Cosmoderm

Tuesday, September 17, 2013

Makan Burger Sampai Semput...

Semalam sempena cuti Hari Malaysia aku lapar (macam la hari lain aku tak lapar kan?). So aku bersama team KITARASA! pergilah menyerbu Ampang Waterfront sebab nak cuba Burger Bakar yang sedang hangat diperkatakan orang ramai sebagai 'bapa burger bakar', nak tau kat mana? ni haaaaa kat sini.... 


sumber gambar dari https://www.facebook.com/kawdoriginal

Ni dia... Kaw'D by Kaw Kaw Burger, satu revolusi baru dalam perniagaan Burger Bakar yang semakin berkembang setelah kita lihat semakin banyak muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. (chewaaaahhh). Mungkin ada sesetengah yang tak tahu, Kaw Kaw Burger adalah pelopor dalam Burger Bakar dalam Malaysia (aku pun baru tau sebenarnya).


Korang nak tau tak kitorang order apa? ni diaaaaaa...........

LamberNizer

LamberNizer jugak + topping

Burger Permaisuri

SmokeyNizer

Sos2 penambah selera

tengok je la berapa banyak burger yang kitorang kena habiskan!!! hohohoho...

Akhirnya burger2 tak habis dek makan separuh pun dah kenyang dan semputtttt, maka masing2 pun bungkus bawak balik makan kat rumah. Apa2pun pada aku, sebagai orang yang tak pernah makan burger bakar, inilah burger bakar terbaik yang pernah aku rasa... Nak tau review lebih detail? tunggu videonya ye? hohhoo...



Apa2pun korang kasi like dulu page ni ye?


Babaiiii.............

Friday, September 13, 2013

Adakah anda berpotensi menghidap Kencing Manis?

Assalamualaikum semua...

Lama tak update blog si bulat ni kan? Almaklumlah, sejak akhir2 ni aku selalu sibuk. Tak kira lah, sibuk kerja pejabat ke, sibuk shooting ke, sibuk buat artikel ke? Macam2 jenis kesibukan yang aku alami. Yang penting, jangan SIBUK HAL ORANG sudah lah kan? hehehe

Dalam2 sibuk tu aku akui diet aku jadi tak teratur, aku makan belasah je apa yang ada, tak kira masa. Hingga kan aku terfikir, adakah aku ni berpotensi untuk menghidap Kencing Manis? So paranoia aku ni membuatkan aku terpaksa untuk berdisplin lebih tinggi dalam gaya pemakanan aku, korang pun tau lah badan aku ni macam mana kan? takyah tengok gambar, nama blog aku pun dah cukup untuk menggambarkan betapa bulatnya aku... koh koh koh...

Maka atas kesedaran itu aku cuba untuk google tahap2 kencing manis, untuk aku lebih berhati2 di masa akan datang, maka aku pun jumpa lah gambar ni...


Ok, Cool!!!! Aku takde kencing manis!!!!!!!!! YAAAAAAAAAAAAAAAYYYYYYYYYY!!!!!!!!!1

p/s: Jagalah kesihatan anda selalu, mencegah lebih baik dari mengubati... koh koh koh