Ohohooo....
Dah lama aku tak update blog kesayangan ni kan? dah hampir2 berhabuk dah aku nengok. Mujurlah aku sempat cari cleaner suruh bersihkan... (Dasar Pemalas!!!)
Begini ceritanya... (cheehhh terus straight to the point gitu). Aku mulakan dengan sedikit muqadimah dulu, hehe... Korang tau la sekarang ni kan tengah demam fenomena DURIAN CREPE kan? tak cukup dengan durian crepe, ditambah lagi dengan, chocolate crepe, manggo crepe, yam crepe serta berbagai2 crepe-crepe yang lain. Maka aku dengan degilnya tetap berkeras untuk hanya memakan durian yang original sahaja, stick to tradition kata ko!
Hingga lah pada satu hari pada minggu lepas, entah macam mana aku dengan tak sengaja ter'order' dua bekas durian crepe dari member opis (sebenarnya setelah berusaha mencari durian tapi tak jumpa). Itupun aku masih ragu2 akan tahap kesedapannya, tapi setelah diyakinkan oleh member aku bahawa durian yang digunakan ialah DURIAN MUSANG KING (serius aku tak tau ada durian jenis ni, sebab aku makan je semua durian tanpa mengira bangsanya), maka aku pun percaya pada kata2 beliau... *hensem gile ayat ko kan razi?
Maka seperti yang dijanjikan...
sebelum digigit |
selepas digigit |
Akhirnya, setelah berbulan-bulan aku menDEGILkan diri aku dari mengorder durian crepe, kini aku telah menjadi penggemarnya. Rasanya cukup URGGHHH!!!! NYYUUUMMMM!!!! PEEWWWUUUUWWOOEUEUEUEWWW!!!! (ikut skrip filem Kung Pow). Maafkan aku wahai durian crepe, dulu aku bersikap prejudis terhadap mu. Kini tidak lagi dengan adanya durian crepe dari member opis aku neh, terasa seperti ingin order sekali lagi je... Tapi durian yang sebenar tetap di hatiku.
2 comments:
sedap, tapi tengok durian juga, kalau durian biasa tak berapa nak sedap
itu la, baru lah nak merasa durian crepe nih... dulu degil, nak jugak durian sebenar... hehehe...
Post a Comment