PTS

Cosmoderm

cosmoderm

Cosmoderm

cosmoderm

Wednesday, April 17, 2013

15 Minit Seorang Pemuda

Gua masuk kedai makan. Gua duduk. Gua panggil orang ambil order. Orang ambil order lambat datang ambil order. Gua jeling-jeling. Orang ambil order masih tidak sampai. Gua buat muka ketat. Masih juga tidak sampai. Gua hentak meja pakai siku. Orang ambil order kelam kabut datang ambil order. Tahu takut. Gua order air suam dengan nasi. Gua belek henpon. Gua tengok televisyen. Gua sergah kucing lalu-lalang. Gua pandang jam di dinding kedai makan. Gua buat bodoh. Air sampai. Gua sergah lagi seekor kucing lain, yang tadi kaler oren yang ini kaler hitam. Yang kaler hitam ini tak terkejut sangat macam yang oren tadi. Gua sambung buat bodoh. Lepas dah hampir-hampir nak jadi bodoh betul-betul, nasi pun sampai bersama air suam yang dipesan. Gua baca doa. Gua makan. Gua minum. Gua makan. Gua minum. Makan-minum-makan-minum-makan-minum. Habis makan. Gua kenyang. Gua sendawa.

Alhamdulillah.

sumber: SPERMA CINTA 2.0 (SENGIH KERANG) karya Aisa Linglung

2 comments:

ISs said...

Hahaaa....buat bersabar..

razzwey razz said...

sabar itu sebahagian daripada iman... hehehee...