Beberapa hari ni benar benar membuatkan aku tersenyum lebar hingga ke telinga. Elehh korang baca tajuk kat atas tu pun dah tau kenapa kan?
AKU MENANG APPLE IPAD MINI!!!!
![]() |
sumber gambar dari - http://thetechblock.com/wp-content/uploads/2012/10/ipad-mini-black3.jpg |
Jumaat lepas aku hadir ke event Petronas kat G.Tower, Jalan Tun Razak, (alaaaahhh sebelah je dengan LRT Ampang Park). Aku datang atas jemputan rakan baik blogger aku iaitu Boni Kacak. Baik kan beliau? boleh buat calon pembantu rumah cemerlang tuu... heheheee...
Mulanya aku agak teruja jugak datang event tu memandangkan ada artis2 juga akan terlibat sama iaitu Awal Ashaari, Scha Al Yahya, Faizal Ismail (FBI) & Blogger Hanis Zalikha a.k.a Hamis Jalika, manakala acara itu pula di'MC'kan (wujudkah istilah ini) oleh Daphne Iking. Pada mulanya aku agak lost di sana memandangkan ramai blogger2(social media influence) yang top hadir pada malam itu seperti Bro Framestone & Nisa Kay. Ada lagi beberapa blogger cuma aku belum kenal lagi... hehehe...
Aku tiba2 didatangi seorang gadis jelita memegang ipad yang memakai name tag ZURA, tapi aku pelik kenapa Boni panggil dia MARIA??? AAhhh abaikan saja, bukan penting pun... *jahat sungguh kau razi. Ingatkan dia bawa iPad tu sebab nak add friend aku kat facebook, rupanya dia suruh aku join satu contest buat dialog berdasarkan gambar. Cheh!!! itu je? tapi sebab nak jaga hati si Maria ni, eh Zura! aku join lah jugak... Ini dialog yang aku buat hari tu...
![]() |
sumber gambar - Petronasbrands (facebook) |
Dan keputusannya ialah......
![]() |
sumber gambar - Petronasbrands (facebook) |
AKU MENANG APPLE IPAD MINI!!!!
Syukur alhamdulillah, aku tak sangka boleh menang pun sebenarnya! Sampai lah ke habis acara aku senyum tanpa henti, sampai nak berkulat urat kentut aku! Ye lah, siapa yang tak happy dapat hadiah? iPad pulak tu kan? Aku ni mana la mampu nak beli, tetiba dapat free... Dua rakan blogger yang lain juga menerima hadiah iPad Mini tu iaitu... BONI KACAK & DKNA. Manakala Nisa Kay menang minyak hitam... hehehe....
Selesai acara kitorang begambar beramai2...
![]() |
sumber gambar - Petronasbrands (facebook) |
hehehehe.... Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk post entry blog setiap hari!!! Yosh!!!!!
18 comments:
Kenapa bro sedikit pun tak tergerak hati nk perhatikan nametag yang mereka pakai...
Oh gini rasanya bila dah kahwin, mata terkawal
haha tahniah...
hahahha.. maria.. ko mengingatkan aku kat minah tu. weh, dah keluar rupanya gambar2 dialog ni ye??hahaha
Mungkin sebab sudah masanya kitorang pula untuk berkahwin... hahaha....
Maria~~~ eh, Zura~~~
hahahaa... tengkiu tengkiu...
nama dia ZURA la wehhh... aku amik gambo dia je, dialog tu aku buat balik....
oh... sama ngan encik boni kacak... tahniah wat korg... bestnyerr!!!!
tengkiu Syakir... ^_^
minyak hitam????????????
ahhahahahahaha
minyak petrol hokeh!
Oh minyak petrol eh?? Hahahaa...
standard gaya playboy boni selalu usha nama awekss..hehehheee..
untungla dapat ipad :)
boni bukan playboy, dia playfull... Hohoho...
Kan kita sama2 dapat ipad... B-)
Tahniah bro..pasneh boleh update blog hari2 la kn guna ipad.. :D
Untungnya, tahniah! :)
Seneorita,
Lepas ni update blog memang semua guan iPad la neh... hahaha...
Emylia,
Syukr, rezeki... :-) mekasih... ^_^
memang patut menang! tahniah!
Ejul, rezeki... tak sangka sebenarnya...
Post a Comment