Cosmoderm

Wednesday, July 24, 2013

Penyamun di KLCC?

Rilek, rilek semua...

Ini bukan lah penyamun yang dok buat jenayah tu. Ini penyamun yang baik dan berbudi, hehehe... Tak lain tak bukan Penyamun Inc.. Sabtu lepas buat pertama kalinya kitorang berjaya mengumpulkan kesemua 8 ahli Penyamun Inc. setelah setahun berkumpul asyik tak lengkap je. Ye lah, masing2 pun ada komitmen tersendiri ye tak? kitorang pun faham, so perjumpaan kali ini mencatat sejarah baru dalam Penyamun Inc. sendiri setelah kali terakhir kitorang berlapan berjumpa adalah semasa shooting shortfilm "PUPUS", tapi itu tak official sebab Boni kacak masih belum jadi ahli Penyamun inc.

So bila dah berjumpa kesemua 8 penyamun ni, kegilaan kitorang berada pada tahap naga sakti kesuma dewi *ini sudah lebih* Korang layan je lah kegilaan kitorang ni ye?

Penyamun Inc. kalau dah berjumpa, macam ni lah...

dari kiri: Reja Mus, Aman Wan, Alaka Zam, Awi, Bophairy, Xs Rizal, Boni Kacak & Razi

Buddyz, takkan terpisah, bak kata Aman Wan... :-)

Harapan kami semua, semoga hubungan persahabatan ini akan berkekalan sampai bila-bila. Amin...





Tuesday, July 23, 2013

Wordless Wednesday "KEKEJAMAN BERLELUASA"

Cakap banyak pun tak guna, korang tengok je lah...


Kalau nak tempah, call je lah nombor2 henpon tu... Aku bukan ejen pun... hahahaha...



Monday, July 22, 2013

PENEMUAN BARU! penawar kepada penyakit tekanan darah rendah

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa semua, tak lama lagi kita dah nak raya dah kan? Tapi kepada mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi jaga-jaga sikit bab makan tu, kang tak pasal2 beraya kat hospital ye tak? Bagaimana pula mereka yang mempunyai tekanan darah rendah? Ada penawar tak? Ini adalah satu penemuan terbaru, hasil dari kajian pakar2 kesihatan seluruh dunia, dan telah diumumkan melalui TWITTER saja... Well, dunia dah maju kan? hahaha... 

Takyah susah2 log in twitter anda nak cari, tak perlu juga susah2 nak register twitter semata2 nak cari, aku dah dapatkan printscreen tersebut. Maka dengan segala hormat dan bangganya aku yang merupakan pesakit tekanan darah rendah mengumumkan.....



P/S: kalau siapa2 ludah aku, aku sepak guna selipar crocs aku nih!!!!




Sunday, July 21, 2013

Kita Dapat Bonus lagi?

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. Confirm.. !!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013



1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.

2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.

3. Dibayar tahun ini juga.

4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.

5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.

6. Pemberian bonus bersyarat & terma.



Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.

2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal

3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.

4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.

5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya



Sekian, terima kasih...


P/S: jangan marah haaa... 

Thursday, July 18, 2013

Baju Raya Aku Hanya Sehelai T-Shirt...

Assalamualaikum,

Bunyi tajuk di atas macam sedih je kan? Tapi takde lah sedih mana pun sebab raya tahun lepas pun aku tak beli baju melayu, t-shirt je. Tapi apa2pun aku bersyukur atas rezeki darinya. Terkejut juga aku, sebab aku ni jarang sangat lah nak terima parcel kat opis ni. Ye lah, aku ni pun bukan kaki shopping online...

Suspen je...

Hasil dari pada pemerhatian, aku bukak la bungkusan tu... Dan ini lah diaaa....
T-shirt Kelab Blogger Ben Ashaari
Maka ini lah Baju Raya aku untuk tahun ini... hahahahaa....

Terima Kasih Abang Ben Ashaari... 

Wednesday, July 17, 2013

Buah Tangan Terbaru Bophairy...

Assalamualaikum semua...

Selamat berpuasa semua rakan2, kali ini entry aku nak buat review pasal satu komik yang masih panas lagi, masih bau kilang printing lagi, hahahaa... Bukan komik luar negara, tapi ini adalah komik kebanggaan negara hasil karya anak tempatan kita. Komik bertemakan Adiwira, Ultra Qalif yang kini telah memasuki siri ke 5, tampil dengan 100% halaman berwarna, memang terbaik wooo... segar mata memandang. Cover pula kelihatan sempoi kali ini, warna2 ceria dan mendamaikan (chewaaahhh). Aku cerita pasal komik je, tapi aku tak mention pun siapa komik artisnya kan? Beliau tak lain tak bukan Abang BOPHAIRY!!!!!! a.k.a Chip Penyamun Inc. *sempat promote lagi*

