Cosmoderm

Friday, August 30, 2013

Gangster Comel!!!!

Tengah layan facebook tadi aku nampak la ada satu page ni share gambar ni...


And i was like..... SERIOUSLYYYYY???????



serta merta aku bayangkan diorang nih...


Nota kaki: apesal budak botak pakai spek tu macam muka.........??????????

Review Filem -KL ZOMBI

Ohooohooiii, lama aku update blog ni, ini pun dah bersawang dah, barulah nampak bersih sikit. Sori lah lama tak update, akhir2 ni aku agak sibuk sikit dengan macam2 benda disamping kesihatan yang kurang baik, akibat demam & keracunan makanan... huhuhu...

Meh aku straight to the point, semalam aku & Awi pergilah menonton filem KL ZOMBI kat mid valley tu. Excited jugak aku sebab ini adalah adaptasi dari salah sebuah novel Fixi kegemaran aku iaitu ZOMBIJAYA karya Adib Zaini & MJ Woo & biasanya novel2 yang selalu dijadikan filem mesti novel cintan cintun kan. So kali ini aku rasa macam "this is cool". Maka aku mesti tengok wayang ni. Aku meletakkan harapan yang tinggi pada KL Zombi ni sebab pada aku Zombijaya ialah sebuah novel yang amat best!

Poster KL ZOMBI

COVER NOVEL ZOMBIJAYA

Maka aku dengan senang hati menonton lah wayang ni, tapi harapan aku macam hancur sikit la (sikit? rasa macam banyak jugak lah). Entah kenapa aku rasa seolah2 Zizan kurang berjaya menjiwai watak NIPIS tu dengan berkesan. NIPIS digambarkan sebagai seorang yang 'serabai', 'kurus', 'rambut keriting kembang' (afro kot), pendek kata characteristic Nipis tu hampir menyerupai seorang 'MAT PIT'. Tapi Nipis dalam KL Zombi adalah seorang yang agak bergaya jugak la, dengan jaket kulit lagi pergi lawan zombi. Dan seingat aku, Nipis takde kakak (dilakonkan oleh Izara Aishah). Entah kenapa aku rasa Sofi Jikan lebih sesuai membawakan watak Nipis tu (sebab jauh lebih kurus dari zizan kot).

Ending juga agak mengecewakan aku sebenarnya, sebenarnya tiada happy ending dalam Zombijaya. Tapi dalam KL Zombi sebaliknya. Ada juga beberapa watak dalam novel yang tiada dalam filem (watak tu agak penting sebenarnya). Takpe lah, aku maafkan, hehehe...

Part aksi dalam filem ni boleh lah, tak hebat sangat dan tak lah teruk sangat pun, so so je lah. Tapi aku masih boleh terima lagi.

Sebenarnya Zombijaya adalah sebuah karya yang SERIUS, bukan komedi sebenarnya. Tapi ye lah, kena lah ikut kehendak penonton kan? Dan ada lagi yang aku pelik, motip beberapa ungkapan dialog yang di"TOOOOT"kan, kalau ikut pada gerak bibir, bukannya diorang mencarut pun, berulang2 pulak tu, rasa annoying pun ada jugak rasanya.

So, itu je lah review aku kepada filem KL ZOMBI. Kepada yang dah baca Zombijaya, mungkin filem ni agak biasa2 saja kot, tapi yang belum baca, have fun menonton...

Dari 5 bintang, aku bagi 2.79 bintang je kot...

But still a fun movie to watch though...

Sokonglah industri filem tempatan!