PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, January 31, 2013

Saat menerima bungkusan misteri itu...

ohohooo...

Pada minggu lepas aku telah dikejutkan oleh satu panggilan yang menyatakan mereka telah menghantar satu bungkusan kepada aku. Dihantar ke pejabat pulak tu, padahal pada waktu itu aku sedang bercuti. Aku pun pelik, siapa yang nak hantar bungkusan pada aku pada waktu2 macam ni? Sedangkan aku menjangkakan untuk menerima 'parcel' pada 8hb Februari 2013, terkena pula pada tarikh itu aku berada di kampung atas urusan kerja & peribadi.

Maka aku dengan gigih bergegas la jugak pergi ke pejabat naik ERL ke Putrajaya sebab aku dah minta taukeh durian crepe untuk ambilkan bungkusan tu dulu, dengan syarat aku kena belanja beliau burger McDonald's.

Maka, seperti yang dijanjikan, bungkusan pun aku telah terima dan beliau juga telah menerima Burger Spicy Chicken McDeluxe, cuma tak sempat je ambil gambar majlis penyerahan, hehehe....

Spicy Chicken McDeluxe - Sumber dari http://1.bp.blogspot.com
Maka dengan penuh kesabaran aku tahan jugak lah nafsu aku untuk buka bungkusan tu selagi tak sampai rumah, padahal tangan dah gatal2 dah nak mengoyak selotape tu... ishh... ish... ish...

Sampai je kat rumah maka ini lah apa yang aku dapat.... RUPA-RUPANYA!!!!!!!

SUSPEN! SUSPEN!
UWAAAAAAA!!!!!
EXCITED!!! SABAR, JANGAN GELOJOH!!!
TAHAN! TAHAN! JANGAN BUKA DULU!
SIKIT LAGI... JANGAN BUKA DULU!!!
OH YESS!!!!!!!
PANDANGAN BELAKANG!!!
CHARGER JE DIA BAGI? TAK KISAH LA...
POSE BERSAMA ANAK BARU... HEHEHE....
SEKALI LAGI!!! :-)

iPad Mini ni sebenarnya aku menang semasa event petronas pada 2 minggu yang lepas (klik sini kalau nak baca entry tu), dan kitorang dimaklumkan iPad telah kehabisan stok dan akan dipos saja. Dan beberapa hari selepas tu aku dapat SMS yang berbunyi seperti ini *dramatik sungguh kan?

Diorang berjaya mempermainkan perasaan aku, cakap nak hantar 8hb.. tup tup, sampai awal pulak... maka aku pun happy yeayyy!!! Terima Kasih Petronas!!!

p/s: kepada samsung galaxy tab 10.1 kesayangan aku... jangan risau, aku tetap akan menyayangimu... *bongok! 

4 comments:

boni kacak said...

Untunglah menang ipad.. Hahaha

razzwey razz said...

Ko pun menang kot??? Menang topi lagi kan??? Weeekkk!!!! Hahahahaa...

cik dah faridah said...

wah beshnyer...nak jugak!!!

thanks singgah umah kiter

razzwey razz said...

cik dah faridah...
Alhamdulilah... rezeki... ^_^