Cover Ultra Qalif #5, sempoi...
Sebelum aku terus ke review, apakata korang baca dulu sinopsis Ultra Qalif #5:-

KETENANGAN SEBELUM RIBUT MELANDA...
Pertarungan dengan Tuan Mus sudah berakhir. Penjahat-penjahat sudah diberkas pihak berkuasa. Atuk abah dan Qalif membawa Jebat yang cedera pulang ke rumah. Namun, sesuatu yang mengejutkan. Jebat yang cedera parah sebelumnya pulih kembali dengan cepat menggunakan Tenara 5!
 Apakah sebenarnya Tenara 5? Adakah dia bakal memberi kesan buruk kepada Jebat?
 Ada kuasa misteri menghampiri. Bersediakah Qalif?
Hah! Suspen tak sinopsis kali ini? Baru baca sinopsis, belum baca komiknya lagi. Pada aku, jalan cerita UQ#5 makin best, tidak sarat dengan adegan berlawan seperti UQ#4 (ye la, asyik lawan2 aje memanjang nanti orang bosan pulak kan?). Nak cerita detail kang jadi spoiler pulak, maka aku cerita sikit-sikit je lah.
ULASAN AKU
1. Aku suka scene lawan kali ini sebab Qalif dah ada sidekick. 
2.Ada beberapa part lawak yang aku sangat suka, antara Qalif dengan Tok Abah, Jebat dengan Dai, Qalif dan watak perempuan tu (aku lupa nama dia, hahaha), Jebat dengan perompak. 
3. Qalif akhirnya baru tahu siapa Kamal sebenarnya.
4. Wujudnya satu persoalan tergantung, siapa sebenarnya Tok Abah?
5. Ada kejutan istimewa di dalam UQ#5. 
6. Cover lebih segar & sempoi
7. Intro & Outro dimulakan dengan sketsa pelukis. (meneruskan style yang sama seperti UQ#1,2,3&4) Aku suka... 
Ultra Qalif #5, kini boleh didapati di semua kedai2 buku yang popular yang tak popular pun ada. Tapi kalau nak dapat diskaun istimewa korang boleh beli secara online di Book Cafe, penghantaran percuma je tau. Atau kalau korang tak sabar sangat nak baca, ambil kunci motor/kereta terus ke kedai Book Cafe yang beralamat di:-
PTS Bookcafe Sdn Bhd
No 26, Jalan DBP 3,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, 
Selangor, MALAYSIA

Sebagai Penutup, aku mengucapkan tahniah kepada Abang Bophairy di atas kelahiran Ultra Qalif #5. Semoga terus gigih berkarya demi memartabatkan indsutri komik Malaysia di mata dunia! Standing in the eyes of the world~~~ *tiba2 menyanyi*






Tuesday, July 16, 2013

Projek Bulan Ramadhan

Alhamdulillah kini Team Penyamun Inc. mempersembahkan sebuah shortfilm terbaru sempena Ramadhan yang mulia bertajuk "PROJEK BULAN RAMADHAN". Ini bukan cerita cliche yang anda selalu lihat di youtube ataupun di TV, anda mesti menonton kisah ini. Produksi simple sahaja, hanya memerlukan sebuah kamera, beberapa prop, dan 3 orang pelakon yang bertukar2 menjadi kameraman... hahaha...

Poster Simple saja, aku edit guna iPad je... hehehe...

KLIK SINI UNTUK MENONTON ----> PROJEK BULAN RAMADHAN

Dapat mesej dari Lisa Surihani...

Terkejut juga aku tiba2 je dapat mesej dari 'Malaysia's Sweetheart', Lisa Surihani. Kepala terus melayang ke angkasaraya, sambil membayangkan aku & Lisa berlari2 di tepi pantai menikmati angin sepoi2 bahasa kebangsaan. Oh Lisa....

Yakin je kan aku balas mesej tu? hahahaa...


Poyo je kan? Macam lah aku sorang je yang dapat... Hahahahaaa...

p/s: Kalau korang nak dapat mesej2 macam ni dari Lisa Surihani, sila lah add Wechat beliau...

Thursday, July 4, 2013

Dilamar menjadi artis Metrowealth?

Rutin aku setiap pagi nak pergi ke pejabat:-

5.00 a.m - Bangun / mandi / bersiap
6.00 a.m - Keluar rumah (kadang2 lagi awal)
6.15 a.m - *sebelum sampai stesen LRT aku singgah Masjid solat subuh*
6.30 a.m - *Bas pertama dari KL ke Putrajaya* (kalau sempat, aku akan naik bas yang ni)
6.45 a.m - *Bas kedua dari KL ke Putrajaya* (biasanya aku naik yang ni)
7.30 a.m - Sampai Opis...

