Sabtu lepas aku pergi outing dengan Awi, adik penyamun aku yang suka senyum tu. Kitorang plan nak pergi tengok filem seram Thailand 3 A.M, tapi di saat akhir keputusan berubah selepas kitorang terlihat poster filem MAMA sudah terpampang di TGV Mid Valley Mega Mall tu, ingatkan belum tayang lagi. So apa lagi, MAMA! MAMA! MAMA!
Sebelum aku pergi ke ulasan cerita, apakata kita tengok dulu poster dia...
![]() |
Poster Filem MAMA - (sumber dari http://www.comingsoon.net/films) |
Melalui poster ini, aku susah nak menggambarkan perasaan aku samada ini filem seram atau filem sedih. Lebih2 lagi filem ini meletakkan caption "A Mother's Love is Forever", maka aku menjangkakan filem ini pasti akan mengalirkan air mata aku di penghujung filem (jangkaan awal saja). Tapi rupanya aku silap, 15 minit pertama filem ini sudah berhasil membuat aku menangis. Benci! Benci! (TT__TT)
Meh kita baca sinopsis filem pulak...
Guillermo del Toro presents "Mama," a supernatural thriller that tells the haunting tale of two little girls who disappeared into the woods the day that their parents were killed. When they are rescued years later and begin a new life, they find that someone or something still wants to come tuck them in at night.
Five years ago, sisters Victoria and Lilly vanished from their suburban neighborhood without a trace. Since then, their Uncle Lucas (Nikolaj Coster-Waldau) and his girlfriend, Annabel (Jessica Chastain), have been madly searching for them. But when, incredibly, the kids are found alive in a decrepit cabin, the couple wonders if the girls are the only guests they have welcomed into their home.
As Annabel tries to introduce the children to a normal life, she grows convinced of an evil presence in their house. Are the sisters experiencing traumatic stress, or is a ghost coming to visit them? How did the broken girls survive those years all alone? As she answers these disturbing questions, the new mother will find that the whispers she hears at bedtime are coming from the lips of a deadly presence.
Dah selesai baca sinopsis? baguss... sekarang mari layan video trailer pulak...
Ok, dah layan trailer? bagusss... Now lets get back to business bebeh!!! *aisehhh speaking pulak si bulat ni!!!
Seperti kebiasaannya, kebanyakan filem2 seram sering menunjukkan hantu yang penuh dengan dendam semata2, tapi TIDAK pada MAMA. MAMA pada aku sebuah filem yang mempunyai tema yang pelbagai, 'seram', 'suspen', sedikit 'dendam' & terakhir ialah 'kasih sayang'. Pada aku elemen berbagai dalam filem ini amat menarik sekali!
Di awal filem ini sudah berjaya membuat aku bergenang air mata, ada dua scene sebenarnya. Scene yang pertama ialah semasa ayah Victoria cuba untuk membunuhnya, mungkin akibat terlalu tertekan dengan hidup. Semasa scene ini aku dah mula nak menangis sebab tak sampai hati nak tengok adegan tembak tu. Tapi tak jadi sebab MAMA dah bertindak dulu.
Scene yang kedua pula selepas Victoria & Lilly dah ditemui dan ditempatkan di hospital, semasa pakcik mereka, Lucas datang memberikan cermin mata kepada Victoria. Victoria memeluk Lucas dengan erat lalu menyebut "DADDY", part ni memang aku tak dapat tahan lagi dah. (sentimentalnya jiwa aku)
Manakala ada lagi satu scene yang buat aku menangis, tapi itu adalah di akhir filem. Tapi aku tak nak cerita dulu lah, nanti korang dah tau habis kang tak nak tengok pulak kan? hehehe...
Elemen seram dan kejutan dalam MAMA memang hebat, sampai terlompat2 aku dari kerusi panggung, mujurlah awi sempat menarik tangan aku, kalau tidak kompem aku dah melekat kat siling panggung tu. Awi pun mengambil kesempatan di atas ketakutan aku tu, sempat pulak dia sergah aku. Kau kejam Maria!! Walaupun tahap keseraman MAMA tidaklah seseram SINISTER tapi MAMA mempunyai kekuatan tersendiri. Kesan khas CGI juga amat mengagumkan! MAMA kelihatan sangat 'hidup'.
Aku nak sentuh sedikit mengenai elemen kasih sayang dalam MAMA. Memang luar biasa, MAMA menekankan bahawa "kasih sayang seorang ibu akan kekal walaupun bila 'dia' sudah tiada", elemen ini jarang ada dalam filem2 seram sekarang ini, ada pun, Nang Nak je kot. Tapi MAMA memang benar2 berjaya menyentuh perasaan aku, aku dapat rasa betapa sayangnya MAMA kepada victoria & Lilly sehingga ada ketikanya aku rasa seolah MAMA adalah watak yang baik pula.
Aku boleh katakan filem ini amat berlainan dari filem2 seram yang lain. kepada peminat2 filem seram, aku rekomen korang untuk tonton filem ni. Kepada mereka yang bergelar ibu/bapa juga aku syorkan jugak, kepada mereka yang bergelar anak juga. Filem ini dalam masa yang sama mengajar kita untuk sentiasa menghargai ibu bapa atau sesiapa sahaja yang menjaga kita. Sayangilah mereka! Malaysia Boleh! *tetibe..
Rating aku untuk MAMA ialah: 8.5/10
Aku boleh katakan filem ini amat berlainan dari filem2 seram yang lain. kepada peminat2 filem seram, aku rekomen korang untuk tonton filem ni. Kepada mereka yang bergelar ibu/bapa juga aku syorkan jugak, kepada mereka yang bergelar anak juga. Filem ini dalam masa yang sama mengajar kita untuk sentiasa menghargai ibu bapa atau sesiapa sahaja yang menjaga kita. Sayangilah mereka! Malaysia Boleh! *tetibe..
Rating aku untuk MAMA ialah: 8.5/10
2 comments:
Hah ni yang nak tengok ni!
Tapi part nngis tak best sebb saya ni cepat
tacing hahah. Malu laah haha.
Sinister dulu seram jugak.
Emilya,
tengok cepat! warga manusia yang cepat tacing digalakkan tengok... hehehe....
Post a Comment