Cosmoderm

Wednesday, July 17, 2013

Buah Tangan Terbaru Bophairy...

Assalamualaikum semua...

Selamat berpuasa semua rakan2, kali ini entry aku nak buat review pasal satu komik yang masih panas lagi, masih bau kilang printing lagi, hahahaa... Bukan komik luar negara, tapi ini adalah komik kebanggaan negara hasil karya anak tempatan kita. Komik bertemakan Adiwira, Ultra Qalif yang kini telah memasuki siri ke 5, tampil dengan 100% halaman berwarna, memang terbaik wooo... segar mata memandang. Cover pula kelihatan sempoi kali ini, warna2 ceria dan mendamaikan (chewaaahhh). Aku cerita pasal komik je, tapi aku tak mention pun siapa komik artisnya kan? Beliau tak lain tak bukan Abang BOPHAIRY!!!!!! a.k.a Chip Penyamun Inc. *sempat promote lagi*

Cover Ultra Qalif #5, sempoi...
Sebelum aku terus ke review, apakata korang baca dulu sinopsis Ultra Qalif #5:-

KETENANGAN SEBELUM RIBUT MELANDA...
Pertarungan dengan Tuan Mus sudah berakhir. Penjahat-penjahat sudah diberkas pihak berkuasa. Atuk abah dan Qalif membawa Jebat yang cedera pulang ke rumah. Namun, sesuatu yang mengejutkan. Jebat yang cedera parah sebelumnya pulih kembali dengan cepat menggunakan Tenara 5!
 Apakah sebenarnya Tenara 5? Adakah dia bakal memberi kesan buruk kepada Jebat?
 Ada kuasa misteri menghampiri. Bersediakah Qalif?
Hah! Suspen tak sinopsis kali ini? Baru baca sinopsis, belum baca komiknya lagi. Pada aku, jalan cerita UQ#5 makin best, tidak sarat dengan adegan berlawan seperti UQ#4 (ye la, asyik lawan2 aje memanjang nanti orang bosan pulak kan?). Nak cerita detail kang jadi spoiler pulak, maka aku cerita sikit-sikit je lah.
ULASAN AKU
1. Aku suka scene lawan kali ini sebab Qalif dah ada sidekick. 
2.Ada beberapa part lawak yang aku sangat suka, antara Qalif dengan Tok Abah, Jebat dengan Dai, Qalif dan watak perempuan tu (aku lupa nama dia, hahaha), Jebat dengan perompak. 
3. Qalif akhirnya baru tahu siapa Kamal sebenarnya.
4. Wujudnya satu persoalan tergantung, siapa sebenarnya Tok Abah?
5. Ada kejutan istimewa di dalam UQ#5. 
6. Cover lebih segar & sempoi
7. Intro & Outro dimulakan dengan sketsa pelukis. (meneruskan style yang sama seperti UQ#1,2,3&4) Aku suka... 
Ultra Qalif #5, kini boleh didapati di semua kedai2 buku yang popular yang tak popular pun ada. Tapi kalau nak dapat diskaun istimewa korang boleh beli secara online di Book Cafe, penghantaran percuma je tau. Atau kalau korang tak sabar sangat nak baca, ambil kunci motor/kereta terus ke kedai Book Cafe yang beralamat di:-
PTS Bookcafe Sdn Bhd
No 26, Jalan DBP 3,
Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves, 
Selangor, MALAYSIA

Sebagai Penutup, aku mengucapkan tahniah kepada Abang Bophairy di atas kelahiran Ultra Qalif #5. Semoga terus gigih berkarya demi memartabatkan indsutri komik Malaysia di mata dunia! Standing in the eyes of the world~~~ *tiba2 menyanyi*






4 comments:

ejulz said...

anak bro ben pun ada watak.. haha

jejari kucing said...

wah menariknya!

razzwey razz said...

Ejulz,

ejaan lain sikit... hahahaa...

razzwey razz said...

Jejari kucing,

menarik wooo... beli lah...