Cosmoderm

Thursday, January 10, 2013

Pertemuan Bersejarah dengan Aaron Aziz?

Assalamu'alaikum semua...


Lama sungguh aku tak update sebarang entry kan? Dah setahun... hehehe... Dah berhabuk, sawang dah blog si bulat nih aku tinggalkan. Maafkan aku wahai blog, aku akan rajin kembali untuk membuat entry pada tahun ini ok? Dah dah, jangan merajuk lagi, mari aku belanja air Cool Blog. hehehe...

Sebenarnya ada banyak entry aku yang tertunda, maklumlah aku terlalu sibuk. Sibuk dengan pindah pejabat baru, sibuk dengan shooting, dan macam2 lagi lah.. (itu je?)

Kali ini entry tertunda aku adalah berkaitan dengan pertemuan bersejarah antara aku dan Abang Long a.k.a Aaron Aziz, oh yeahhh!!! Tapi main highlight entry ini bukan lah semata2 pasal beliau, tetapi event yang aku hadiri sebagai OFFICIAL BLOGGER bagi Red Ribbon Youth Club iaitu HARI AIDS SEDUNIA 2012 yang berlangsung pada 1 Disember 2012 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Tapak Event
Mr Zamzuri Malik, orang kuat MAC...

Terdapat berbagai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut, termasuk lah booth2 oleh berbagai agensi seperti Malaysian AIDS Council, Berjaya Group, Rumah Solehah, IPPF, Rubber Council, Perdana U, Positive Warrior, PT Foundation, Scope International, Kolej Polytech MARA (KPTM), UCSI, KL PAC, UM Med Soc, Durex, dan PTF. Terdapat juga Replika logo Riben Merah berserta dengan kad ucapan tanda sokongan terhadap mangsa2 jangkitan HIV & AIDS. Terdapat juga pertunjukan pentas oleh selebriti terkenal tanah air yang juga merangkap sebagai RRCS (Red Ribbon Celebrity Supporter), antaranya Winnie K, Harith Iskander, Bob AF, Fahrin Ahmad, Dayang Nurfaizah, Datin Paduka Umie Aida, Owen Yap, Uthaya Shankar dan ramai lagi.

Sepanjang hari AIDS sedang berjalan juga anda boleh lihat beberapa sukarelawan Universiti Malaya yang berlakon sebagai PLHIV (People Living with HIV) memberi khidmat "FREE HUG" atau "PELUKAN PERCUMA". Ini bagi mengurangkan Stigma & persepsi negatif masyarakat terhadap mangsa jangkitan AIDS, tiada apa yang perlu ditakutkan kerana AIDS tidak akan berjangkit melalui pelukan. Tapi pelukan hanya diberi kepada jantina masing2 ye? jantina berlawanan tidak dibenarkan... hehehe.. (haishhh!!! apesal tak boleh???)

siapa mahu peluk saya? percuma!!!

salah satu booth yang dibuka pada hari tersebut

 Main highlight Sambutan ialah pelancaran Red Ribbon Youth Club oleh Lead Man RRYC iaitu....... AARON AZIZ! Sesungguhnya tapak event menjadi sesak yang amat luar biasa dek kerana Aura Aaron Aziz, mujurlah aku duduk di barisan kerusi untuk MEDIA. Begitu ramai Gadis2, Wanita2, Remaja perempuan, Kanak2 perempuan, Mak2 budak, Makcik2 & sedikit "HADEK2" yang tertunggu kehadiran beliau. Tibanya Aaron Aziz di pentas utama, suasana menjadi Hangat dengan Jeritan mereka. Demi Aaron kata ko! hehehe...


bersama Bob AF & Awi
RRCS Winnie K & Bob AF
RRCS Dayang Nurfaizah
RRYC Lead Man, Aaron Aziz...
RRCS Fahrin Ahmad
Ucapan dari RRYC Lead Man, Aaron Aziz
Sempat menyerahkan cenderahati istimewa kepada Aaron Aziz, hasil karya Syed Alwi (Awi G3)
Bersama Fahrin Ahmad
 Selesai pelancaran pula, diadakan pula gimik pelancaran iaitu Pelawak tanah air iaitu Harith Iskander 'diterbangkan menaiki belon helium, tapi takdelah tinggi mana pun beliau diterbangkan sebab gayat katanya... hehehe... Apa2pun Harith Iskander memang AWESOME!!!



Aku juga sangat gembira pada hari itu kerana Brothers of Penyamun Inc juga memberi sokongan terhadap event ini, Terima kasih kepada Aman Wan, Awi, Reja, Boni Kacak & Abang Bophairy kerana sudi meluangkan masa untuk menyokong usaha murni ini, anda memang AWESOME!!!! Sayang korang!!!! oh ya, terima kasih juga kepada kak Shariena Abdullah kerana sudi hadir memeriahkan acara. Tak sangka mereka semua memakai pakaian berwarna Merah & hitam sebagai sokongan!! cool~~ 

Reja, Aman Wan, Me & Kak Shariena & Awi
My Awesome Brothers
Aman Wan spotted!
Abam Bophairy pun datang walaupun sedikit lewat...
Boni Kacak pun datang jugak, thanks!!! ^_^


Aku berkesempatan untuk menjenguk masuk ke replika gergasi Riben Merah dan tanpa disangka aku ter"EMOSI" di dalam replika itu sejenak semasa membaca kad ucapan tanda sokongan terhadap PLHIV. Sesungguhnya bukan semua yang dijangkiti HIV ini adalah salah mereka, ada yang terjangkit melalui pemindahan darah, melalui ibu atau bapa, dan berbagai kemungkinan lagi. Mereka sendiri tidak ingin perkara ini terjadi kepada mereka, tapi takdir telah menentukan dan mereka kena lah teruskan hidup juga walaupun kebanyakannya berakhir dengan.... (you guys know lah...) *Maaf saya teremosi sedikit semasa menaip ayat tadi (TT__TT).



6 comments:

Luvlyriena said...

like...like..like..korang memang awesome!!! sporting gilerr!!

razzwey razz said...

Hehehee... Awesome!!!

boni kacak said...

dah bertahun baru update..hahahaha.siot la ko ni..hehehehe

razzwey razz said...

Boni, ko tau la... Aku kan bizi... Hahahaaa...

a.R said...

waaaaa bestnyew... camana nak join2 even mcm ni ...... nak jugak....

razzwey razz said...

Cik Muda,
boleh layari facebook Red Ribbon Youth Club, lepas ni ada banyak projek lagi tau... ^_^