Nak dijadikan cerita ada la satu hari tu, aku tido lewat, tapi bangun awal. Maka, tahap2 ke'MAMAI'an tu agak tinggi jugak. Kemungkinan untuk mata aku berhalusinasi pun tinggi, kon merah tepi jalan pun aku nampak macam anjing, hahahaa. Dipendekkan cerita, aku pun sempat la naik bas jam 6.45 pagi, bayar je tambang bas aku terus cari seat & TIDO. Mujurlah tak terlajak tido, kang dibuatnya aku buka mata dah sampai KL semula, tak ke naya jadinya? hahahaa...

Turun je dari bas, aku yang mamai ni berjalan la dengan penuh longlai menuju ke bangunan opis aku di seberang jalan. Dalam mamai2 tu secara mendadak mata aku terbeliak & kaget untuk beberapa ketika bila terlihat serangga gergasi betul depan mata aku. 

Ini bukan gambar semasa aku terkejut, korang tengok bahagian tertentu dah tak sama saiz kan? hahahaa....

Dalam terkejut2 tu nasib baiklah aku tak terjerit dengan sepenuh hati namun masih mengekalkan kesopanan budaya timur, tapi sempat juga aku amik gambar serangga tu. Ini kalau tersebar gambar ni kat media tempatan & antarabangsa boleh terkenal aku, silap2 Mejar David Teo terus sign kontrak amik aku jadi artis Metrowealth. Bobo pulak akan dianaktirikan, dan aku boleh la mengurat Wawa Zainal, hang out dengan Shahiezy Sam, ngeteh dengan Yana Samsudin, macam2 lagi lah. "sorry bobo, you're outdated... hahahaa...". Nanti di ruangan hiburan, akhbar utama, majalah hiburan mula lah keluar kenyataan macam ni...

CAPTION ADALAH REKAAN SEMATA-MATA

CAPTION PERASAN MAUT DARI AKU... HAHAHAHA....

Ok, aku dah jauh menyimpang dari cerita asal dah ni... Angan2 Mat J.Lo betul lah (apa barang Mat Jenin)... Kita berbalik kepada serangga besar yang aku jumpa tu. Saiznya terlalu besar, malah lebih besar dari aku yang dah memang besar ni, ermmm... maksud aku, comel, ye COMEL... Ini lah gambar yang aku maksudkan itu...

Besar kan???? hahahahaa....
Hahahaa... Ini lah dia serangga tu, seekor 'Rama-Rama' a.k.a Butterfly dari bahan2 terbuang. Kreatif juga orang2 kita kan. Dari bahan terbuang boleh jadi bahan pameran, tapi bila masa nak lupuskan benda ni jangan pulak bakar, hantar je ke tempat kitar semula, kang tak pasal2 jadi punca jerebu datang balik... hahaha... 

ok lah, aku nak fikir entry seterusnya pulak... nak publish yang ini dulu... hahaha...


nota kaki: Nak kena kaki??? hahahahaa...









Kau Kerja Apa eh?


Ya, aku selalu dapat soalan2 seperti itu... dan soalan tersebut akan diikuti dengan statement...

"Aku tengok facebook kau banyak aktiviti dengan artis je"



Imran Ajmain, Lisa Surihani & Marsha

Kartunis Legend, Aie Sulong

Aaron Aziz

Kartunis Legend Gayour

Selebriti Blogger, hanis Zalikha

Hafiz Hamidun

Kartunis Legend, Nik

Fahrin Ahmad

Scha Al-yahya

Sham Kamikaze

Stacy

Kartunis Sukun & Sireh

Bob AF
Team Majalah Boboi


Ifa Raziah
Ye, aku di Studio rakaman...
Last but not least, Penyamun Inc....

Jawapan aku.... "Bukan soal kerja, tapi ini lah LIFE aku"


Wednesday, July 3, 2013

Kisah KITA lagi...

Assalamualaikum semua,

Kisah KITA kembali lagi, masih mengekalkan pengarah yang sama, penulis skrip yang sama, cameraman yang sama juga(bertukar2) hehehe... Team Penyamun Inc. berharap sketsa KITA #2 kali ini akan memberikan manfaat yang sama seperti KITA #1. Sketsa kali ini KITA ada penampilan istimewa dari salah seorang peminat Penyamun Inc. iaitu Zarul Helmy. Terima kasih kerana sudi bekerjasama dalam KITA #2.


"Ini bukan kisah aku, bukan kisah kau, bukan kisah mereka, tapi ini kisah KITA"

Nak tengok KITA #2? Klik sini -----> KITA #2

Ini lah Kisah KITA...

Assalamualaikum semua...

