Cosmoderm

Wednesday, January 23, 2013

Perlu Ke Nak Pakai Susuk?

Semalam aku dihubungi oleh seseorang menawarkan khidmat memasang susuk pada muka aku. Aku amat terkejut. Semua jenis terkejut aku alami pada ketika itu, terkejut beruk, terkejut monyet, terkejut kambing, kejutan elektrik, kejutan budaya, terkejut lalu melatah lantas menari zapin sambil diiringi penari dari Yayasan Warisan Johor. Ermmm sungguh dahsyat tarian itu... *apa aku merapu nih???*

- Susuk Perak - RM10
- Susuk Emas - RM15

Memandangkan aku tak pernah pakai susuk, aku tak tau la kalau harga yang diberi tu murah sebenarnya. Motif aku nak pakai susuk? Bukan kah aku dah sedia gojes? hehehe...

Individu itu menerangkan caranya, dia akan salutkan potongan kecil lidi dengan emas atau perak lalu di masukkan ke dalam muka aku. Adoiii sakit tuuuu... Tak sanggup aku nak cucuk2 muka aku dengan benda alah tu. Terus tak semana-mana aku bayangkan muka aku jadi macam ni...


Gojes tak? Sebenarnya orang tu bergurau je pun... Bukan betul pun dia pandai pasang susuk. Lagipun pemakaian susuk itu HARAM ye? HARRAAAMMM GURRLLLL!!!!

Meh aku tepek sikit penjelasan mengenai pemakaian susuk ni...


Hukum bersusuk adalah haram dan tidak sayugia diamalkan oleh orang-orang Islam kerana:

1. Cara 'bersusuk' itu pada ghalibnya menggunakan amalan sihir. Sebagaimana yang diketahui bahawa beramal dengan amalan sihir itu adalah terlarang.
Para ulama Mazhab juga telah menyatakan pendapat masing-masing dalam hal sihir itu.
Menurut qaul yang aujah dari Mazhab Syafie, jika seorang itu percaya bahawa perbuatan sihir itu harus, maka hukumnya dia menjadi kafir, tetapi jika ia belajar ilmu sihir itu untuk tidak terjerumus ke dalam sihir, hukumnya harus iaitu tidak berdosa.
Menurut Mazhab Hambali, beramal dengan ilmu sihir itu hukumnya 'kafir' sama ada orang itu beriktikad bahawa perbuatan tersebut harus atau tidak.

2. Tujuan orang-orang bersusuk itu biasanya adalah untuk menjadi kebal atau supaya kelihatan cantik dan menarik.

3. Mereka yang memakai susuk itu biasanya yakin bahawa 'susuknya' akan dapat memberi sebesar-besar pertolongan kepadanya. Perbuatan yang demikian sudah termasuk dalam ertikata atau boleh membawa kepada syirik pula.


Sekian, semoga kita semua mendapat iktibar dari maklumat di atas ye?

6 comments:

hazwan hairy said...

haram2..xblh! elakkan ya semua..haha

razzwey razz said...

tepat sekali, harraaaammm... hohoho...

boni kacak said...

siapalah agaknya yang tawarkan susuk tu kat ko kan??hahahahaha

razzwey razz said...

kau kenal kot boni, nama dia pun macam nama kau gak... hahahaha....

Mawardi yunus said...

nasib baik we all x pakai susuk

razzwey razz said...

Iolls pun tak pakai, natural beauty kata ko.... hahahahah