga anda boleh lihat beberapa sukarelawan Universiti Malaya yang berlakon sebagai PLHIV (People Living with HIV) memberi khidmat "FREE HUG" atau "PELUKAN PERCUMA". Ini bagi mengurangkan Stigma & persepsi negatif masyarakat terhadap mangsa jangkitan AIDS, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana AIDS tidak akan berjangkit melalui pelukan. Tapi pelukan hanya diberi kepada jantina masing2 ye? jantina berlawanan tidak dibenarkan... hehehe.. (haishhh!!! apesal tak boleh???)

siapa mahu peluk saya? percuma!!!

salah satu booth yang dibuka pada hari tersebut

 Main highlight Sambutan ialah pelancaran Red Ribbon Youth Club oleh Lead Man RRYC iaitu....... AARON AZIZ! Sesungguhnya tapak event menjadi sesak yang amat luar biasa dek kerana Aura Aaron Aziz, mujurlah aku duduk di barisan kerusi untuk MEDIA. Begitu ramai Gadis2, Wanita2, Remaja perempuan, Kanak2 perempuan, Mak2 budak, Makcik2 & sedikit "HADEK2" yang tertunggu kehadiran beliau. Tibanya Aaron Aziz di pentas utama, suasana menjadi Hangat dengan Jeritan mereka. Demi Aaron kata ko! hehehe...


bersama Bob AF & Awi
RRCS Winnie K & Bob AF
RRCS Dayang Nurfaizah
RRYC Lead Man, Aaron Aziz...
RRCS Fahrin Ahmad
Ucapan dari RRYC Lead Man, Aaron Aziz
Sempat menyerahkan cenderahati istimewa kepada Aaron Aziz, hasil karya Syed Alwi (Awi G3)
Bersama Fahrin Ahmad
 Selesai pelancaran pula, diadakan pula gimik pelancaran iaitu Pelawak tanah air iaitu Harith Iskander 'diterbangkan menaiki belon helium, tapi takdelah tinggi mana pun beliau diterbangkan sebab gayat katanya... hehehe... Apa2pun Harith Iskander memang AWESOME!!!



Aku juga sangat gembira pada hari itu kerana Brothers of Penyamun Inc juga memberi sokongan terhadap event ini, Terima kasih kepada Aman Wan, Awi, Reja, Boni Kacak & Abang Bophairy kerana sudi meluangkan masa untuk menyokong usaha murni ini, anda memang AWESOME!!!! Sayang korang!!!! oh ya, terima kasih juga kepada kak Shariena Abdullah kerana sudi hadir memeriahkan acara. Tak sangka mereka semua memakai pakaian berwarna Merah & hitam sebagai sokongan!! cool~~ 

Reja, Aman Wan, Me & Kak Shariena & Awi
My Awesome Brothers
Aman Wan spotted!
Abam Bophairy pun datang walaupun sedikit lewat...
Boni Kacak pun datang jugak, thanks!!! ^_^


Aku berkesempatan untuk menjenguk masuk ke replika gergasi Riben Merah dan tanpa disangka aku ter"EMOSI" di dalam replika itu sejenak semasa membaca kad ucapan tanda sokongan terhadap PLHIV. Sesungguhnya bukan semua yang dijangkiti HIV ini adalah salah mereka, ada yang terjangkit melalui pemindahan darah, melalui ibu atau bapa, dan berbagai kemungkinan lagi. Mereka sendiri tidak ingin perkara ini terjadi kepada mereka, tapi takdir telah menentukan dan mereka kena lah teruskan hidup juga walaupun kebanyakannya berakhir dengan.... (you guys know lah...) *Maaf saya teremosi sedikit semasa menaip ayat tadi (TT__TT).