Dah lama jugak aku tak update pasal aktiviti atau perkembangan kini Penyamun Inc. kan? Kali ini aku nak update tentang sebuah video yang agak baru juga mengenai kisah yang seringkali KITA hadapi dalam kehidupan seharian KITA, tapi berbeza cara KITA menghadapinya. Ada yang mengambil pendekatan positif, ada yang mengambil pendekatan negatif. Apa2pun setiap manusia mempunyai pilihan, samada baik atau buruk, terpulanglah pada KITA untuk memilihnya.

Karya ini adalah arahan Chip Penyamun iaitu Bophairy, skrip juga oleh beliau, kameraman bertukar2, hehehe... 

"Ini bukan kisah aku, bukan kisah kau, bukan kisah mereka, tapi ini kisah KITA"


Apa2pun layan dulu KITA part 1 ok? klik sini -----> KITA


Tuesday, July 2, 2013

Terharu bila ada produk sendiri... walaupuuuuuunnnnnnn.....

Siapa yang tidak terharu tatkala terlihat produk yang menggunakan nama kita sendiri menjadi jenama kan? Kini barulah aku faham perasaan Dato' Siti Nurhaliza apabila produknya Simplysiti dipasarkan di seluruh negara.

sumber gambar: aku print screen dari website www.simplysiti.com.my

Kini sudah tiba masanya untuk aku merasakan perkara yang sama juga bila Chip Penyamun iaitu Abang Bophairy telah menemui gambar ini. Tanpa disedari air mata aku berderai kerana terharu... "Agaknya macam nilah perasaan Dato' Siti Nurhaliza semasa pelancaran produk Simplysiti beliau kan?" (lebih kurang macam tulah apa yang aku cakap, dalam hati je...) Ini lah produk yang dimaksudkan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

JUS EPAL RAZI
JUS EPAL RAZI!!!!!!! MASKOT SUKAN SEKOLAH MANA LAH NI!!!! HAHAHAHAA....
Ok, sebenarnya ini adalah TROLL sahaja... kurang asam betul lah... Aku siap menjerit (secara teknikal bukan lah menjerit pun sebab aku hanya menaip menggunakan huruf besar, jadi ia kelihatan seperti aku sedang menjerit) kepada Abang Bop, "KENAPA?? KENAPA??" sambil mencari gambar yang khusus untuk menerangkan betapa stressnya aku selepas gambar itu tersebar... hahahaaa...



P/S : Terbaik sungguh Abang Bop, you're the best brother ever... hahaha...

Baru sekarang korang perasan ke?

Beberapa orang rakan2 menyedari bahawa...




sumber gambar : www.broframestone.com

Aku nampak susut sikit...


Kbai... hahahaha....


"Deborah Henry, 26 Malaysia!"

Perghhh.... masih terngiang-ngiang ungkapan tersebut walaupun telah dua tahun berlalu. Anda masih ingat Deborah Henry? alaaa... Miss Malaysia Universe 2011 yang mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe di sao Paolo, Brazil (gile laa, macam mana aku boleh tau semua ni??). Masih aku teringat ketika itu, Debbie (nama manja beliau) antara yang diramal ramai bakal memenangi pertandingan global tersebut... 

"Deborah Henry, 26, Malaysia!!!"


Tapi kali ini aku bukan nak cerita pasal Miss Malaysia Universe, itu saje je sebagai 'pembuka selera' untuk citer selanjutnya, hehehee.... Nak dijadikan cerita, aku baru je hadiri satu event, berkaitan dengan 'miss miss' jugak lah, bukan 'miss call', bukan 'i miss you', bukan juga miskomunikesyennnnn, hahahahaa. Event itu ialah...



"MISS MALAYSIA KEBAYA 2013" Ye, tuan tuan dan puan puan... itu lah dia... aku pergi event ini atas undangan blogger tersohor dan terkacak seantero rawang iaitu Bro Framestone, tapi bukan kitorang berdua je, ada lagi 2 blogger turut join sekali iaitu  marqis careno dan blogger cantik Kak Dayah. hehehee...

Penganjuran 'Miss Malaysia Kebaya 2013' ini salah satu objektifnya adalah untuk mempromosikan Kebaya Malaysia ke peringkat Global. Disamping itu event ini juga serentak dengan MOU diantara pereka fesyen terkenal Amir Luqman dan Bonz Zainal. 

Meh aku kongsi sikit gambo2 yang sempat aku snap guna ipad aku...

dari kiri : Kak Dayah, Bro Framestone & Marqis Careno

Antara model yang memperagakan pakaian rekaan Amir Luqman (yang pakai crown tu Miss Malaysia Kebaya 2012)
lepas habis event, kitorang pun amik gambar... hehehe...
P/S : Terima kasih kepada Bro Framestone atas peluang yang diberikan... korang, sila lah follow blog beliau di http://www.broframestone.com (klik je icon G+), follow juga blog rakan2 blogger di atas juga ye... klik je kat nama diorang... ^_^