Cosmoderm

Wednesday, April 17, 2013

Hilang Nafsu

Pak Megat masuk bilik tidur. Mak Munah terbaring atas katil. Pak Megat berbaju melayu berkain pelikat. Mak Munah berkemban batik lusuh berbau hapak. Pak Megat pandang Mak Munah. Mak Munah jeling Pak Megat. Pak Megat geleng kepala. Mak Munah kenyit mata. Pak Megat masuk bilik air. Mak Munah sembur minyak wangi di leher. Pak Megat ambil wudhuk. Mak Munah berbaring semula gaya anak dara solid. Pak Megat keluar bilik air. Mak Munah melirik manis. Pak Megat berbaring di katil. Mak Munah cuba menggoda.

       Lekas-lekas Pak Megat jeling Mak Munah seraya berkata...

       "Saya ada air sembahyang."

sumber: SPERMA CINTA karya AISA LINGLUNG (Lejen Press)


15 Minit Seorang Pemuda

Gua masuk kedai makan. Gua duduk. Gua panggil orang ambil order. Orang ambil order lambat datang ambil order. Gua jeling-jeling. Orang ambil order masih tidak sampai. Gua buat muka ketat. Masih juga tidak sampai. Gua hentak meja pakai siku. Orang ambil order kelam kabut datang ambil order. Tahu takut. Gua order air suam dengan nasi. Gua belek henpon. Gua tengok televisyen. Gua sergah kucing lalu-lalang. Gua pandang jam di dinding kedai makan. Gua buat bodoh. Air sampai. Gua sergah lagi seekor kucing lain, yang tadi kaler oren yang ini kaler hitam. Yang kaler hitam ini tak terkejut sangat macam yang oren tadi. Gua sambung buat bodoh. Lepas dah hampir-hampir nak jadi bodoh betul-betul, nasi pun sampai bersama air suam yang dipesan. Gua baca doa. Gua makan. Gua minum. Gua makan. Gua minum. Makan-minum-makan-minum-makan-minum. Habis makan. Gua kenyang. Gua sendawa.

Alhamdulillah.

sumber: SPERMA CINTA 2.0 (SENGIH KERANG) karya Aisa Linglung

Tuesday, April 16, 2013

Doa Segala Penawar

Sumber dari http://www.darussyifa.org

Assalamu'alaikum semua...

Agak lama juga aku tak update sebarang entry kan? Rindu pula nak berceloteh macam selalu. Buat masa ni aku mungkin agak sepi sikit dari sebarang update, tak kira facebook, twitter, instagram, keek, youtube, wechat & lain2, atas sebab kualiti kesihatan aku yang semakin merosot sejak akhir2 ni. Ditambah pula dengan Henpon yang rosak, Tab yang rosak, dan iPad yang hanya boleh berfungsi bila ada Wifi je...

Mohon untuk kita sama2 berdoa, semoga aku akan sihat seperti sediakala. Aku juga akan doakan semoga kesihatan anda semua juga sentiasa terpelihara. Rasanya tak perlulah aku nak umumkan apa sakit yang aku alami, biarlah itu menjadi rahsia. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa baik anda semua, semoga anda semua sentiasa dirahmati olehNYA, Amin...